Sudah tiga hari Ayarra terperangkap di sini. Wajahnya semakin pucat akibat kehilangan darah yang terlalu banyak. Matanya juga sudah hilang sinarnya.
Ayarra yang sekarang bagaikan patung cendana. Membiarkan segala yanh terjadi pada dirinya. Kakinya sudah terasa seperti tidak boleh digerakkan. Semuanya gara-gara kakinya dihentak kuat pagi tadi sewaktu melakukan cubaan untuk melarikan diri.
Rasa seperti tulangnya sudah retak. Atau lebih teruk mungkin sudah patah. Ayarra mengeluh perlahan. Dalam fikirannya hanya terbayang segaris nama.
Arjuna Qutuah.
Bagaimana keadaan lelaki itu sekarang? Adakah lelaki itu sedang mencari keberadaannya atau lelaki itu sama sekali tidak perduli?
Ayarra mengucap di dalam hati. Membuang sejauh mungkin perkara yang negatif dari kotak fikiran.
Dia percayakan Arjuna. Dan Ayarra juga yakin Arjuna sedang berjuang untuk menyelamatkannya. Sehingga detik Arjuna menyelamatkan dirinya, Ayarra perlu tetap kuat untuk bertahan.
Mata yang terasa semakin memberat buatkan Ayarra ingin terlelap. Tenaganya sudah semakin berkurang.
Baru sahaja Ayarra ingin menutup mata, bunyi bising yang datang dari arah luar membantutkan segalanya.
Bahunya terhenjut kecil saat pintu bilik dibanting kuat. Seorang lelaki menerpa ke arahnya sebelum tangan Ayarra direntap kuat untuk dipaksa berdiri. Tubuhnya diheret dan dipaksa berjalan untuk keluar dari bilik tahanannya. Terhinjut-hinjut pergerakkan Ayarra.
Ayarra mengeraskan diri saat lehernya dikunci. Hari ini baru Ayarra tahu bahawa tempat tahanannya ini merupakan sebuah gudang dan bukan sebuah rumah.
Dari lantai tingkat dua ini dapat Ayarra lihat ramai manusia yang sudah bergelimpangan terbaring. Rasanya bagai baru sahaja berlaku pergaduhan besar di lantai bawah.
"Arjuna Qutuah!" seruan nama itu buatkan mata Ayarra membulat.
Laju matanya memerhati sekeliling. Mencai sosok yang baru diseru tadi. Pandangannya terhenti saat dirasakan dirinya sedang dipandang.
Perlahan-lahan kepala ditoleh mengikut naluri hati. Ayarra tegup liur saat matanya bertentang dengan mata Arjuna.
Wajah lelaki itu yang penuh luka dan darah membuatkan hati Ayarra terasa sayu. Melihat wajah garang Arjuna bertukar menjadi bengis buatkan Ayarra ketakutan.
Ini bukan Arjuna yang Ayarra kenal. Ini sisi lain Arjuna yang Ayarra tidak pernah tahu. Malah lelaki itu sendiri menyembunyikan sisi yang satu ini daripadanya agar Ayarra tidak berasa takut untuk berada disamping Arjuna. Ini sisi gelap Arjuna yang semua orang gelar Tuah.
"What have you done to her?" bergema kuat jerkahan Arjuna.
Menggigil sekujur tubuh saat tepi kepalanya bersentuhan dengan muncung pistol. Semakin terkaku saat melihat Arjuna juga menghalakan muncung pistol ke arah dirinya yang berada di tingkat dua.
Kewarasan lelaki itu hampir hilang saat melihat keadaan fizikal Ayarra. Tergamaknya mereka mencederakan kesayangannya!
"Let her go!" arah Arjuna.
Lelaki yang menjadikan Ayarra tebusan itu hanya tergelak kuat. Sedikit pun tidak terkesan dengan amarah Arjuna.
Apa Arjuna betul-betul hilang akal? Mana mungkin peluru sepucuk pistol itu bisa sampai ke tingkat dua ini. Arjuna senyum senget.
"Let me remind you something, bustard. I'm the sharpshooter in D'Luz Third Legacy. My main weapon is rifle. Setakat jarak macam tu kau ingat aku tak boleh buat pistol ni kena target yang tepat ke?" matanya mencerlung tajam.
Dapat Ayarra rasakan tubuh orang dibelakangnya ini mengera.
"Give her back to me or i'll destroy you!" nadanya berbaur ancaman.
Lelaki yang menjadikan Ayarra tebusan berdecit kuat. Melihatkan semua anak buah yang sudah terbaring tidak menyedarkan diri itu membuatkan dirinya sedar mereka diambang kekalahan.
Pelukannya pada leher Ayarra diperketatkan sehingga wanita itu susah untuk bernafas. Wajahnya juga jelas semakin memucat.
Arjuna yang menyaksikan itu mengetap rahang sendiri. Urat-urat pada tangan, leher dan dahinya mula kelihatan. Penumbuk dikepal erat.
"Fine! I'll let her go this time. But,remember this Tuah! Rhett won't let you have a happily ever after selagi dendam dia tak tebalas"
Tubuh Ayyara dengan mudahnya dicampak ke bawah dari tingkat dua. Ayarra sudah pejamkan mata sendiri. Bersiap sedia jika tubuhnya akan jatuh menghempap tanah.
Namun, pergerakan Arjuna lebih cekap dan pantas. Pistol tadi dilempar ke tepi sebelum kakinya berlari laju untuk menyambut tubuh Ayarra. Tubuh genit itu jatuh betul-betul di dalam pelukannnya.
"Ma...Malishka..." panggil Arjuna.
Wajah pucat Ayarra diusap lembut. Dahi wanita itu dikucup lama.
"You're safe now. You're safe..." dalam hati tidak habis Arjuna melafazkan kata syukur.
Tangan Ayarra naik terketar-ketar menyentuh rahang Arjuna.
"Ar...ju...na" riaksi terkedu Arjuna adalah perkara terakhir yang Ayarra dapat saksikan sebelum semuanya bertukar gelap.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Romansa[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...