🌸 : 31

4.1K 504 24
                                    

Arjuna cepatkan langkah saat ternampak seorang doktor melangkah keluar dari ward milik Ayarra.

"Doktor?" tegurnya.

"Encik Arjuna" Dua mannusia itu bertegur sesama sendiri.

"Kenapa dengan isteri saya?" wajah risaunya memang tidak disorokkan lagi.

Doktor tersebut senyum kecil.

"Alhamdulillah, Puan Ayarra dah sedar"

"Sa...Saya boleh masuk melawat sekarang tak?"

Mendapat anggukan dari doktor, Arjuna terus meminta diri terlebih dahulu. Pintu ward Ayarra dibuka sedikit kasar. Terkaku terus tubuh Arjuna.

Ayarra yang sedang bersandar bersandar di kepala katil sedikit terperanjat. Kepalanya yang masih mempunyai balutan mula dipusingkan. Matanya sedikit membulat saat melihat Arjuna.

Semakin Arjuna mendekat, semakin degup jantung Ayarra berubah rentak. Bagaimana tanggapan Arjuna pada dirinya sekarang? Masih lagikah dirinya diterima dalam hidup lelaki itu?

"Malishkaaa..." suara Arjuna separa berbisik.

Kakinya sudah berhenti bergerak setelah tiba di tepi katil milik Ayarra.

Tangan kekar yang terangkat ingin memeluk tubuh genit itu terhenti di tengah jalan. Mata Ayarra ditentang lama sehingga wanita itu sendiri yang melarikan pandangan.

Selimut yang menutupi kaki digenggam kuat.

"A-awak...dah...ben-benci saya ke?" perlahan sahaja Ayarra mengajukan soalan.

Arjuna tegup liur. Masih belum biasa mendengar suara lunak milik Ayarra. Dalam sekelip mata sahaja tubuh Ayarra sudah berada di dalam dakapan Arjuna.

Bertubi-tubi kucupan kecil dihadiahkan pada dahi Ayarra yang masih berbalut.

"Tak malishka...Orang tak pernah benci kesayangan orang ni"

"Saya...mi-minta maaf..." Arjuna terus gelengkan kepala.

"Shhh...Sepatutnya orang yang minta maaf dekat awak malishka. Ni semua salah orang. Sebab orang lah malishka ada dekat sini sekarang" suara Arjuna semakin serak akibat menahan rasa.

"I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry..." ulangnya berkali-kali.

"Orang tak jaga awak betul-betul malishka. Orang biarkan awak cedera" air mata Ayarra mula gugur.

"Malishka boleh hukum orang. Malishka boleh pukul orang. Malishka boleh buat sampai orang terbaring dekat hospital. Tapi orang merayu. Tolong...Tolong jangan minta orang lepaskan malishka lepas apa yang dah jadi ni. Sebab orang tak mampu" Arjuna turut mengeluarkan air mata.

Semakin kejap pelukannya pada Ayarra. Takut. Arjuna takut Ayarra akan membenci dirinya.

"Arjuna" Ayarra menjarakkan kedudukan mereka.

Tangan kecilnya menghapus sisa air mata Arjuna yang masih membasahi pipi.

"Sepatutnya...saya yang minta awak supaya tak lepaskan saya walaupun saya tak beritahu awak keadaan sebenar saya. Saya selfish" kepalanya ditundukkan memandang tangan sendiri.

"My baby..." wajah Ayarra ditekup dengan tangan besar Arjuna.

"Kita sama-sama selfish,malishka. Kita sama-sama ada rahsia sendiri. Kita sama-sama takut kehilangan. Conclusionnya,kita seri malishka"

"M-maksudnya?"

"Maksudnya orang tak akan lepaskan awak dan awak tak akan lepaskan orang. Kita akan buka buku baru lepasni dan kita akan mula bina kebahagiaan kita sama-sama sekali lagi"

Pandangan redup nan hangat daripada Arjuna buatkan hati Ayarra bergetar dan mencair.

Macam mana Ayarra tak jatuh cinta kalau layanan Arjuna padanya sebegini rupa?

Hidung mereka dilagakan. Dahi juga saling melekap.

"Dengan nama Allah,orang sayang dan cintakan awak malishka"

"Saya pun sayang dan cintakan awak, Arjuna"

Senyuman kecil mula terbias di bibir masing-masing. Momen ini akan mereka abadikan sebagai satu permulaan baharu. Untuk sekarang, Arjuna boleh katakan yang semuanya sudah kembali normal.

Semoga bahagia mereka kali ini bukan hanya bahagia yang sementara.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now