Jaemin menunggu soyoung di luar kedai buku. Selesai shooting, tiba-tiba gadis itu mengajaknya ke kedai buku. Jaemin hanya mengikut sahaja apa kemahuan Soyoung. Yang penting, soyoung bahagia.
Soyoung membayar harga buku ke kaunter. Dia sempat senyum pada penjaga kaunter tersebut.
"Ni dia, cik...." Kata penjaga kaunter sambil senyum kepadanya. Soyoung angguk lalu melangkah keluar dari kedai. Jaemin melihatnya lantas dia tersenyum.
"dah?" Tanya jaemin. Soyoung angguk dan menunjuk plastik buku yang dibelinya pada jaemin. Jaemin hanya senyum.
"Jom lah," Mereka pun mula langkah pergi meninggalkan kawasan itu.
Seorang lelaki berpakaian serba hitam melihat jaemin dan soyoung bermesra timbul rasa sakit di hatinya. Dia tengok saja ke mana mereka pergi, dia menarik senyum kecil.
"honey, you shouldn't do this to me..... " Katanya kemudian menarik kepala hoodie di atas kepala dan melangkah pergi dari situ.
Jaemin pandang soyoung dan beralih pula ke arah tangan soyoung. Dia ingin pegang tangan gadis itu, tapi entah mengapa dia berasa ragu-ragu mahu membuat demikian. Bukan apa, dia cuma tak mahu gadis itu rasa canggung dengannya jika dia buat seperti itu. Dia pun batalkan saja niatnya. Berjalan di sebelah soyoung pun sudah cukup buatkan hati dia gembira. Kalau lah dia bercinta dengan soyoung, dia akan jaga gadis itu dan menyayanginya sepenuh hati dia.
Kalau lah angan-angannya itu jadi realiti, pasti dia lah orang yang paling beruntung dan bahagia.
"Jaemin" Jaemin terhenti langkahnya dan berpaling memandang sang pujaan hati. "ya?"
Soyoung menunjuk jarinya ke arah satu kedai. Jaemin pun memandang ke arah jari soyoung itu.
"DVD? awak nak buat apa ke sana?" Tanya jaemin berserta kerutan dahi. Soyoung mengeluh.
"Saya nak beli dvd ariana grande dan doja cat." Kata soyoung. Jaemin angguk.
"Pergilah." Soyoung tersenyum lalu dia pun berlari ke arah kedai itu. Jaemin hanya mampu senyum melihat telatah comel soyoung. Kalau hari-hari macam ni, boleh koyak gamaknya bibir dia. Setiap hari senyum disebabkan kecomelan soyoung itu. Jaemin langkah kakinya ke arah kedai mengikuti saja ke mana soyoung pergi. Dia takut jika ada berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Soyoung sudah pun pilih dvd yang mahu dia beli, dia pun membawa dvd ke kaunter untuk membayar dvd tersebut. Dia ingin keluarkan duit namun, ada tangan yang berikan kad kepada cashier. Dia memandang jaemin dengan raut wajah tidak puas hati.
"Apa ni jaemin? saya punya barang kan biarlah saya yang bayar, awak tak perlu lah nak bayar saya punya." Kata soyoung sambil mencebik bibir.
Jaemin senyum sahaja, dia mengambil barang itu dan lengkas keluar dari kedai. Soyoung tidak puas hari dengan sikap jaemin itu, dia berlari mengejar jaemin dari belakang. "Jaemin!"
Jaemin berhenti lalu memandang gadis itu serta kening sebelahnya terangkat. "Apa?"
Soyoung membuat muka cemberut dan bibirnya dimuncung.
" Saya tak puas hati dengan awak." Kata soyoung. Jaemin tergelak kecil melihat wajah comel soyoung itu.
"Kenapa pulak?" Tanya jaemin. Dia rasa dia tiada buat salah apa pun.
"Kenapa awak bayar saya punya barang! biarlah saya yang bayar, awak tak perlu bazirkan duit awak tu. Saya kan banyak duit." kata soyoung. Jaemin tersenyum lalu mencubit pipi tembam soyoung.
"Amboi, belagak ya? tak apa lah, saya nak belanja awak harini. Jangan banyak songeh, bersyukur lah harini saya baik belanja awak dvd." Kata jaemin. Soyoung mencebik, dia mengambil barangnya dari tangan jaemin.
"Yalah, terima kasih sebab belanja saya." Kata soyoung. Jaemin tersenyum.
"Sama-sama. Apa kata, kita pergi makan nak?"
"Nak! jom." Soyoung menarik tangan jaemin sehingga ke kereta. Tipu lah kalau jantung jaemin tidak berdegup. Jantungnya berdegup kencang saat kulitnya disentuh soyoung. Dia mengukir senyuman kecil.
Dia masuk ke dalam sebuah bilik usang sambil memegang tali tebal serta senyuman sinis terukir di bibir. Bilik itu adalah sebuah bilik penyeksaan di mana dia akan menyeksa gadis yang diculiknya dengan mengurung mereka di dalam bilik ini selama beberapa minggu tanpa makan dan minum. Dia menghampiri gadis yang diculiknya tempoh hari dengan perlahan. Gadis itu geleng kepalanya. Dia tak mahu lagi diseksa oleh lelaki itu. Mulutnya pula ditutup dengan kain, tangan dan kaki diikat dengan tali yang kuat.
Apabila dia sudah berada di hadapan gadis itu, sekali lagi dia tersenyum dan menghayunkan tali kemudian dia memukul gadis itu sehingga kulit badan gadis itu koyak dan darah mula keluar. Gadis itu meregang kesakitan namun apakan daya, dia tidak mampu menjerit dan membuat apa-apa kerana posisi badannya sangat lemah sekarang ini. Dia hanya mampu menangis dan menerima seksaan itu.
Lelaki berhoodie hitam itu tersenyum apabila melihat tangisan gadis dengan darah terpecik di lantai. Dia terus menerus memukul gadis itu tanpa ada rasa bersalah. hingga lah gadis itu tidak bernyawa lagi. Dia tersenyum dan mengambil pisau kemudian menoreh seluruh badan gadis remaja itu. Berasa tidak puas hati, dia mengambil pula gergaji lalu memotong jari jemari gadis itu. Selepas itu, dia potong pula tangan dan juga kaki. Memisahkan semua badannya hingga kesemua anggota sudah dipotong.
Dia mengambil pula guni dan meletakkan anggota badan telah dipotong itu ke dalam guni. Diikat guni itu dengan kemas lalu memasukkan guni ke dalam tong. Kemudian, dia mencampak tong itu ke dalam sungai. Dia menjilat darah di tepi bibir yang terpecik tadi. Sekali lagi dia mengukir senyuman sinis. "Ah, menyebalkan." Katanya lalu pergi dari situ sebelum ada orang nampak.
Pagi.
"Ahn yeon, ada tong terapung kat sungai tu tolong ambik kan." Kata salah seorang nelayan kepada rakannya. Si Rakan turut mengangguk dan pergi ke arah tong yang terapung itu. Dia membawanya ke darat dan membuka tong tersebut.
"Eh, ada guni." Katanya. Dia pun bawa guni itu keluar dan cuba untuk membukanya namun, guni itu telah diikat ketat hingga susah mahu dibuka. "Susahnya! siapa yang ikat ketat ni? ada emas ke apa dalam ni sampai ikat ketat-ketat!" Rungutnya.
Rakannya yang ketiga mengambil pisau lalu memotong ikatan ketat itu. Akhirnya, ikatan pada guni telah pun dibuka. Mereka pun lihat ada apa di dalamnya, malah mereka masing-masing terkejut melihat isi dalam guni itu. "Weyh.... a-ada m-mayat!" Katanya dengan gagap.
"Call polis!" salah seorang dari mereka pun mula mendail nombor polis.
Polis datang ke tempat kejadian, mereka mula soal siasat kesemua saksi tentang kejadian pada pagi tadi.
"Jadi, awak jumpa mayat ni dalam tong tu?" Kata inspector polis kepada mereka. Mereka mengangguk.
"Sarjan lim." Yang dipanggil pun turut ke arah ekspetor itu dan tabik hormat. "Ya tuan!"
"Bawak kesemua anggota yang hancur ni ke balai polis dan telefon pakar forensik untuk mereka kenal pasti mayat ni." Kata inspector itu. "Baik, tuan!"
"Awak bertiga, ikut kami ke balai untuk membuat siasatan kerana awak bertiga saksi bagi kes ini."
"Baik, tuan."
Harini soyoung cuti, dia boleh lah berehat di rumah dengan senang hatinya. Dia duduk di sofa dan membuka TV. Dia menonton netflix sambil makan roti bakar. Sedang dia asyik menonton, bunyi loceng kedengaran dari luar. Dia mendecit. Siapa pula yang kacau hari cuti dia ni? Mahu bersenang lenang pun tak boleh.
Soyoung bangun dan bergerak ke arah pintu, dia buka pintu tersebut namun tiada sesiapa pun di hadapan pintu. Dia berfikir ada orang yang mahu bermain-main dengannya. Dia mengeluh perlahan lalu menutup semula pintu.
Dia berpakaian hoodie putih itu tersenyum. " Wait for me, honey.... "
Asyik tersenyum je hurm ;))
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fanfic"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18