Sedari tadi lagi dirinya bermundar-mandir di ruang tamu. Hampir genap tiga bulan Encik Zukardi tidak memberikannya duit belanja.
Barangan di dalam rumah juga sudah berkurang. Sejak Ayarra keluar dari rumah ini,pasangan itu sudah mengupah seorang orang gaji untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya Ayarra lakukan.
Tapi itu semua dahulu sebelum orang gaji itu melarikan diri kerana mereka tidak membayar gajinya. Kini tiada lagi darjatnya sebagai puan besar dirumah. Semuanya perlu dilakukan sendiri.
"Ishhh.... Menyusahkan!" rambutnya diserabaikan.
Sejak Ayarra keluar pelabagai jenis bala datang menimpa dirinya dan Encik Zukardi.
"Dah la lapar... Barang basah pula tak ada! Nak makan apa ni" rungutnya seorang diri sambil duduk di atas meja.
Dompet yang tersadai di atas meja dicapai. Isi dalamnya dilihat. Hanya tinggal beberapa keping not bewarna merah sahaja.
Perut yang mula berkeroncong dipegang.
"Ada laki pun tak guna!" dompet kembali dihempas ke atas meja.
Pintu rumah yang terbuka buatkan dirinya menoleh. Ada Encik Zukardi di sana.
Tali leher yang menjerit leher mula dilonggarkan. Belum sempat kakinya menapak lebih jauh ke dalam rumah,suara si isteri sudah membantutkan segalanya.
"Abang! Sampai bila abang nak buat saya macam ni huh?!" suaranya mula memetir.
"Buat apa?" soal Encik Zukardi dengan nada yang lemah.
Mental dan fizikalnya kepenatan.
"Abang sedar tak abang dah tiga bulan tak kasi saya nafkah?! Saya nak shopping semua tak boleh! Barang dalam rumah ni pun dah mula berkurang la! Abang nak saya makan apa? Pasir?" semburnya tepat di depan wajah Encik Zukardi.
"Eh,kau boleh diam tak!" terhinjut bahunya mendengar tengkingan Encik Zukardi.
"Kalau kau nak sangat duit,kau kerja la! Ini tidak! Duduk rumah goyang kaki aja tahu! Kerja rumah langsung tak buat! Sedar sikit aku kutip kau jadi bini untuk jaga kebajikan aku! Bukan jadi maam besar rumah ni macam kau kahwin dengan anak raja!" suara Encik Zukardi juga tidak kalah tinggi.
"Kau memang lelaki dayus!"
PANGGG!!!
Tidak semena-mena wajahnya terteleng ke tepi akibat tamparan yang diberikan oleh Encik Zukardi.
"Ini yang kau kata dayus kan? Kau nak tengok betapa dayusnya aku boleh jadi?" rambut ikalnya ditarik kuat oleh Encik Zukardi.
"Kau tahu tak aku ni penat balik kerja nak ada isteri layan. Bukannya kau datang memekak minta duit macam kaki kikis dekat aku. Aku ni serabut kau tahu tak?! Dengan company aku yang makin lingkup tu. Kau nak aku bagi kau duit macam mana?"
Membulat matanya mendengar syarikat Encik Zukardi berada diambang kemusnahan. Air mata yang merembes keluar sudah diabaikan.
"A-apa maksud abang lingkup?" soalnya terketar-ketar sambil menahan sakit.
"BANKRUPT! KAU TAHU TAK BANKRUPT" badan isterinya itu Encik Zukardi tolak sehingga jatuh terjelopok ke atas lantai.
Langkahnya dibawa mendekat ke arah si isteri yang terlentang lemah. Tali pinggangnya mula dibuka.
"A-abang nak buat apa ni?" sedaya upaya badannya cuba mengesot menjauh.
"Hilangkan stress" jawab Encik Zukardi santai.
Ketukan pada pintu buatkan Encik Zukardi berhenti dan merengus kasar. Pakaiannya kembali dirapikan. Wajah diraup kasar.
Pintu rumah dibuka kasar.
"Kediaman Encik Zukardi?" Encik Zukardi jatuhkan kepala.
"Kami datang nak sitar rumah ni" mengeras sekujur tubuh itu.
"Kenapa tiba-tiba?" soal Encik Zukardi gelabah.
"Ada orang dah beli tanah ni dengan harga yang tinggi. Jadi kami minta encik kosongkan rumah ni dalam masa 24 jam" kata lelaki bersuit hitam itu.
Sehelai surat perakuan ditunjukkan kepada Encik Zukardi.
"Kau tak boleh buat macam ni. Ini rumah aku!" Encik Zukardi mula meradang.
"Maaf encik. Kalau encik tak mahu keluar dengan cara baik,pihak kami sendiri akan halau encik keluar dari rumah ni"
Encik Zukardi ketap rahang sendiri. Pintu rumah kembali dihempas sehingga tertutup.
Dari kejauhan,Arjuna hanya melihat dari dalam kereta yang dipandunya dengan senyuman sinis.
Ini hanya permulaan. Permulaan bagi mereka yang telah menyiksa Ayarra.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Romance[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...