19.

38 5 28
                                    

Soyoung membersihkan habuk yang terdapat pada biliknya. Dia bersihkan habuk di almari rak kemudian dia membuka almari baju. Namun dia ternampak frame gambar di dalamnya. Tangannya mencapai gambar tersebut lalu melihat nama di belakang.

"Baba..." Tuturnya sendiri. Dia melihat pula gambar seorang budak lelaki bersama lelaki tua berpelukan di dalam gambar tersebut. Soyoung berkerut dahi. Seakan dia kenal budak lelaki di dalam gambar ini.

"Injun?" Dia teringat kejadian masa kecil.

Flashback

Seorang budak perempuan bersiar-siar bersama anjingnya.

"Kiko, harini kita nak makan apa ya?" Ujar budak itu kepada anjingnya. Anjingnya hanya menyalak sahaja.

"Hm, apa kata kita makan daging nak? Daging kedai makcik jung sedap." Katanya lagi.

Sedang dia menikmati keindahan cuaca hari ini. Dia ternampak seorang budak lelaki berlari keluar dengan membawa roti panjang di tangan. Kelihatan budak itu lari dari masalah.

Tuan kedai itu mengejarnya dari belakang. Akhirnya dia dapat tangkap budak lelaki itu.

"Oh, kau mencuri ya? bagi balik roti aku. Kalau nak, beli bukan mencuri. Kecik-kecik dah pandai mencuri nanti bila besar jadi penyamun!" Dia mencampak budak lelaki itu sehingga budak itu jatuh ke jalan raya. Tuan kedai tersebut sudah masuk ke dalam.

Budak lelaki itu mula melarikan diri. Dia melihat budak lelaki itu lari. Timbul rasa kasihan dalam dirinya.



Dia mencari budak lelaki itu. Tak silap dia budak lelaki tadi lari arah sini. Matanya tertancap satu tubuh di depan sungai. Kelihatan budak lelaki itu melutut sambil menangis.

Dia mendekati budak lelaki tersebut. Dia dehem namun budak lelaki itu tidak mendengarnya. Dia menghulur roti panjang di hadapan budak lelaki itu. Budak itu tersentak. Dia pandang budak perempuan berambut toncang dua yang tersenyum lebar ke arahnya.

Dia mula duduk di sebelah budak lelaki itu. Anjingnya di pangku kemudian membelai bulu anjing tersebut.

Budak lelaki itu masih diam. Dia tak tahu apa yang terjadi.

"Makanlah. Saya dengar awak curi roti tu. Kenapa awak mencuri? mencuri tu kan dosa. Kenapa awak tak beli aje?" Tanyanya prihatin. Budak lelaki itu lap air matanya.

"Tak ada duit."  Jawab budak lelaki itu sambil menunduk kepala ke bawah. Dia angguk tanda mengerti.

"Makanlah, mesti awak teringin sangat nak makan roti tu kan? Saya beli roti untuk nenek saya. Kebetulan saya teringat awak, saya beli roti yang awak curi tadi." Katanya sambil tersenyum lebar.

Budak lelaki itu pun makan roti panjang dengan lahap. Dia hanya melihat sahaja budak lelaki itu makan. Mungkin budak ini susah, dia rasa kasihan akan nasib budak lelaki ini.

"Sedap? Oh, saya nak tanya, awak tak ada kawan ke?" Tanyanya. Budak lelaki itu pantas menggeleng. Dia hanya hidup seorang diri. Tiada teman, mahupun keluarga.

"Kalau macamtu, apa kata saya jadi kawan awak nak? Nama saya han soyoung. Panggil aje soyoung. Ni pulak anjing saya, nama dia kiko. Awak pulak?"

"Injun, nama saya injun." Soyoung mengukir senyuman.

"Okay kiko, say hi to injun." Anjingnya menyalak. Soyoung tersenyum lebar.

"Mulai hari ni, Saya han soyoung akan jadi kawan awak sampai bila-bila."

End flashback.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now