🌸 : 03

5.2K 485 10
                                    

Sarapan yang sudah siap dimasak Arjuna letakkan ke atas meja. Apron yang tersarung pada badan dibuang dan disangkut semula ke tempat yang sepatutnya.

Kaki berlari anak naik ke tingkat atas untum bersiap ke restaurant miliknya. Pakaian yang telah siap diseterika dicapai lalu disarung ke badan.

"Ibu...Ar gerak dulu! Makanan ada atas meja makan! Jangan lupa sarapan dengan ayah!" laungnya sambil menurunk anak tangga.

Kunci kereta dicapai lalu bergegas keluar.

Deruman enjin yang semakin perlahan kedengaran buatkan si ibu membuka pintu biliknya.

"Awak betul ke ni yang?" soalan dari si suami diangguk pantas.

"Buang tebiat apa anak awak ni tiba-tiba bagi awak cari jodoh dia?"

"Manalah saya tahu. Yang saya tahu saya nak menantu" tudung bawal yang tersarung di kepala dibetulkan.

"Ni,awak nak ke mana?" pasangan suami isteri itu berjalan seiringan turun ke bawah.

Sampai sahaja di meja makan,aroma nasi goreng kampung terus menerjah masuk ke dalam hidung membangkitkan selera.

Untung ada anak seorang chef ni. Makanan di rumah sahaja rasanya sudah setaraf hotel lima bintang.

"Nak pergi cari bakal menantu la" jawabnya teruja.

Si suami gelengkan kepala. Ada-ada sahaja idea tak masuk akal si isteri.

"Suka hati awak lah. Saya nak pergi office lepasni" sesuap nasi goreng disuap ke dalam mulut.

Sedap. Masakan Arjuna tidak pernah mengecewakan.








Pintu butik dikuak dari dalam sebelum kaki melangkah keluar. Purse kembali dimasukkan ke dalam handbag. Isi di dalam handbag dilihat. Tangan mencari-cari kunci kereta yang entah dimana tersembunyi di dalam beg besar berjenama coach itu.

Dalam sekelip mata,tanpa sedar handbag miliknya ditarik dari belakang.

Terjerit kuat dirinya disitu. Handbag tersebut cuba ditarik semula namun hampa,kekuatan peragut itu melebihi kekuatan dirinya yang sudah separuh baya.

Badannya terdorong ke depan saat ingin menarik semula handbag tersebut. Hampir badannya tersembam menyembah lantai. Mata terpejam rapat.

Kening berkerut hebat saat badannya tidak menyembah lantai. Pergelutan antara dirinya dengan perompak tadi juga sudah berhenti. Mata dibuka perlahan.

Terkejut bukan kepalang saat melihat tubuh perompak itu sudah terkulai di atas lantai. Mata dikerling ke sebelah.

Seorang gadis sedang memeluk bahunya sambil memegang sebatang kayu. Mungkin gadis inilah yang mengetuk perompak tadi sehingga terjatuh tidak sedarkan diri. Tanpa sedar,dirinya dibawa melangkah pergi dari tempat tersebut.

"Kereta aunty dekat sana" jari ditunding ke satu arah.

Akhirnya,suara yang sudah lama disimpan dikeluarkan. Gadis itu membawa dirinya ke arah yang telah ditunjukkan.

"Terima kasih dah tolong aunty" gadis itu tundukan kepala sebagai jawapan.

"Nama aunty Harlina. Nama awak siapa?" Puan Harlin kenalkan diri.

Nampak riak gadis itu sedikit gelabah. Tepi tudung yang dipakai diagru sebelum jarinya dieptik. Sebuah buku nota kecil yang tersimpan dalam poket seluar dikeluarkan.

Nama saya Lyla Ayarra.

Tulisan yang telah dicoret itu dihalakan pada Puan Harlina.

"Kamu...tak boleh bercakap?" teragak-agak Puan Harlina menyoal.

Ayarra jatuhkan kepala. Senyum pahit diukir pada bibirnya.

Puan Harlina tersenyum lembut. Kepala Ayarra diusap.

"Lyla dah makan?" soalan itu mendapat anggukan daripada Ayarra.

"Ni Lyla nak pergi mana?" Puan Harlina melihat tindak-tanduk Ayarra yang kembali mencoret sesuatu pada buku notanya.

Saya nak balik rumah.

"Meh sini aunty tumpangkan" Ayarra gelengkan kepala.

Tidak mahu susahkan wanita dihadapannya ini. Tapi Puan Harlina tetap juga berkeras ingin membantu Ayarra.

Ayarra lepaskan nafas perlahan. Mahu atau tidak,Ayarra perlu anggukan kepala. Puan Harlina tersenyum senang.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now