🌸 : 29

3.9K 494 23
                                    

"Your wife menghidap penyakit selective mutism"

"Apa punca dia?"

"As you said before, your wife pernah kena abused kan?" Arjuna jatuhkan kepala.

"Boleh jadi antara sebabnya ialah trauma yang berpanjangan. Dan mungkin juga jangka masa dia kena abused tu agak lama sampai menyebabkan otak dia terkejut dan tidak boleh terima apa yang terjadi. As dia tak ada sesiapa untuk dijadikan tempat meluah, dia akan pendam semua sakit tu. And that's one of the reason dia ada selective mutism"

Arjuna tekun mendengar. Rahangnya bergerak-gerak menahan gelora jiwa.

"Thank you for your explanation, doctor" tangan dijabat dengan doctor yang telah merawat isterinya.

"Mr. Arjuna . You too should have some rest" Arjuna hanya tersenyum kelat pada pesanan tersebut.

Ezra dan Afeef sudah bersiap sedia menanti Arjuna di luar.

"So?" Afeef menyoal terlebih dahulu.

"Ezra, cari parents Ayarra. Aku tak kira berapa lama kau ambil masa tapi aku nak diorang ada depan mata aku" nadanya keras memberi arahan.

"Kenapa kau tak serahkan diorang dekat pihak polis je?"

"Aku akan serahkan tapi lepas aku jumpa diorang" Arjuna peluk tubuh sendiri.

Ezra dan Afeef hanya jatuhkan kepala. Tiada rasa mahu menghalang tindakan Arjuna.






Matanya hanya tepat memandang tanpa sebarang perasaan ke arah sekujur tubuh yang masih terbaring kaku. Sudah empat hari berlalu dan empat hari juga Ayarra masih berada dalam keadaan yang sama.

Wayar yang berselirat ditubuhnya serta balutan dan tampalan membaluti tubuh genit itu. Arjuna ketap rahang sendiri.

Sepatutnya dia yang harus merasai semua ini. Bukannya Ayarra. Ini semua salahnya. Ini semua berlaku kerananya. Bukan Ayarra yang seharusnya berada diposisi ini dan merasai betapa sakitnya kejahatan angkara dendam.

Arjuna masih lagi tidak berhenti menyalahkan diri sendiri. Sehingga hari ini,sekali pun Arjuna tidak menyentuh Ayarra walaupun menggunakan hujung jari.

Bukan kerana benci. Jauh sekali dari kata tidak sudi. Tapi kerana Arjuna rasa dirinya tidak layak. Dia sudah gagal menjaga permata kesayangannya. Dia sudah gagal untuk mengekalkan keselamatan Ayarra.

Mampu lagikah dirinya menjadi pelindung Ayarra? Masih diterimakah dirinya oleh Ayarra selepas apa yang telah terjadi? Bagaimana Arjuna mahu teruskan perjuangannya jika Ayarra membenci dirinya selepas ini? Sanggupkah dia melepaskan Ayarra jika itu yang wanitanya mahukan?

Membayangkan sahaja Arjuna tidak mahu. Apatah lagi jika ianya benar-benar terjadi.

Sudah empat hari Arjuna berpura-pura kuat di depan semua orang. Tetapi itu semua hanya sekadar topeng. Topeng untuk menutup segala kesedihannya yang hanya ditumpahkan di dalam ward ini. Hanya di depan Ayarra Arjuna akan menangis teresak persis budak kecil.

"Malishka... Bangun...." rayunya.

"Bangunlah... Orang nak minta maaf dengan malishka..." air mata yang jatuh langsung tidak diseka.

Tangan yang ingin mencapai tangan Ayarra berhenti dipertengahan jalan. Akhirnya Arjuna turunkan semula tangan sendiri.

Wajah ditekup dengan kedua-dua belah tangan. Mebiarkan dirinya hanyut tenggelam di dalam dunia sendiri.

"Arjuna..." Arjuna angkat wajah.

Wajah diraup untuk menghilangkan air mata sebelum badan ditoleh ke arah Ezra yang berada di muka pintu.

"Diorang dah ada dekat tempat Que" Arjuna jatuhkan kepala.

"Orang pergi kejap ye, malishka. Nanti orang datang sini balik" bisiknya pada Ayarra sebelum bangun.

Wajah Ayarra ditenung dari jauh sebelum kakinya melangkah meninggalkan ward persendirian itu. Tanpa Arjuna sedar, ada bulir-bulir jernih yang jatuh dari celahan mata Ayarra.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now