13.

35 4 58
                                    

Soyoung hela nafasnya. Dari tadi renjun terkial-kial masukkan benang ke dalam anak mata jarum. Mulanya soyoung menghalang namun renjun degil mahu membantunya. Bila buat, tak reti pula. Itulah padahnya kalau bersifat degil!

Soyoung rampas jarum dan benang di tangan renjun. Kalau ditunggunya, sampai ke anak cucu tak selesai lagi.

"Daritadi tak masuk, lambat sangat." Kata soyoung. Mata renjun terkebil-kebil. Dia tengok soyoung masukkan benang ke lubang kemudian mula menjahit. Renjun membulatkan mulutnya tanda faham. Baru dia tahu, mula-mula perlu basahkan hujung benang dengan air liur dan baru masukkan ke lubang jarum itu.

"Oh.... baru faham." Soyoung decit perlahan. Laki, semuanya tak tahu. Bukan semua, hanya segelintir sahaja.

Soyoung menjahit lengan baju renjun yang terkoyak akibat terlanggar hujung meja selepas makan tengah hari tadi. Cuai sangat.

Renjun hanya perhatikan soyoung yang fokus jahit bajunya. Tanpa soyoung sedar, dia tersenyum kecil.

"Dah siap." Soyoung beri baju itu ke pemiliknya semula. Renjun mengambil lalu dipakainya terus.

Soyoung berkerut dahi.

"Kenapa pakai baju tu?" Tanya soyoung.

"Kenapa?" Soalan dibalas dengan soalan. Soyoung menghembus nafasnya.

"Kenapa kau pakai? kan aku baru jahit. kalau koyak lagi, aku taknak tolong dah." Renjun buka semula bajunya.

"Dah. Puas?" Soyoung senyum kecil. Dia ambil baju tadi dan melimpatnya dengan kemas lalu meletakkan baju itu ke tepi.

"Renjun, aku bosan lah. Apa kata kau bagi aku tengok TV ke pergi jalan-jalan ke kan best." Renjun pantas geleng kepala.

"Tengok TV, aku izinkan tapi kalau keluar jalan-jalan, No. Aku takkan bagi sebab nanti kau lari." Katanya dengan tegas. Soyoung mengeluh. Macam tahu-tahu aje.

"Dahtu, bukak lah TV tu. Aku dah lah bosan ni." Kata soyoung lalu dia mendepakan kedua tangannya ke dada sambil bersandarkan badan ke sofa.

Renjun mengambil remote di dalam laci dan duduk semula di sofa sebelahan dengan soyoung. Dia menekan on di butang remote. TV pun menyala.

"Kau nak tengok cerita apa?" Tanya renjun dengan menatap soyoung di sebelahnya.

"Apa-apa aje lah."

"Dalam ni ada banyak cerita pembunuhan. Kau tak kisah?" Soyoung geleng. Buat apa dia nak kisah lagipun pembunuh ada di sebelahnya.

"Betul ni? Jangan kau histeria pulak nanti." Perli renjun. Soyoung decit.

"Buat apa aku nak histeria? lagipun pembunuh sebenar ada kat sebelah aku je." Kata soyoung. Renjun tersenyum lalu dia memilih cerita yang mahu ditonton.

The killer night's

Renjun menekan filem itu. Filem itu pun bermula.

Soyoung menelan air liurnya. Tipu lah kalau dia kata dia tak takut. Dia paling tidak suka bab pembunuhan kejam. Tapi disebabkan dia tak mahu nampak yang dia lemah di hadapan renjun, terpaksa lah dia tipu sunat.

Awal filem lagi sudah ada aksi yang mengerikan. Soyoung sedaya upaya menahan dirinya dari depression apabila melihat aksi tersebut.

Renjun bahkan sudah biasa dengan aksi-aksi pembunuh yang dipaparkan dalam filem itu.

Sampai pertengahan filem, soyoung tidak dapat menahan lagi apabila ada aksi dimana pembunuh itu menikam badan wanita berkali-kali selepas itu memotong kesemua daging dan kemaluan wanita tersebut. Soyoung memejam matanya sambil tekup telinga. Dia tak mahu dengar suara tangisan atau darah yang merecik di filem itu.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now