🌸 : 14

5.5K 564 60
                                    

Ayarra masih setia berjalan di belakang Arjuna saat melangkah masuk ke dalam rumah kediaman Puan Harlina. Seperti rusa masuk kampung gadis itu dibuatnya saat sudah masuk ke dalam.

Jika dibandingkan dengan rumah lamanya,rumah keluarga Arjuna sepuluh kali ganda lebih besar dan lebih mewah malah lebih cantik dan terasa selamat. Bahkan diluar rumah tadi juga ada dua orang pengawal yang berjaga.

Sampai sahaja di ruang tamu,Ayarra kerutkan kening saat terpadang satu menara yang terletak cantik di atas meja kopi ruang tamu.

Hujung baju melayu Arjuna yang masih lengkap membalut badan ditarik perlahan untuk memberhentikan langkah lelaki itu.

"Yes?" soalnya bersama kening yang diangkat tinggi saat berpaling ke arah Ayarra.

Ayarra halakan jari telunjuknya ke arah meja kopi ruang tamu. Perlahan Arjuna pusingkan kepala untuk melihat ke arah yang Ayarra tunjukkan padanya.

Satu senyum sinis terukir di bibir.

"Ouh,itu?" Ayarra anggukan kepala.

"Itu hantaran kita. Pergilah tengok kalau awak nak" pelawa Arjuna.

Langkah kecil Ayarra semakin lama semakin mendekat ke arah meja kopi tersebut. Membulat matanya saat melihat sesuatu yang bagaikan menara tadi.

Ini? Hantaran? Arjuna dan hantaran tadi dipandang bersilih ganti.

Arjuna yang diam melihat riaksi Ayarra tergelak kecil. Wajah terkejut gadis itu sangat comel dimatanya.

Naik turun mata Ayarra melihat hantaran tersebut. Macam tidak percaya dengan apa yang terhidang depan mata saat ini.

Sebuah menara yang diperbuat daripada pelbagai jenis chocolate cadburry yang berlainan perisa. Ditambahkan dengan size yang berbeza-beza untuk memenuhi setiap ruang menara tersebut. Jika dikira dengan mata kasar,kemungkinan besar menara cadburry ini sekitar lima tingkat tingginya.

"Suka tak dengan hantaran ni?" Ayarra toleh ke arah Arjuna yang sudah berdiri di belakangnya.

Laju kepala naik turun mengiyakan pertanyaan Arjuna bersama satu sengihan besar.

Ayarra mencari sesuatu di dalam beg sandangnya lalu buku nota yang selalu digunakan dibawa keluar bersama sebatang pen.

Terima kasih! Saya suka sangat! Tapi,kenapa banyak sangat chocolate awak order? Siapa nak habiskan?

Arjuna tersengih.

"Awak cakap awak nak satu aja hantaran" Arjuna diam sekejap.

Rambutnya yang sudah tidak ditutupi oleh songkok digaru kecil.

"Eekkk... Sebenarnya waktu ibu bagitahu syarat awak tu,orang tak tahu nak buat apa. Jadi,orang order aja lah semua ni. Ni je orang boleh fikir sebab awak cakap awak nak satu hantaran. Orang taknak langgar syarat awak kasi" Arjuna kalihkan mata ke arah lain.

Tidak sanggup untuk melihat Ayarra saat ini. Ditambahkan lagi dengan telinganya yang semakin memerah. Amatlah memalukan.

Hati Ayarra tersentuh. Arjuna malah Puan Harlina benar-benar mengikut syarat yang ditetapkan olehnya.

Arjuna berdehem kecil. Tengkoknya diusap perlahan.

"Em nak tanya boleh?" soalnya pada Ayarra.

Selepas mendapat kebenaran dari Ayarra barulah Arjuna bertanya.

"Kalau bercakap dengan orang,memang guna buku nota tu ke?" buku nota yang ada pada pegangan Ayarra dipandang.

Ayarra angguk lagi. Memang itu satu-satunya medium yang gadis itu gunakan untuk berkomunikasi dengan manusia lain.

"Ada phone tak?" kali ini Ayarra gelengkan kepala pulak.

"Ouh,tak apa lah kalau macamtu. Jom. Naik atas. Bilik kita dekat tingkat atas" tangan kecil Ayarra disauk masuk ke dalam tangan besarnya.

Tangga didaki ke tingkat atas. Pintu paling hujung disebelah kanan didekati. Tombol pintu dipulas lalu pintu dikuak dari luar. Menampakkan seluruh isi dalam bilik itu yang dihiasi oleh dinding bewarna teal blue dan perabut bewarna putih.

"Kalau nak mandi,pergilah mandi dulu" Arjuna mula membuka satu persatu butang baju melayu putihnya.

Awak tak mandi?

"Tak apa,orang boleh mandi dekat bilik tetamu. Awak mandilah sini. Barang awak ibu dah letak dalam walk in closet orang"

Selepas mencapai semua barangan yang diperlukan,Arjuna melangkah keluar untuk ke bilik tetamu bersebelahan biliknya untuk membersihkan diri. Ayarra juga melakukan perkara yang sama. Mengambil barang keperluannya lalu masuk ke dalam bilik mandi Arjuna.



Arjuna masih langit memandang langit kamar. Kepala ditoleh kesebelah di mana Ayarra sudah nyenyak tidur membelakangi dirinya. Mungkin terlalu penat selepas majlis hari ini.

Walaupun majlis mereka hanya dilakukan secara kecil-kecilan,tetapi tetamu yang hadir masih boleh dikategorikan sebagai ramai.  Rambut hitam pekat separas pinggang milik Ayarra diusap lembut.

Rambut gadis itu dibawa mendekat ke arah hidungnya. Dihirup wangian rambut Ayarra sedalamnya sambil mata terpejam rapat. Rengekan kecil dari Ayarra buatkan Arjuna kembali membuka mata.

Lengan baju panjang milik Ayarra yang sedikit terangkat membuatkan Arjuna penasaran saat terpandang satu kesan parut yang ada disitu. Kelihatan seperti parut kekal.

Dengan begitu perlahan Arjuna menyelak lengan baju isterinya. Menegang sekujur tubuh saat melihat sebuah kesan parut panjang disepanjang pergelangan tangan Ayarra. Parit itu kelihatan seprti kesan daripada melecur. Kesan itu juga nampak seperti kesan parut baharu.

Arjuna tegup liur sendiri. Tangannya berhati-berhati menyelak baju Ayarra untuk melihat tubuh belakang gadis itu. Entah mengapa Arjuna saat yakin bahawa bukan dilengan itu sahaja yang Ayarra sembunyikan.

Tepat tekaan Arjuna. Belakang badan isterinya penuh dengan kesan parut. Parut lama dan parut baharu,semuanya ada di sana.

Nafasnya terasa pendek.

"What the hell happened to you,sayang?" soalnya sendirian.

Baju Ayarra diturunakn kembali. Smartphone miliknya dicapai. Nombor Adheen Ezra dicari.

Arjuna : Aku nak maklumat isteri aku. ASAP. EMERGENCY.

Ezra : ???
Ezra : Kejap...
Ezra :📁 [send a file]

Arjuna : Thanks bro.

Matanya memerhati setiap bait ayat yang Ezra hantar tanpa terlepas pandang satu pun. Rahangnya mengeras. Genggamannya pada smartphone dikejapkan.

Serta merta smartphone itu dipadamkan lalu diletakkan di atas night stand. Badan Ayarra ditarik masuk ke dalam pelukannya. Wajahnya diletakkan diceruk leher Ayarra.

Haruman peach dari tubuh Ayarra disedut semahunya untuk menenagkan diri. Dia perlu lakukan seuatu. Sesuatu yang akan membalas kembali atas apa yang semua keang telah lakukan pada isterinya.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now