20.

38 4 22
                                    

Tina membawa soyoung pulang ke kediamannya. Masuk sahaja dalam rumah, terlihat ibunya menangis saat melihatnya. Ibunya terus memeluk soyoung sambil menangis dengan esak.

"Syukurlah soyoung tak apa-apa. Ibu risaukan soyoung...." Kata ibunya dalam pelukan. Soyoung hanya diam. Dalam kepalanya sekarang ini hanya fikirkan seorang sahaja. Huang renjun. Air matanya mula bergenang apabila teringat kali terakhir mereka berjumpa.

Ibunya lepaskan pelukan. Dia pegang kedua pipi soyoung sambil mengutum senyuman.

"Kamu nak makan soyoung? ibu masakkan untuk kamu ya. Mesti kamu lapar kan?" Tanya ibunya. Soyoung tidak memandang ibunya. Cukuplah. Dia sudah penat. Dia mahu berehat sekarang ini.

"Tina, tolong kemaskan barang aku. Aku nak rehat." Ujarnya. Dia berlalu pergi menuju ke bilik tidur. Ibunya melihatnya dengan tatapan sedih. Dia tersenyum nipis. Mungkin soyoung belum bersedia lagi terima dia sebagai ibu. Iyalah, dia baru sahaja pulang. Mesti dia lalui banyak dugaan semasa kena culik.

"Makcik sabar ya? Dia penat tu." Kata Tina bagi sedapkan hati Ibu soyoung. Dia mengukir senyuman pada Tina.

"Ya. Makcik nak masak makanan tengah hari. Kamu duduk lah sini dulu temankan soyoung ya, nanti kita makan sama-sama." Tina angguk kepala justru tersenyum manis. Hanya senyuman yang dibuat-buat.















Soyoung kunci pintu biliknya. Dia mahu bersendirian tanpa gangguan orang lain. Dia duduk di katil. Dia mengambil baju jaket berkulit hitam. Dia melihat baju itu dengan perlahan air matanya turun. Dia mencium haruman bau pada baju jaket itu. Sungguh dia rindukan bau itu.

"Saya suruh awak lari, kenapa awak pilih jalan tu jugak?" Soyoung menangis sambil peluk jaket itu. Kemudian dia mengambil telefon bimbit milik renjun di dalam poket bajunya.

Dia buka gallery. Semakin deras air matanya apabila dia jumpa banyak gambarnya dengan note ditulis 'Mine♡'. Soyoung decit.

"Pabo."















Jaemin lajukan langkahnya ke arah apartment soyoung. Dia masuk ke dalam dengan keadaan kelam kabut. Tina kebetulan mahu keluar, terkejut apabila jaemin sergah masuk.

"Mana soyoung?" Tanya jaemin. Tina mengeluh.

"Ada dalam bilik. Tadi aku nak panggil dia suruh makan tapi dia kunci pintu." Ujar Tina.

Jaemin terus melangkah menuju ke bilik soyoung. Tina pandangnya jengkel dan berdecit pelan.

"Aku kat sini kau taknak pulak tanya. Sibuk aje dengan perempuan sial tu." Kata Tina. Dia melangkah keluar dari rumah. Sakit hati dia apabila jaemin langsung tak pandang mukanya.

Jaemin ketuk pintu bilik soyoung. Dua kali dia ketuk namun tiada bunyi dari dalam. Itu membuatkan jaemin risau.

"Soyoung, Ni saya jaemin. Jom makan? mesti awak lapar kan? keluar lah soyoung." Jaemin memujuk soyoung supaya dia keluar dari bilik. Masih juga diam sepi. Jaemin mengeluh. Dia takkan putus asa. Dia terus menerus pujuk soyoung agar dia keluar.

Soyoung tutup telinganya. Dia taknak dengar apa-apa pun dari luar.

"Soyoung, keluarlah. Awak taknak makan ke? mana boleh macamtu. Awak kena makan. Soyoung, please..." Jaemin masih pujuknya.

"Taknak, saya taknak makan. Dahlah tak payah kacau saya. Saya nak bersendirian!" Jerit soyoung.

Jaemin tersentak mendengar jeritan soyoung. Selama ini dia tak pernah pun jerit padanya. Jaemin biarkan sahaja. Mungkin soyoung trauma dengan apa yang jadi. Dia pun berjalan menuju ke dapur.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now