🌸 : 10

5.6K 504 31
                                    

"Itu aja?" kening Arjuna berkerut seribu.

Bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengari olehnya.

"Itu ajalah. Ar nak apa lagi?" kening Puan Harlina turut ikut berkerut.

"Tak! Dalam banyak-banyak benda,itu aja dia nak? Like,ibu... I can give her more than that. Bukannya Ar takde duit. Apa function Ar buka THE ALOS tu,simpan duit nak manjakan bakal suri hati Ar but at last dia minta benda yang langsung tak jejaskan Ar?"

Terkebil-kebil Puan Harlina jadinya.

"Dia boleh je cakap dia nak big wedding,hantaran mahal,mahar mahal,or anything. I can get everything she wants. But seriously?"

Arjuna masih tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan oleh Ayarra.

Syarat pertama itu masih boleh Arjuna turuti. Faham kalau Ayarra tidak mahu bertemu dengannya sampai hari pernikahan mereka.

Yang jadi masalah sekarang ni ialah syarat kedua dan syarat seterusnya!

Syarat kedua,Ayarra tidak mahukan perkahwinan besar-besaran. Kata gadis itu, cukup sekadar majlis doa selamat yang mampu hebohkan tentang pernikahan mereka.

Syarat ketiga,maharnya tidak perlu berlebihan. Nilainya jika mengikut syarat yang pejabat agama tetapkan sudah memadai.

Dan syarat terakhir,Ayarra tidak mahu hantaran mewah. Ayarra hanya mahukan satu hantaran.

Dan dalam banyak-banyak perkara yang terlintas di dalam fikiran Arjuna tentang satu hantaran itu,Ayarra memilih chocolate cadburry untuk dijadikan hantaran.

Sungguh kacau Arjuna dibuatnya. Tidak tahukah Ayarra bahawa Arjuna lebih daripada mampu untuk memberinya sepuluh kali ganda dari apa yang diminta?

Cadburry? Dalam berjuta chocolate yang wujud di dunia,mnegapa Ayarra pilih cadburry? Kerana itu chocolate kegemarannya?

Percayalah bahawa itu satu-satunya jawapan yang mampu Arjuna lintaskan di dalam kepala.

"Bila ibu nak pergi jumpa keluarga bakal isteri Ar?" soalnya selepas sedikit tenang.

"Lusa?" jawab Puan Harlina teragak-agak.

"Okay. Lagi cepat lagi bagus. Nanti bagitau Ar detail tentang tarikh yang ibu nak tetapkan. Pasal wedding semua biar Ar yang uruskan"

Pelik Puan Harlina jadinya. Kalau anak bujang orang lain,lagi simple lagi mereka setuju. Tapi sampai anaknya? Dia pula panas bila bakal isteri nak majlis biasa-biasa.

"Erk...pasal hantaran tu?"

"Tak apa itu pun nanti biar Ar settlekan. Tahu lah apa Ar nak buat nanti dengan permintaan dia"

Puan  Harlina anggukan kepala sebelum melangkah keluar dari bilik Arjuna.

Arjuna jatuhkan badan kekarnya ke atas katil dengan kaki yang menjulur ke lantai. Kepalanya ligat memikirkan tentang syarat terakhir Ayarra.

Tak guna kalau dirinya mendapat pengikhtirafan chef terbaik jika otak disekat hanya kerana satu chocolate.

"Damn it" wajah dirauo sekali.

Tidak pernah Arjuna rasa tercabar hingga sebegini. Selama ini,jika diletakkan satu bahan dihadapan mata,laju sahaja otak mengeluarkan idea. Tapi tidak untuk malam ini.

Apakah mungkin kerana ini permintaan Ayarra maka ia menjadi susah untuk Arjuna?

Lama Arjuna berdiam diri sehingga tiba-tiba ada mentol yang menyala di atas kepalanya. Terus tegak duduk Arjuna jadinya.

"Well...Dia cuma cakap nak cadburry without telling the specific quantities. So boleh buat apa saja lah kan?" Arjuna tersenyum sendiri dengan idea yang baru muncul.

Smartphone miliknya dicapai. Satu nombor didail. Sementara menunggu panggilan bersambung,Arjuna bergerak ke arah meja di mana Macbook miliknya berada.

"Hello...saya nak buat pesanan" katanya saat orang disebelah sana menyambungkan talian.

Macbook yang menyala ditilik. Ada majlis perkahwinan yang perlu Arjuna uruskan.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now