18.

38 6 43
                                    

"Kau ada nombor dia?" Pembantunya mengangguk.

"Ada puan."

"Bagi aku, aku nak mesej dia." Pembantunya turut memberikan telefon bimbit kepada Tina. Tina ambil lalu mula mesej seseorang itu.

Siap hantar mesej, dia mengukir senyuman sinis. Tak lama lagi aje soyoung. Kau bakal tenggelam dari bumi ini.













Renjun tersedar dari tidurnya. Dia bangun dari baring kemudian mengambil telefon bimbit di tepi apabila terdengar bunyi noti.

Dia pun buka telefonnya lalu melihat gerangan siapakah yang mesejnya pagi-pagi begini.

Message from +61253xxxx

Renjun berkerut dahi. Nombor siapa pula ni. Dia pun buka mesej tersebut.

Hai
Boleh kita berjumpa?

Renjun mula menaip.

Maaf
kau siapa?

Tak perlu tahu
kita jumpa sekarang
ada hal penting aku nak bincang
dengan kau

Hal?
sorry
aku tak kenal kau
lagipun aku busy sekarang

huang renjun
itu nama kau kan?

Sekali lagi dahinya berkerut. Macam mana pula dia tahu namanya?

Kau bagitahu sekarang
kau ni siapa

itu tak penting
yang penting sekarang
aku nak jumpa dengan kau.

Renjun mengeluh. Dia menutup telefonnya. Dia memandang soyoung masih lagi tidur lena di sebelah. Dia mengukir senyuman kecil lalu dia mencium dahi soyoung.

Dia bangun dari katil dan melangkah keluar dari bilik.













Renjun sampai ke destinasi di mana orang yang mesejnya tadi mahu berjumpa dengannya di sini. Renjun menghela nafasnya apabila bertembung dengan si dia tersenyum manis ke arahnya.

Renjun kini berada di hadapan si dia itu. Dia menatap perempuan itu dengan tajam. Manakala perempuan itu hanya tersenyum melihatnya.

"Renjun.... handsome jugak ya kau." Puji perempuan itu. Renjun hanya memandangnya datar. Dia tiada masa mahu melayan pujian dari gadis tersebut.

"Kau siapa? kau nak apa dari aku?" Tanya renjun dengan suaranya datar.

"Aku? Nama aku Tina. Aku pembantu peribadi han soyoung. Kau kenal kan?" Wajah renjun berkerut.

"Kau, pembantu dia?" Tina mengangguk.

"Yup, aku pembantu dia. Aku dapat tahu yang kau culik cik soyoung. Mana dia sekarang?" Tanyanya.

"Perlu ke kau tahu?" Soalan dibalas soalan. Tina tersenyum sinis.

"Perlu. Sebab aku pembantu dia." Renjun berdecit.

"Macam mana kau tahu aku culik dia?"

"Aku siasat lah. Don't worry, aku takkan laporkan pada polis melainkan kau ikut arahan aku."

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now