Kain yang digunakan untuk mengelap tangan yang basah kembali disangkut pada tempat yang sepatutnya. Leher yang terasa sedikit sakit diurut perlahan. Arjuna bersandar pada salah satu sinki yang terdapat di dalam dapur. Lelaki itu baru sahaja siap membuat eksperimen kepada resepi baharu yang dicubanya.
Smartphone dari dalam poket apron dikeluarkan. Berkerut hebat keningnya saat melihat nama Puan Harlina berkali-kali terpapar pada screen dengan panggilan tidak berjawab.
Legur ditegup perlahan. Dengan lafaz bismillah Arjuna menelefon Puan Harlina semula. Tidak sampai beberapa saat panggilan sudah bersambung.
"Ha, bagus! Lain kali goreng telefon tu. Tak payah angkat call ibu sampai kiamat. Phone beli punya mahal, call ibu sendiri pun tak boleh nak angkat" Arjuna terus jarakkan phone dari telinga.
Terpinga-pinga dirinya saat dimarahi sedemikian rupa oleh Puan Harlina secara mengejut. Datang bulan ke apa ibu yang sorang ni?
"Ar tengah masak tadi, ibu. Tak perasan pula ibu call. Ha, ibu call ni kenapa?" suaranya dilembutkan dengan harapan kemarahan Puan Harlina akan memudar.
"Balik sekarang!" hanya itu arahan yang dikeluarkan.
"Huh?" Arjuna masih lagi tidak dapat menghadam apa yang berlaku.
"Dah kenapa tiba-tiba nak suruh balik ni?" bingung Arjuna dibuatnya.
"Kalau tak sayang bini, tak payah balik" membulat terus mata Arjuna.
Talian yang dimatikan tanpa persetujuan membuatkan Arjuna semakin panik. Rambutnya dikusutkan. Terus Arjuna berlari keluar tanpa menukar pakaian terlebih dahulu.
Lantak dia lah balik rumah pakai baju chef sekalipun. Ayarra lebih penting.
"Ibu... Mana isteri Ar?" tanpa sebarang salam Arjuna terus menerpa masuk ke dalam rumah.
Telinga yang dipiat secara tiba-tiba membuatkan Arjuna nerintih kesakitan.
"Aduhhh... Auchhh!!! Ibu!!! Sakitt!!!" tangan Puan Harlina digoyang perlahan dengan harapan telinganya akan dilepaskan.
"Kamu buat apa dekat menantu kesayangan ibu?"
"Buat apa?" telinga yang masih memerah digosok dengan wajah cemberut.
"Jangan buat tak tahu Arjuna Qutuah! Kamu buat apa sampai isteri kami demam tak bangun dari katil?" mengeras terus tubuh Arjuna.
"Ibu cakap apa tadi? Ayarra? Demam?" matanya mula membulat besar.
Tanpa memperdulikan Puan Harlina, kakinya mula memecut naik ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka kasar.
"Malishka?" segenap ruang dicarinya namun bayang Ayarra langsung tidak ditemui.
"Ibu!!! Mana isteri Ar?!" jerit Arjuna dari tingkat atas.
"Eh? Lah? Isteri dia, dia tanya kita pula. Manalah kita tahu. Carilah sendiri" Puan Harlina sudah bercekak pinggang.
Matanya tajam merenung ke arah Arjuna yang berdiri di hujung anak tangga. Bibir anak yang satu itu mengerucut tidak suka dengan jawapan yang Puan Harlina berikan.
Terus tangannya membuka semua pintu bilik yang ada di tingkat dua. Namun semuanya kosong hingga kaki Arjuna berhenti di depan pintu bilik tetamu paling hujung.
"Tolonglah ada dalam ni" rayunya dalam hati.
Pintu bilik dibuka perlahan. Arjuna hembuskan nafas lega apabila kelibat Ayarra berada di atas katil menerpa retina mata. Arjuna berjalan mendekati katil. Wajah Ayarra yang memerah dan ditampal dengan cool fever itu dipandang.
Duduknya dilabuhkan pada birai katil. Tangan Arjuna yang sedikit sejuk berjaya membangunkan Ayarra dari tidur.
"Abang..." panggilnya dengan suara yang masih serak.
"Orang kacau malishka tidur ke?" Ayarra gelengkan kepala.
Kepalanya disandarkan pada tangan Arjuna yang masih berada di pipinya.
"Kenapa abang dekat sini? Bukan abang pergi THE ALOS ke?" lesu sahaja suaranya.
"Ibu call suruh abang balik" rambut yang menutupi wajah Ayarra disapu ke tepi dengan hujung jari.
"Sorry dah susahkan abang" Arjuna terus gelengkan kepala.
"Salah abang malishka jadi macam ni. Abang yang kena minta maaf" wajah Ayarra yang sudah sedia membahang semakin memerah dengan komen spontan Arjuna.
Wajahnya disorok ke dalam selimut.
"Malam ni... Abang tidur sorang tau dekat bilik kita. Ayarra tinggal sini"
"Kenapa pula?" Arjuna mula bernada tidak puas hati.
Jangan sampai ada yang lancar mogok dekat sini nanti!
"Ayarra tak nak demam Ayarra berjangkit dekat abang. Sebab tu Ayarra stay dekat bilik ni. Abang... Duduklah bilik kita"
"No! Abang tak setuju!" laju Arjuna membantah.
"Tempat isteri di sisi suami. Jadi dekat mana pun malishka ada, abang akan ada juga dekat situ. Tak kira apa keadaan sekalipun" tegas Arjuna.
"Tapi..." jelingan tajam dari Arjuna buatkan Ayarra tidak jadi meneruskan kata.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Roman d'amour[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...