4.

36 5 22
                                    

Han soyoung pulang ke apartmentnya setelah penat bekerja keras hari ini. Soyoung merebahkan badan ke sofa sambil menghela nafas. Dia membuka telefon bimbit dan melihat jam tertera pada skrin telefon. 03:30 a.m.

Dia mengeluh. Keluar dari pukul lima pagi, sampai rumah pukul tiga pagi? Begitu sibuknya dia sampai tak sedar pun jam di telefon.

Soyoung bangun dari baring dan melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya.

Suai mandi, soyoung memakai baju tidur dan baring di atas katil. Dia menguling katil itu. Seperti sudah lama dia tak baring di katil.

"Haih katil..... aku ni ngantuk, tapi kenapa aku tak boleh tidur ya?" ngumam soyoung sendiri. tiba-tiba, dia teringat perangai aneh jaemin tadi. Entah mengapa muncul di mana jaemin memegang tangannya semasa dia di dalam van tadi. Soyoung mengeluh. Terlintas persoalannya, mengapa jaemin jadi sebegitu? Dia bukan lah jaemin yang soyoung kenal.

Selama lima tahun jaemin jadi managernya, tidak pernah sekali jaemin memegang atau menyentuh tangannya dan mengapa harini jaemin tiba-tiba bersikap aneh?

"Eish! lupakan aje lah! lebih baik aku tidur, esok aku nak sambung shooting pulak." Soyoung menutup lampu di tepi katil dan mula pejamkan matanya.

Dia melihat lampu bilik sudah dipadam. Dia tersenyum. "We meet soon ya, sayang...." Katanya dan berlalu pergi meninggalkan apartment itu.
















Pagi sudah pun menjelma, soyoung membuka mata saat matanya terkena cahaya matahari. Ah, dia lupa nak tutup langsir semalam. Dia bangun dan menuju ke arah tingkap kemudian menutup langsir. Selepas itu, dia mengambil tuala dan melangkah ke arah bilik mandi.

Soyoung mengenakan bajunya dengan kemeja putih dan seluar jeans. Dia mengambil beg kemudian di gantung pada badan. Begnya bergetar, dia mengambil telefon bimbit dan melihat nama pada paparan skrin telefon itu. Jaemin.

"Hello jaemin?"

"Hello soyoung, harini jaemin ambik soyoung ya?" Soyoung berkerut dahi. Dah kenapa pula nak ambil aku ni? Gumamnya sendiri.

"Tak apa lah jaem, soyoung kan ada kereta. boleh drive sendiri. Tak payah lah susahkan jaemin aje,"

"Mana ada susah. saya rasa senang je.... Jangan banyak cakap, kalau saya kata A awak kena ikut. Faham?"

"Okay, faham." Soyoung putuskan talian itu. Dia mengeluh.

"Dah kenapa jaemin ni? sejak kebelakangan ni, makin pelik aku tengok dia." Kata soyoung sendiri. Dia geleng kepala perlahan lalu dia langkah keluar dari bilik.

Seperti dijanjikan jaemin, Jaemin berhenti kereta di hadapan pintu masuk apartment dan terlihat soyoung berdiri di situ. Jaemin tersenyum saat melihatnya. Soyoung masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keselamatan. Soyoung memandang jaemin di sebelah yang menatapnya tidak kedip itu dengan pelik.

"Awak ni dah kenapa?" Tanya soyoung.

Jaemin senyum kecil. "Awak cantik harini." Ucapnya tulus. Matanya masih menatap sang pujaan hati. Soyoung menjengil matanya.

" Awak ni ada-ada je lah." Kata soyoung kemudian memandang hadapan.

Wajah jaemin bertukar kecewa, mungkin gadis ini masih tidak sedar akan pujiannya tadi. Jaemin mula memandu keluar dari apartment dan bergerak menuju ke destinasi.












Sampai di tempat shooting, soyoung turun dari kereta dan melangkah ke arah pembantunya.

"Eh cik soyoung? kenapa pergi sekali dengan jaemin? selalunya, cik soyoung drive sendiri kan?" Tanya pembantu peribadinya, Tina. Soyoung menghela nafasnya.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now