Langkahnya digagahkan untuk menapak ke dalam rumah. Air mata masih cuba untuk ditahan dari menitik membasahi pipi. Senyum dipaksa untuk terukir saat tiba di ruang tamu.
Dia dengar. Malah Ayarra menderngar segala perkara yang dibualkan oleh ibu tirinya dan juga Puan Harlina.
Hatinya yang sudah sedia retak semakin hancur selepas mendengar kata-kata yang dilempar oleh si ibu tiri. Sampai begitu sekalikah wanita itu membenci dirinya?
Apa salahnya? Apa dosa seorang Lyla Ayarra sehingga dirinya tidak dapat menumpang kasih dengan seseorang yang bisa digelar ibu walaupun mereka tidak berkongsi darah yang sama?
"Lyla..." lemah suara Puan Harlina memanggil.
Dari raut wajah itu pun Puan Harlina sudah boleh mengagak bahawa Ayarra mendengar apa yang mereka bicarakan.
Derap kakinya laju menghampiri Ayarra lalu tubuh genit ity ditarik masuk ke dalam pelukannya. Kepala yang berlapitkan tudung itu dibelai lembut.
"Lyla sayang...Pergi naik atas lepastu kemas barang ya? Ibu dengan ayah nak bawa Lyla keluar dari sini. Lepasni Lyla dah tak perlu nak hadap neraka dunia yang perempuan ni cipta lagi. Okay sayang?"
Bisikan dari Puan Harlina dibalas dengan anggukan. Pelukan mereka dileraikan oleh Ayarra sendiri.
Puan Harlina hanya menghantar pemergian Ayarra melalui ekor mata. Satu keluhan berat dilepaskan.
Tuan Ahmad sudah keluar dari rumah itu. Enjin kereta dihidupkan. Bersiap sedia untuk berangkat pergi selepas sahaja Ayarra dan Puan Harlina masuk ke dalam perut kereta sebentar lagi.
Sementara itu,Ayarra masih tersandar lemah dibalik pintu biliknya. Hatinya terasa bagai ditikam berkali-kali menggunakan sebilah pisau yang tajam. Namun setitis pun air matanya tidak jatuh mengalir.
Mungkin sudah terlalu penat dengan kehidupannya dirumah ini.
"Ya Allah,seberapa kuatkah diriku dimataMu sehingga kau mengirimkan ujian sebegini berat terhadapku? Semampu inikah aku untuk mengharungi ujian yang Kau beri walau aku sudah merasa seperti berada di titik terendah? Ganjaran kebahagiaan apa yang Kau janjikan kepadaku sehingga aku masih bertahan untuk meneruskan perjuangan ini Ya Allah?" rintihnya di dalam hati.
Mata dipejam rapat. Dadanya ditepuk lembut beberapa kali untuk memujuk hati supaya terus menjadi tabah.
Kepala digelengkan ke kiri dan ke kanan. Lemah langkahnya diatur ke arah almari baju. Termenung lama Ayarra jadinya saat pintu almari sudah dibuka.
Entah harus apa yang dibawa bersama dirinya,Ayarra sendiri tidak tahu. Segan sebenarnya. Kerana semua baju yang berada dalam almari ini,semuanya sudah buruk.
Apalah tanggapan Puan Harlina dan suaminya pada Ayarra nanti. Dengan berat hati Ayarra capai satu beg galas lalu kesemua bajunya dimasukkan ke dalam beg tersebut.
Selepas selesai membersihkan diri,barulah Ayarra turun menghampiri pintu rumah. Pegangan pada beg dieratkan saat dirasakan satu pandangan tajam daripada si ibu sedang menghantar dirinya hingga ke depan pintu.
"Mulai hari ini,jangan pernah jejakkan lagi kaki kau ke rumah ni" Ayarra tegup liur.
Lambat-lambat kepala dijatuhkan sebelum selipar disarungkan ke kaki.
Pintu tempat duduk belakang kereta Tuan Ahmad dibuka lalu Ayarra masuk ke dalam perut keret. Matanya hanya tepat memandang kaki sendiri sepanjang perjalanan. Tidak sanggup memanggung kepala untuk melihat ke arah Tuan Ahmad mahupun Puan Harlina.
Satu perkara yang Ayarra tersentuh dengan sikap bakal mertuanya ini adalah mereka tetap mendiamkan diri dan memberinya ruang walau Ayarra tahu mereka punya banyak soalan yang ingin ditanyakan kepada dirinya.
Ayarra memandang bangunan besar yang berdiri di depan matanya saat ini. Nama yang terpampang di signboard sebelahnya dipandang.
SKY RESIDENT.
Hujung baju Puan Harlina ditarik.
Kita buat apa dekat sini?
"Ini rumah baru Lyla" terus membulat mata Ayarra.
Pantas Ayarra gelengkan kepala. Tanda tidak mahu kepada Tuan Ahmad dan Puan Harlina.
"Lyla tak boleh tolak. Ini hadiah daripada ayah dan ibu sebab Lyla dah sudi terima kami sebagai keluarga" celah Tuan Ahmad.
Ayarra masih lagi menggeleng. Baginya,ini sudah berlebihan. Sebuah kondominium mewah sebagai hadiah? Sangat tidak masuk akal.
"Ibu dah lama belikan Lyla rumah ni. Ibu dah lama rancang nak bawa Lyla keluar dari rumah lama Lyla. Jadi,tolong terima rumah ni" Ayrra gigit bibir sendiri.
Tidak mampu menolak saat Puan Harlina tayang wajah memujuk pada dirinya.
Akhirnya Ayarra jatuhkan kepala.
Macam mana Ayarra nak pergi kerja lepas ni? Sini jauh tak dari tempat kerja Ayarra?
"Pasal tu,Lyla jangan risau. Ibu dah uruskan seseorang untuk ambil Lyla setiap hari untuk pergi kerja dan kemana sahaja"
Untuk kesekian kalinya Ayarra ingin menolak. Namun tetap dirinya akan kalah dengab pujuk rayu dari Puan Harlina dan Tuan Ahmad.
Kata kunci dimasukkan sebelum Ayarra bersama-sama dengan bakal mertuanya masuk ke dalam rumah yang kini sudah menjadi miliknya.
Segenap ruang rumah itu diperhati. Dindingnya hanya dihiasi warna latte dan perabutnya pula semua bewarna putih. Simple namun tetap memukau mata Ayarra yang melihat.
Dari belakang,Puan Harlina tersenyum saat melihat ada sinar kegembiraan muncul di mata bakal menantunya. Cukuplah senyuman itu menyenangkan hatinya untuk menghilangkan kejadian pahit yang berlaku tadi.
Tentang hal dirunah tadi,rasanya tidak perlu Puan Harlina jelaskan pada Arjuna. Kerana Puan Harlina sendiri tahu,cepat atau lambat pasti Arjuna akan tahu dengan sendiri. Sama ada Ayarra yang akan bercerita atau Arjuna yang tahu dengan caranya tersendiri.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Romance[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...