🌸 : 33

4.7K 490 17
                                    

Arjuna masih lagi sibuk dengan laptop di atas riba. Matanya ralit membaca setiap maklumat yang tertera bagi meneruskan rancangan untuk membuka cawangan THE ALOS yang baharu.

Jam pada penjuru laptop sudah meganjak ke angka satu pagi. Ruang tamu utama rumah ibu bapanya juga turut terasa sepi. Arjuna hanya ditemani dengan satu stand lamp yang berada di ruang tamu.

"Kenapa tak tidur lagi?" suara yang datang dari arah belakang berjaya mengejutkan Arjuna.

Laju kepalanya ditoleh menghadap si pemilik suara dengan tangan yang masih melekap di dada untuk menstabilkan kembali detak jantungnya.

"Malishka... Ya Allah, terkejut orang" Arjuna menghela nafas perlahan.

"Kenapa belum tidur?" Ayarra menyoal sambil berjalan ke arah Arjuna.

"Sepatutnya orang yang tanya awak soalan tu, malishka" tangan kekarnya membaluti pinggang ramping Ayarra sebelum direntap tubuh kecil itu supaya duduk di atas ribanya.

Ayarra kelipkan mata. Sejak bila Arjuna alihkan laptop pun Ayarra tidak perasan. Tangannya naik melekap di dada Arjuna.

"Kenapa tak tidur lagi ni hm?" rambut yang menutupi wajah Ayarra diselit kembali ke belakang telinga.

"Tak boleh tidur" Ayarra menjawab perlahan.

Matanya hanya terarah ke dada bidang Arjuna yang ditutupi sehelai plain tshirt bewarna hitam.

"Pandang sini malishka" dagu Ayarra dipagut dan ditolak untuk bertentangan mata dengan Arjuna.

"Kenapa turun? Kan dah cakap jangan turun sendiri. Nak apa-apa panggil je orang. Kaki tu tak sembuh lagi tau" sengaja Arjuna garangkan muka.

"Bosan dekat atas. Tak ada orang teman" adunya.

Arjuna senyum senget. Mengadanya isteri kecilnya ini!

Serta merta wajah Ayarra membahang tanpa dipinta.

"Say my name" Ayarra kerutkan kening selepas mendengar permintaan Arjuna.

"Say my name, malishka" pintanya sekali lagi.

"Ar...Juna" sebut Ayarra takut-takut.

Selama ini Ayarra hanya menyebut nama Arjuna di dalam otaknya sahaja tanpa bisa menuturkan secara lantang seperti sekarang. Rasanya agak aneh.

"Again"

"Arjuna..."

"Say it again"

"Arjuna..."

Arjuna pejamkan mata. Dahinya dilekapkan pada  dahi Ayarra. Suara Ayarra bagaikan melodi indah di telinganya. Suara yang memabukkan dan boleh buatkan Arjuna ketagih untuk mendengarnya. Bagi Arjuna, suara Ayyara lebih mengasyikkan dari candu.

"A...bang" mata kembali dibuka.

Anak matanya menikam anak mata bundar milik Ayarra.

"What did you just called me?"

"Abang. I called you abang" Ayarra beranikan diri.

"Since when? Since when did you start calling me like that in silent?"

"Semenjak kita jadi suami isteri?" pipinya semakin memerah.

Malu yang teramat.

"Damn it, baby" Arjuna merengus kecil.

Tanpa berlengah, tubuh genit Ayarra dicempung dengan kemas sambil kakinya mula menapak ke arah tangga.

"Kita nak pergi mana?" soal Ayarra yang masih terpinga-pinga.

"Bilik" hanya itu yang Arjuna katakan sebelum kakinya terus melangkah memanjat tangga ke tingkat atas.

Ayarra tegup liur. Kenapa? Dia ada salah cakap ke?




"Sleep some more" Ayarra yang mencelikan mata kembali memejamkan mata semula.

Jaraknya didekatkan dengan Arjuna. Tangan kecilnya meliliti pinggang Arjuna. Selimut yang melorot jatuh Arjuna kembali tarik menutupi bahu Ayarra.

"Kejap lagi orang nak pergi THE ALOS. Nak ikut tak?" Ayarra menggeleng kecil.

Wajahnya semakin disorokkan ke dada bidang milik Arjuna. Arjuna pula tersenyum senang. Dahi Ayarra dikucup lama sebelum tangan Ayarra dialihkan.

Arjuna perlu bangun untuk bersiap. Kalau semakin lama dibiarkan, mungkin Arjuna akan turut hanyut ke dalam alam mimpi bersama Ayarra untuk sekali lagi.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now