Ayarra memandang tubuh tegap Arjuna dari arah belakang. Wajah lelaki itu ditenung dari pantulan cermin.
"What's wrong malishka?" soal Arjuna.
Tangannya masih lagi merapikan rambut yang sedang disikat.
Ayarra gelengkan kepala. Dari duduk di atas katil kakinya digerakkan ke arah Arjuna lalu berdiri betul-betul dihadapan lelaki yang digelar suami itu.
Butang baju kemeja Arjuna dikancing satu per satu. Arjuna hanya membiarkan. Tangan kekar itu mendarat pada pinggang ramping milik Ayarra. Mengusapnya lembut dan membuatkan Ayarra menegup liur sendiri.
Jujur Ayarra masih membiasakan diri dengan sentuhan yang diberikan oleh Arjuna.
Dahi suci Ayarra diberikan ciuman lembut.
"Thank you malishka" kali ini pipi gebu itu pula menjadi sasarannya.
Ayarra anggukan kepala. Memerah pipi Ayarra saat Arjuna menarik badan genitnya masuk ke dalam pelukan. Dagu Arjuna dilettakan di atas kepala Ayarra yang tinggi hanya separas dadanya.
"Malishka nak ikut tak?" badan mereka dihayunkan ke kiri dan ke kanan.
"Pergi THE ALOS" sambung Arjuna lagi.
Ayarra dongakkan kepala. Jelas terpancar keterujaan pada matanya.
Boleh ke?
Smartphone miliknya ditayangkan pada Arjuna. Arjuna tayang sengih.
"Kenapa pulak tak boleh? Awak isteri orang tau malsihka. Isteri kepada pemilik THE ALOS. Mestilah boleh. THE ALOS TU awak punya juga tau"
Hidung mancung Ayarra dicuit manja.
"Dah pergi siap sekarang" pelukan pada pinggang Ayarra dilepaskan.
Pintu utama untuk masuk ke dalam THE ALOS dibuka dari dalam. Arjuna mempersilakan Ayarra untuk masuk terlebih dahulu. Tangannya setia pada pinggang Ayarra.
Arjuna hanya membalas dengan anggukan kecil setiap kali ada manusia yang menyapa mereka berdua.
Tiba-tiba genggaman pada pinggang Ayarra dieratkan. Langkah mereka dilajukan ke lift untuk naik ke pejabat milik Arjuna. Masuk sahaja ke dalam lift,Ayarra pandang Arjuna dengan wajah yang sukar ditafsir.
"I know malishka. I know. Rasa macam ada orang perhatikan kita,right?" teragak-agak Ayarra jatuhkan kepala.
Rahang Arjuna mengeras. Giginya diketap kuat. Dia tahu hari-hari bahagianya bersama Ayarra tidak akan kekal lama. Tapi perlukah mereka munculkan diri sekarang disaat kebahagiaannya baru sahaja ingin berputik?
Mahu atau tidak Arjuna perlu berbincang dengan Que dan yang lain. Kerana kali ini,bukan nyawa dirinya sahaja yang akan berada dihujung tanduk.
"It's okay. As long as I'm here,everything's going to be fine" bisiknya pada Ayarra.
Pintu pejabat ditolak sebelum kedua-dua mereka memboloskan diri ke dalam. Tangan Ayarra ditarik menuju ke meja kerja milik Arjuna.
Dengan senang hati Arjuna dudukkan Ayarra di atas pahanya. Macbook milik lelaki itu mula bercahaya. Maklumat tentang business milik ayah Ayarra yang ingin dibeli olehnya mula terpapar pada screen.
Arjuna kelingkan mata pada Ayarra. Namun gadis itu masih menumpukan perhatian kepada smartphone yang berada di dalam genggaman.
Hujung kemeja yang terasa ditarik buatkan Arjuna sekali lagi menoleh memandang si cinta hati.
"Yes malishka?" kening diangkat tinggi.
Awak ada cadburry?
Arjuna kerutkan kening. Cadburry? Like seriously?
"Nampak muka orang ni macam kedai jual chocolate ke malishka?" duga Arjuna.
Ayarra tundukkan kepala. Memandang blouse yang dipakainya hari ini dengan bibir yang dicebik.
Tanya je. Janganlah marah.
Dia bosan. Sebab itu Ayarra minta chocolate dari Arjuna. Supaya bosannya hilang dengan makanan.
Arjuna gelengkan kepala. Laci mejanya dibuka lalu sepapan chocolate cadburry dikeluarkan dam diletakkan di atas riba Ayarra.
Dagu gadis itu ditolak untuk memandang dirinya.
"Jangan merajuk malishka. Orang gurau je. Eat that" pipi Ayarra diberikan ciuman singkat.
Ayarra terus tersengih gembira. Pembalut chocolate cadburry tersebut dibuka. Matanya terpejam saat chocolate tersebut cair di dalam mulut.
Ayarra suka. Suka cadburry dan suka Arjuna!
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Romansa[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...