15.

42 7 31
                                    

Soyoung terjaga apabila matahari masuk ke dalam mata. Dia bangun dari baring sambil itu dia menguap. Dia meregangkan seluruh badannya.

Dia termenung seketika. Tiba-tiba, muncul satu memori semalam yang bibirnya telah diragut oleh renjun. Dia menekup bibirnya.

Yaish, renjun pervet!

Bisik hatinya kesal. Kenapalah dia boleh diam sahaja semalam. Boleh pula dia menikmatinya. Dia mengetup kepalanya. Pabo!

Soyoung menggigit jari. Macam mana lah dia mahu berdepan dengan renjun. Setelah renjun meluahkan perasaannya semalam, membuatkan jantung soyoung berdetak laju!

Aish, kenapalah dia ditakdirkan bertemu dengan penculik yang sweet.

Mahu tak tercabut jantung soyoung dibuatnya. Tidak lama itu, pintu dikuak perlahan. Soyoung gelabah. Dia sambung baring dan menyelubung ke dalam selimut.

Dia tak mahu jumpa atau bersemuka dengan renjun sekarang. Dia cukup malu apabila teringat peristiwa malam semalam. Lagi sekali, dia ketuk kepalanya perlahan. Gatal sangat kau ni!

Renjun menghembus nafas berat. Dia menghampiri katil soyoung dan meletakkan dulang yang dibawanya ke atas meja lampu. Dia mula duduk di katil. Dia menatap soyoung yang membelakanginya. Dia tersenyum apabila teringat kejadian semalam. Entah berapa juta kali dia tersenyum disebabkan gadis itu.

"Soyoung.... aku tahu kau dah bangun." Kata renjun.

Soyoung buka matanya. Dia mengeluh. Haih, dia ni semua benda dia tahu. Dia berpusing badan menghadap renjun. Dia pandang renjun dengan pandangan yang serius. Namun bagi renjun itu bukanlah tatapan serius malah, tatapan comel! Renjun ketawa kecil melihat raut wajah soyoung.

"Kelakar sangat ke?" Soyoung pun bangun dari baring. Renjun berhenti tawa.

"No. it's because you're so cute! I can't stand it..." Renjun sengaja cubit pipi soyoung. Soyoung mengaduh sakit.

"Sakitlah!" Jerit soyoung. Matanya mula bergenang air mata. Renjun serta merta panik apabila melihat air mata soyoung.

"Gwaenchana? Sorry, aku janji aku tak buat dah." Renjun menggosok pipi soyoung dengan lembut. Soyoung tergamam apabila renjun sekali lagi berjaya buatkan jantungnya berdetak laju.

Soyoung tanpa sedar, dia tersenyum. Renjun terhenti perbuatannya apabila melihat senyuman soyoung. Soyoung mengerut kening.

"Wae?" Dia hairan. Kenapa pula renjun menatapnya begitu. Renjun tersenyum.

"Your smile is so beautiful..." Soyoung tersenyum lebar. Dia memukul bahu renjun.

"Mengada eh." Kata soyoung. Lalu mereka berdua ketawa bersama.

Dalam hati soyoung nafikan, yang dia benar-benar jatuh cinta dengan lelaki di hadapannya ini. Segala kata dan perbuatan lelaki itu berjaya membuatkan soyoung tertarik padanya.














"Dah jumpa mana tempatnya?"

"Dah puan, puan nak saya hantarkan puan ke sana ke?" Tina pantas menggeleng.

"Biarkan dulu. Esok baru aku melawat dia. Sekarang, aku nak spend time dengan kekasih hati aku." Kata Tina sambil tersenyum apabila teringat pujaan hatinya. Pembantunya mengangguk. Dia terus melangkah pergi setelah selesai tugasnya.

Tina mengambil telefon bimbit dari beg tangan dan mendail nombor seseorang.

Dia menunggu seseorang itu menjawab panggilannya.

"Ha, tina. Ada apa?" Tina tersenyum lebar saat mendengar sahaja suaranya. Dia menggulung rambut ikalnya sambil menggigit bibir.

"Tak ada apa. Saja nak dengar suara kau. Tak boleh ke?"

"Heol? Pelik. tiba-tiba aje kau telefon aku semata-mata nak dengar suara aku. Apasal ni? ada apa-apa kau nak bagitahu ke? kalau ada, cepat. Aku nak pergi office lagi."

Tina mengeluh. Kenapa dengan jaemin ni? asyik sibuk aje memanjang.

"Ish kau ni, orang nak sweet pun tak boleh. Ni, aku nak tanya pasal kes soyoung. Polis dah jumpa ke belum? sebab tadi kau pergi balai kan?"

"Dah. Cuma, identiti penculik tu tak dapat dikesan sebab kabur dan lagi satu pakaian dia gelap. Jadi kes ni terpaksa dipanjangkan sampailah polis dah jumpa identiti penculik tak guna tu."

"Oh, dah jumpa. Baguslah. Tak apa lah, kau pun sibuk kan? aku taknak kacau kau. Aku tutup dulu ya, annyeong." Tina matikan panggilannya. Dia menghembus nafas kasar.

"Aku kena buat plan b. Han Soyoung, aku akan pastikan kau mati dan takkan pernah jejak atas bumi ni lagi. Dan jaemin jadi milik aku selama-lamanya...." Katanya sambil tersenyum sinis.




















Soyoung memotong sayur di dapur. Kata renjun, dia mahu masak tengah hari jadi soyoung mahu membantunya.

Sambil soyoung potong sayur, dia curi-curi pandang renjun di sebelahnya sedang memotong daging. Dalam diam, soyoung tersenyum sendiri.

Sedang dia sibuk pandang renjun, tangannya terpotong sekali. Soyoung menjerit kecil. Dia melihat jari tengahnya. Banyak darah yang keluar membuatkan dia mahu muntah.

Renjun pantas membawa soyoung ke singki dan basuh darah itu sehingga kering. Sudah basuh, dia mengambil peti kecemasan. Dia ambil plaster dan ubat sapu untuk luka ringan seperti soyoung tadi. Dia sapu jari soyoung dengan kapas. Dengan lemah lembut dia sapu ubat itu. Kemudian, dia tampal pula plaster. Soyoung sedari tadi hanya memandang sahaja renjun.

Selepas itu, renjun meniup jari soyoung.

"Okay, dah. Lain kali hati-hati. Kau duduk aje lah. Tak payah tolong aku. Biar aku buat sendiri." Renjun bangun dan ingin menuju ke dapur. Soyoung mencebik bibir.

"Alah, nak tolong...." Kata soyoung sambil muncung mulut.

"No, Kalau kau luka lagi macam mana? aku dah biasa tak apa. Ni kau. aku taknak tengok kau luka. Duduk je. Nanti dah siap, aku panggil kau ya?" Renjun pun sambung potong daging tadi.

Soyoung cebik bibir. Nak tolong pun tak boleh. Dia hanya duduk di sofa sambil memerhatikan renjun di dapur. Dia tersenyum. Dia mengambil telefon bimbit renjun di atas meja lalu dengan senyap dia snap gambar renjun. Banyak dia ambil gambar renjun tanpa sedarinya. Dia mengutum senyuman apabila melihat gambar renjun.

"Comel..." Kata soyoung sambil tersenyum lebar.



Makanan tengah hari pun sudah siap. Renjun hidang makanan tersebut di atas meja.

"Baby, makanan dah siap! jom makan." Soyoung terus langkah kakinya ke meja makan. Matanya terbuntang melihat makanan di depannya. Semuanya adalah makanan kegemarannya. Makin lebar senyumannya.

"Duduklah." Soyoung pun duduk. Dia mengambil chopstick dan ambil daging lalu membawanya ke dalam mulut. Kepalanya angguk-angguk. Sedap sangat renjun masak.

"Mashitta!" Kata soyoung sambil membuat tanda 'good' pada renjun. Renjun tersenyum lalu dia beri banyak daging di mangkuk berisi nasi soyoung.

"Makan banyak-banyak." Soyoung berhenti makan. Dia berdecit.

"Awak nak saya gemuk ke?"

"Yup, gemuk lah comel. Dah, makan. Jangan banyak cakap." Soyoung menjelingnya. Dia pun sambung makan.















SJSJSJSJSJS comellah soyoung ni 🥺

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now