Badan direbahkan ke atas sofa. Matanya tunak memandang ke arah television yang sedang terpasang.
"Arjuna Qutuah..."
"Saya..." jawab Arjuna sambil mengangkat tangan ke atas persis anak kecil.
Wajah si ibu yang memanggilnya tadi dipandang.
"Iya,ibu. Ibu nak apa?" soalnya sambil mengubah posisi baring menjadi duduk menghadap sofa yang diduduki si ibu.
"Tak keluar malam ni?" si ibu jongketkan sebelah kening.
"Tak. Semua busy dengan life memasing"
"Iya lah. Kawan kamu semua dah kahwin dah ada anak. Kamu je yang nak jadi anak teruna tua" balas ibu.
"Mana ada! Adheen pun single juga!"
"Ha melawan!" Arjuna muncungkan bibir.
Kenapa dia yang selalu kena perli soal jodoh ni? Kenapa lah dirinya anak tunggal? Kenapa dia tiada abang atau adik yang boleh layan perangai umi yang satu ni?
"Arjuna,awak tu dah tua. Dah nak masuk 30 dah. Bila nak settle down? Ibu dengan ayah awak ni pun dah tua tau. Taknak ke bagi kami merasa ada menantu? Ada cucu? Sebelum kami pejam mata?"
Arjuna keluh nafas panjang. Ini yang dia tidak suka. Bila ibu bercakap soal ajal dan maut dengannya.
"Ibu...." rengeknya perlahan.
"Apa? Betul la ibu cakap" tangan disilang ke dada.
Arjuna garu kepala. Mati kata dirinya kalau sudah mula berdebat dengan ibu. Tak pernah akan menang.
"Jangan sampai ibu carikan jodoh untuk awak,Arjuna..." ugut ibu.
Arjuna diam sejenak. Kening diangkat sebelah sebelum perlahan-lahan bibir mengoyak senyum.
"Nice idea ibu! Selalu ibu bising sangat Ar single. Apa kata ibu yang carikan? Menepati pilihan ibu"
Si ibu bulatkan mata. Macam tak percaya dengan apa yang baru dikatakan oleh anak tunggalnya.
"Kamu jangan main-main Arjuna Qutuah..." laju Arjuna gelengkan kepala.
"Betul la ni ibu" sungguh-sungguh Arjuna berkata.
"Kamu akan terima walau siapa pun dia?" Arjuna angguk.
"Kamu akan cuba sayang dan cintakan dia? Layan dia sebaik mungkin seperti permaisuri? Berlaku adil dengan dia? Jadikan dia satu-satunya isteri kamu?"
Arjuna diam. Tiba-tiba kepala teringat tentang apa yang sedang terjadi kepadanya dan kepada THE ALOS.
Jatuh cinta itu tidak susah. Kalau dipupuk,duduk sebumbunh dan sebilik mesti lama-lama rasa itu akan tetap hadir. Tapi...Mampukah Arjuna untuk melindungi isterinya nanti?
Tapi,sungguh Arjuna tidak sanggup melihat ibunya bersedih lagi. Bukannya Arjuna tidak tahu yang si ibu selalu berasa sunyi duduk di rumah besar ini.
Perlahan-lahan Arjuna anggukan kepala tanda setuju.
"Yakin?" gertak si ibu.
"Sangat yakin" Arjuna juga menjawab dengan nada tegas tanda dirinya tidak main-main.
Soal keselamatan isterinya,itu nanti rancang kemudian. Yang penting sekarang kebahagiaan ibu.
"Arjuna bagi masa sebulan untuk ibu carikan Arjuna bakal isteri. Kalau dalam masa sebulan tak ada juga yang ibu berkenan,kita tak akan cakap lagi soal kahwin. Deal?"
"Deal" tangan dijabat tanda persetujuan.
Si ibu tersenyum gembira. Arjuna juga tersenyum nipis.
"Kalau ini boleh buat ibu bahagia,Arjuna akan tunaikan"
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Romance[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...