🌸 : 22

3.9K 476 7
                                    

Pintu utama kedai bunga itu dikuak sebesar alam. Arjuna laju menerpa masuk.

"Where's Ayarra?" soalnya pada pekerja yang menjaga kaunter.

Pekerja yang menjaga kaunter itu menunjukkan jarinya ke arah belakang kedai di mana letaknya tempat untuk melakukan gubahan bunga. Laju Arjuna membuka langkah.

"Malishka..." Arjuna menyeru sebaik sahaja bayang Ayarra menerpa masuk ke dalam penglihatan.

Belum sempat Ayarra memproses apa yang berlaku,tubuh genitnya sudah ditarik masuk ke dalam pelukan Arjuna. Jambangan bunga yang berada di dalam genggamannya tadi kini sudah terhimpit di antara badan mereka.

Arjuna renggangkan jarak mereka.

"Are you okay?" seluruh badan Ayarra ditilik malah dipusing ke kiri dan ke kanan.

Jambangan bunga tadi sudah diletakkan ke tepi. Tangan kecil Ayarra menekup wajah Arjuna supaya berhenti melakukan kegiatannya.

Arjuna berhenti mendadak. Matanya tepat memandang mata bulat milik Ayarra.

Ayarra keluarkan smartphone dari dalam poket seluar. Jarinya laju menaip sesuatu di atas papan kelunci screen smartphone. Sementara itu,tangan Arjuna elok memeluk pinggang ramping Ayarra.

Sepatutnya saya yang tanya awak. Awak okay ke? Kenapa macam baru lepas kena kejar?

Peluh yang merinik jatuh dari dahi Arjuna diseka menggunakan hujung lengan baju Ayarra.

Arjuna pejam mata seketika. Bagaimana dia hendak beritahu Ayarra perkara sebenar?

Andai sahaja Ayarra tahu betapa cemasnya Arjuna tadi selepas panggilan telefon bersama private number itu dimatikan. Akal sihatnya hilang begitu sahaja. Terus dipecut laju keretanya ke sini. Dalam otaknya hanya ada Ayarra.

"No. Tak ada apa malishka. Orang cuma...risau" dahinya dilekapkan dengan dahi Ayarra.

Risau kenapa?

"Entah. Firasat orang rasa macam malishka tak selamat" ubun-ubun Ayarra dikucup lama.

Ayarra gelengkan kepala. Ada-ada sahaja Arjuna ini.

Ke awak rindu saya? Sebab tu datang sini?

Arjuna senyum nipis. Mungkin itu juga salah satu sebab dirinya berada di sini sekarang.

"Of course i miss you. Tak pernah satu saat pun orang tak rindukan awak malishka" hidung mereka digeselkan bersama.

"Jom" ajak Arjuna.

Pergi mana?

"Balik?" jawabnya mudah.

Ayarra bulatkan mata. Arjuna ingat ini THE ALOS ke? Sesuka hati dia aja ajak orang balik macam kedai bunga ni dia yang punya.

Saya kerja lah Arjuna!

"Alaaaa... Tak apa nanti orang bagitahu boss awak yang orang dah culik awak"

Ayarra juihkan bibir ke depan. Lihat lah perangai seorang Arjuna Qutuah.

Bossy!

"Please,malishka..." puppy eyes ditayang pada Ayarra.

Kalau saya cakap taknak sekalipun,awak tetap akan bawa saya balik kan?

Arjuna tersengih hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Kejap. Saya nak ambil barang saya dekat locker.

Dalam diam Arjuna bersyukur kerana Ayarra bersetuju dengan cadangannya. Hanya ini satu-satunya cara untuk keluarkan Ayarra dari kedai ini supaya anak-anak buah Harraz dapat datang dan memeriksa kawasan sekeliling.

Arjuna tidak mahu Ayarra musykil dengan dirinya atau lebih teruk isteri kesayangannya akan berada di dalam ketakutan atas apa yang bakal terjadi kedepannya.

Ayarra datang kembali menghampiri Arjuna dengan satu tote bag digalas di bahu. Laju sahaja Arjuna ambil bag tersebut dari pegangan Ayarra.

Pinggang Ayarra dipeluk lalu mereka keluar beriringan. Matanya tidak lepas memerhati sekeliling sambil berjalan sehingga tiba di kereta.

Baru sahaja Arjuna menutup pintu tempat duduk milik Ayarra,matanya terperasan dengan sebuah kereta berwarna hitam yang diparkir dicelah lorong.

"Found you" katanya bersama senyuman sinis.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now