Bunyi bising dari tingkat bawah membuatkan Arjuna mengeluh kesal. Duvet yang membaluti tubuhnya ditolak menjauh. Sempat pipi gebu Ayarra yang sedang tertidur pulas dikucup sekali sebelum keluar dari bilik.
Rambutnya yang berserabai dibiarkan tidak bersikat.
"Eh eh.... Arjuna... Baru habis lunch ke kat atas?" perli Harraz dengan wajah mencuka.
Mahunya tidak mencuka. Hampir dua jam mereka disidai oleh Arjuna. Padahal lelaki itu yang beria-ria suruh mereka datang ke sini dengan kadar segera.
"Kau panggil kitorang datang sini sebab apa?" soal Que tanpa basa-basi.
"Aku nak tunjuk korang something" Arjuna berjalan menghampiri lantai yang masih bersepah berdekatan pintu masuk dapur rumah agam ini.
Rahangnya mengeras selepas melihat isi yang berada di dalam kotak hadiah Ayarra.
"Weyh... Lain macam ganas diorang ni" membulat mata Harraz.
Di depan mereka saat ini ada sebuah kotak yang sudah berterabur isinya. Di dalam kotak itu terkandung beberapa serpihan kaca. Dan Arjuna pasti kaca itu yang sudah membuatkan tangan Ayarra tercedera.
Selain itu ada juga diletakkan sebutir peluru malah gambar kahwin mereka. Pada gambar kahwin itu,wajah Ayarra diconteng dengan dakwat berwarna merah.
Tidak dilupakan ada sekeping nota yang terselit dengan tulisan 'MATI' secara besar menggunakan dakwat warna yang sama.
"Melampau!" kata Arjuna dengan nada tertahan.
Baru sahaja Harraz ingin menyentuh kepingan nota itu, tangannya ditampar kuat oleh Ezra.
"Jangan sentuh la! Lekat cap jari kau nanti baru tahu" marahnya.
Harraz cebikkan bibir. Kaki dihentak-hentak sebelum kembali ke ruang tamu meninggalkan Ezra yang sibuk mengenakan sarung tangan dan mengangkat semua barang yang berada di lantai.
"So? Kau nak buat apa sekarang ni?" Afeef yang duduk di sebelah Arjuna bertanya.
"Benda ni dah serious,Juna. Kalau harini diorang boleh datang sampai depan rumah kau, tak mustahil esok diorang tak akan buat lebih dari ni" sambung Ashfi pula.
Arjuna diam berteleku.
"Aku...Risaukan Ayarra" hanya itu yang keluar dari mulut Arjuna.
"Dia tahu pasal ni?" Arjuna gelengkan kepala.
"Pasal kau?" sekali lagi gelengan yang mereka terima dari Arjuna.
Semua yang ada di ruang tamu itu mengeluh panjang.
"Aku tak sangka sebenarnya kau lagi bodoh dari Harraz"
"Woi!" bantal hiasan yang berada di atas sofa kini selamat mendarat tepat di wajah Ezra.
Itulah! Siapa suruh selamba badak sangat bercakapnya?
"Sepatutnya kau bagitahu dia dari awal" tegur Ashfi.
"And then what? Buat dia jauhkan diri dari aku? Tinggalkan aku sebab dia tak boleh terima aku? Macamtu?" Arjuna mula emosi.
"Bro... Relax. Kau cuba slow talk dengan dia. Kalau wife kitorang boleh terima..."
"Ehem!!!" deheman dari Ezra,Afeef dan Que buatkan ayat Ashfi terbantut.
Lelaki itu berdecit kecil. Susah ada member forever alone dengan duda ni. Cakap sikit aje mula lah nak terasa!
"Kita tolak wife Harraz sebab diorang memang dari dunia yang sama. Kalau wife aku boleh terima,kenapa Ayarra tak boleh?" pujuk Ashfi lagi.
"Mungkin lah waktu first tu dia susah nak terima. But trust me,kau hanya perlu bagi dia masa. Kalau dia betul-betul sayang dan cintakan kau,kau tak perlu takut. Sebab dia tak akan tinggalkan kau"
Arjuna pandang semua orang yang berada di ruang tamu. Nafas beratnya dihela perlahan. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan.
Dia akan cuba untuk beritahu Ayarra. Mungkin bukan sekarang. Tapi mungkin juga dalam masa terdekat.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Romance[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...