🌸 : 18

6.7K 630 52
                                    

"Lapar tak?" Ayarra yang masih di atas pangkuan
Arjuna ditanya.

Ayarra jatuhkan kepala. Mulut masih setia menguyah kepingan terakhir cadburry yang dimakan.

"Okay jom" tubuh genit Ayarra dibangunkan terlebih dahulu.

Pergi mana?

"THE ALOS ni tempat makan malishka. Of course lah kita pergi dapur"

Tingkat tiga dimana letaknya ruang makan tetamu VIP dituju. Arjuna membuka pintu dapur tersebut sebelum mempersilakan Ayarra untuk masuk.

Tangannya ditepuk sekali untuk menggamit perhatian semua orang.

"Guys,introducing Lyla Ayarra. My precious wife" Ayarra melambai kecil.

Kekok dengan perhatian yang diterima.

"Now,kosongkan dapur ni. Pergi buat kerja dekat dapur tingkat dua" arah Arjuna.

"Tapi chef Tuah..."

"N . O . W" tekan Arjuna.

Mencicit semua yang berada di situ turun ke tingkat bawah meninggalkan Arjuna dan Ayarra bersendirian di dalam dapur yang luas ini.

Tak baik buat macamtu dekat diorang.

"So? This place is mine" balas Arjuna selamba.

Ayarra silangkan tangan ke dada. Sebelah kening diangkat sambil memandang Arjuna.

"Okay sorry malishka. Janji lepasni buat lagi" puncak hidung Ayarra dicium.

Tubuh genit itu dicempung lalu didudukkan di atas tempat kosong. Tangan Arjuna mengepung kedudukan Ayarra ditengah.

"Nak makan apa malishka sayang?" pipi Ayarra diusik menggunakan hidungnya.

Ada apa je?

Arjuna senyum senget. Buku menu diletakkan ke atas riba Ayarra.

"Choose whatever you want. I'll cook it for you"

Membulat mata Ayarra.

Apa pun boleh?

Arjuna angguk.

Awak boleh masak semua yang ada dalam ni?

Arjuna gelak kecil.

"Malishka. Menu dalam ni semua orang sendiri yang tulis. Mestilah orang boleh masak"

Ayarra juihkan bibir. Mata diguling ke atas. Penat dengar Arjuna angkat bakul sendiri.

Ayarra tunjukkan semua menu yang nampak menyelerakan dimatanya.

Setiap kali Ayarra ingin menolong pasti Arjuna menegah. Setiap kali Ayarra turun dari tempat  duduknya pasti Arjuna akan kembali menyuruh Ayarra untuk duduk diam. Sehingga Arjuna memberi amaran keras kepada isterinya itu.

"Duduk sini diam-diam sebelum orang ikat awak malishka. Tak bergerak langsung awak nanti"

Akhirnya Ayarra hanya pasrah. Memerhati Arjuna dari jauh. Kakinya yang tidak mencecah tanah digoyang kedepan dan kebelakang.

Smartphone milik Arjuna yang berada berdekatan dicapai. Aplikasi camera dibuka lalu gambar selfienya di snap secara senyap-senyap. Bukan itu sahaja,malah gambar Arjuna yang sedang memasak juga turut ditangkap.

"Aip malishka. Buat apa tu?" tegur Arjuna walaupun tidak memandang gadisnya.

Ayarra terus turunkan smartphone tersebut. Wajahnya sehabis baik dibuat tidak bersalah.

Bagaimana Arjuna selalu tahu tentang pergerakannya sedangkan mata Arjuna masih fokus kepada bahan yang sedang dimasak?

Pelik. Ayarra telengkan ketepi. Masih mencari jawapan kepada soalannya yang belum terjawab.

"Don't think too hard,malishka" Arjuna pusingkan badan untuk menghadap Ayarra.

Tangan disilang ke dada. Punggung disandar pada meja dibelakangnya.

"One day..."

"One day you will know everything about me" Arjuna diam sekejap.

"And bila awak dah tahu,orang harap awak akan tetap stay dekat sini dengan orang" perlahan sahaja ayat yang Arjuna gunakan.

Mata Ayarra ditentang berani. Jelas kelihatan riak bingung pada wajah itu.

"No. You need to stay. No matter what. I can't lose you. Not when i'm the one who protect you,malishka"

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now