Saya nak kerja boleh?
Screen smartphone dan wajah Ayarra dipandang bersilih ganti.
"Kenapa? Duit yang orang kasi dekat malishka tak cukup ke?" soal Arjuna pula.
Kalau duit belanja menjadi punca Ayarra ingin bekerja,dengan senang hati Arjuna akan menambah perbelanjaan yang diberikan kepada wanitanya itu.
Ayarra gelengkan kepala.
Duit tu cukup. Lebih dari cukup sebenarnya.
Gila tak cukup? Rasanya setiap bulan Arjuna masukkan dua ribu ke dalam akaun bank miliknya. Sampai kadang Ayarra sendiri naik buntu harus digunakan ke mana duit sebanyak itu.
Nak guna untuk shopping? Ayarra sendiri jarang membeli-belah. Nak beli barang basah? Semuanya Puan Harlina yang belikan. Nak bayar duit rumah? Semuanya di bawah tanggungan Tuan Ahmad Arshad.
"Lepastu? Kenapa malishka nak kerja? Orang mampu je nak tanggung malishka. Malishka tak payah la kerja. Duduk rumah aja" pujuk Arjuna.
Tapi saya bosan.
Ayarra tayang pout face pada Arjuna.
Kalau duduk di rumah pun nak buat apa? Semua orang dalam rumah ini bekerja. Alih-alih Ayarra tinggal sendiri juga di rumah.
Baik dia sambung bekerja di kedai bunganya dahulu. Setidaknya ada juga perkara yang boleh dilakukan.
Boleh la?
Matanya dikerdipkan ke arah Arjuna.
Bukannya ada orang nak culik saya pun kalau saya pergi kerja.
Arjuna tegup liur sendiri membaca komen yang Ayarra berikan. Mengapa Ayarra begitu yakin tiada sesiapa akan menculik dirinya?
Tempat kerja saya tak ada orang jahat pun.
"Tak ada orang jahat?" Arjuna angkat sebelah kening memandang Ayarra.
Lupakah wanita itu bagaimana dirinya boleh terjumpa dengan Puan Harlina.
Ayarra hela nafas perlahan.
Okay. Maybe lah ada sikit. Tapi diorang tak akan serang saya. Saya ni bukan siapa-siapa.
Kali ini Arjuna pula yang mengeluh. Bukan siapa-siapa? Ayarra sedar atau tidak yang dirinya ialah isteri kepada Arjuna Qutuah. Itu sahaja sudah cukup untuk buktikan Ayarra ialah orang penting dan orang besar. Terutama sekali dalam hidup Arjuna.
Mungkin saat ini Ayarra masih tidak mengerti. Tetapi percayalah,jika Arjuna ceritakan tentang THE ALOS pada Ayarra pasti wanita itu tidak akan berfikir untuk kembali bekerja.
Arjuna picit pelipis hidungnya.
Arjuna tidak mahu menghalang segala perkara yang Ayarra ingin lakukan. Malah lelaki itu ingin wanitanya hidup bebas melakukan apa sahaja. Tetapi Arjuna juga tidak ingin mengambil risiko.
Melihat Arjuna yang hanya diam tidak berkutik membuatkan muncung Ayarra semakin memanjang. Entah dari mana keberaniannya datang,Ayarra memanjat tubuh kekar Arjuna yang duduk disebelahnya. Punggungnya dilabuhkan di atas paha Arjuna.
Arjuna yang terkejut terus memeluk pinggang ramping itu bagi mengelakkan Ayarra dari terjatuh. Terkebil-kebil matanya memandang tindakan drastik Ayarra.
Jari runcingnya dikuis-kuis di atas dada bidang Arjuna. Arjuna berdecit sebal.
Siapa yang ajar isterinya ini cara menggoda orang?!
Jari runcing itu disambar lalu dikemam sebentar. Matanya memincing memandang Ayarra yang menayangkan wajah tidak bersalahnya.
"Such a naughty woman! Siapa ajar malishka goda orang ni ha?" hidung mancung Ayarra pula menjadi mangsanya.
Ayarra menolak dada bidang Arjuna supaya bersandar di kepala sofa.
Jawab dulu boleh ke tak nak kerja. Kalau tak malan ni tidur sorang-sorang.
Arjuna senyum sungging. Ouh... Dah pandai ugut orang sekarang ni eh?
Saya tak kisah kalau awak tak bagi saya kerja. Saya faham. Saya hanya nak jawapan awak. Saya akan patuh setiap apa yang awak cakap. Saya tak nak jadi isteri derhaka.
Smartphone yang berada di tangan Ayarra Arjuna ambil dan letak ke tepi.
Rambut ikalnya yang mula jatub menutupi muka diselit kembali ke belakang telinga. Pipi gebu Ayarra diusap sayang.
"Bukan orang tak kasi awak kerja. Orang cuma risau apa-apa jadi dekat awak waktu orang tak ada,malishka. Setidaknya bila awak duduk dekat rumah,orang tahu awak selamat"
Kepala Ayarra ditarik supaya bersandar pada dada bidangnya. Tepi pinggang gadis itu diusap kecil.
"Macam ni lah. Orang kasi awak pergi kerja tapi dengan syarat,orang yang hantar dan ambil awak"
Terus bersinar mata Ayarra selepas mendapat kebenaran dari Arjuna. Tangan kecilnya mendakap erat tubuh kekar itu.
Arjuna juga tersenyum puas. Jika ini dapat membahagiakan Ayarra,maka Arjuna sanggup ambil risiko ini.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Roman d'amour[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...