Esoknya.
Jaemin pergi ke balai polis untuk siasatan tentang kehilangan soyoung. Sudah dua hari soyoung hilang. Media dan peminat tidak tahu tentang ini. Jaemin berhati-hati supaya tidak diketahui oleh wartawan dan juga media.
Harap kes ini dapat dijalankan tanpa berpengatahuan dari mereka. Jaemin menunduk tanda hormat ke arah inspektor kim.
"Kami sudah periksa seluruh cctv yang berada di setiap sekita perumahan. Tetapi, kami tidak menjumpai han soyoung di sekitar itu. Tapi kami ada maklumat dari seorang cashier dari Seven E. Dia kata malam kejadian tu cik soyoung ada datang beli makanan dan juga minuman keras." Kata inspector Kim. Wajah jaemin berkerut.
"Dia pergi seven E. Takkan lah cctv kat sekitar tu tak berfungsi langsung? mesti terakam kan?"
"Ya, tapi kami dah tengok semuanya. Tiada satu cctv pun yang rakam han soyoung. Jadi tiada bukti pun tanda-tanda kehilangan soyoung. Jangan risau, kami akan segera mencari soyoung."
"Tolong ya inspektor, tolong cari dia. Saya risau..." Kata jaemin. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Dia risaukan akan keselamatan soyoung. Bagaiman dia sekarang? dah makan ke belum? Dia buat apa? bermacam-macam soalan terlintas di kepalanya.
"Jangan risau jaemin, awak serah sahaja kes ni pada kami."
Soyoung mengeluh. Dia bosan. Bosan duduk di sini. Sampai bila dia asyik terperap sahaja dalam bilik ini. Kalau bilik ada aircond tak apa lah. Duduk di sini lama pun tak apa. Tapi, bilik tiada aircond mahupun kipas. Buatkan dia rasa panas saja!
Soyoung buka ikatan rambutnya. Dia mengipas rambutnya sehingga terjurai ke bawah. Dia keluh nafasnya lagi.
"Mana pulak pergi si huang ni? dahlah kurung aku lama-lama kat sini. Panas lah! kalau bilik ada aircond tak apa lah jugak. Ish!" Soyoung mengipas baju hoodienya. sudahlah dia pakai baju tebal.
Manakala huang renjun. Dia berada di satu lorong. Melihat mangsa yang mahu dia culik. Dia tersenyum sinis melihat gadis itu.
Dia langkah dengan perlahan menghampiri sang gadis sibuk menghias wajahnya.
"Cis, punyalah lawa aku. kau boleh suka dekat perempuan muka tembok tu? kau memang buta lah yuta!" Kata gadis itu di depan cermin tingkap bangunan rumah. Dia tidak perasan bahawa ada orang di belakangnya.
Sedang gadis itu bercakap seorang diri, Renjun tidak melepaskan peluang. Dia terus menekup mulut gadis itu dengan kain. Gadis itu meronta minta dilepaskan. Semakin kuat dia tekup mulut gadis itu. Dan gadis itu pun pengsan.
Dia tersenyum sinis.
"Tidur nyenyak ya..."
Dia membawa gadis yang diculiknya ke dalam sebuah bilik. Bilik yang kawasannya sangat gelap. Dia meletakkan gadis itu ke dalam sangkar dan mengunci sangkar itu.
Dia pun keluar dari bilik lalu melangkah ke arah bilik soyoung.
Dia masuk ke dalam dan terlihat soyoung tertiduran di tiang. Dia tunduk dan melihat soyoung tidur. Dia tersenyum.
Dia dukung soyoung dengan bridal style. Dia membawa soyoung ke sebuah bilik. Dia meletakkan badan soyoung ke katil lalu menyelimutkannya. Dia menyisit rambut soyoung di tepi telinga.
Dia mendekati ke telinga soyoung lalu bisik sesuatu.
"Sleep well, my princess..."
Soyoung tersedar dari tidur. Nafasnya tercungap-cungap akibat mimpi buruk. Dia bermimpi yang dirinya dibunuh. Dia menggigit bibir dan kuku.
Dia melihat pula kawasan sekelilingnya. Kejap. Ini bukan bilik bawah tanah. Bilik siapa ni? adakah dia terselamat? Kalau benar, dia berterima kasih kepada orang yang menyelamatkannya. Dia tersenyum riang.
Tidak lama itu, terdengar bunyi seseorang membuka pintu. Soyoung sengetkan kepalanya bagi melihat siapa yang masuk.
"Kau dah bangun?" Senyuman soyoung segera mati. Ingatkan dia selamat rupanya belum. Dia masih lagi di dalam rumah penculik.
Soyoung menjelingnya. Dia memandang tingkap luar. Kalau lah dia boleh lari dari sini. Kejap, lari? soyoung tersenyum. Nampaknya dia ada idea mahu melarikan diri. Kebetulan tingkap itu adalah slide window jadi senang mahu dia keluar.
Renjun mendekati soyoung. Dia memandang soyoung dengan berharap soyoung pandangnya juga. Namun soyoung tetap dengan penyediriannya. Dia tak mahu menatap wajah sang jejaka itu.
Renjun mengeluh. Dia memegang pipi soyoung bagi soyoung menghadapnya. Kini mereka bertatapan. Renjun tersenyum puas.
Soyoung benci dengan senyuman itu. Dia fikir soyoung akan cair lah dengan senyumannya? walaupun jantungnya kini berdegup laju. Tapi soyoung tidak tergoda dengan senyuman jejaka itu."Kenapa? kau benci aku?" Tanya renjun apabila soyoung memandangnya datar.
"Ya, aku benci kau." Kata soyoung. Menafikan kenyataan itu. Renjun tersenyum.
"okay, i will make you like me..." Soyoung sekadar menjeling.
"Huh, teruskan berangan." Kata soyoung.
Jaemin jadi tidak keruan. Mana taknya, soyoung hilang. Sudah tentu dia risaukan gadis itu. Dia berjalan ke hulur hilir memikirkan tentang gadis kesayangannya. Entah apa yang soyoung buat.
Tina melihat kekusutan jaemin itu lantas mengeluh.
"Duduk lah jaem. Rimas lah tengok asyik ke sana ke sini. Cuba rilex." Kata tina. Dia rasa rimas apabila jaemin tak reti duduk diam.
"Aku risau lah tina. Selagi aku tak dapat info pasal soyoung, selagi tu hati aku tak tenang bila fikirkan dia. Dia buat apa sekarang, dah makan ke belum, sihat ke dia. Macam-macam aku fikir sampai otak aku serabut tahu tak." Jaemin duduk. Dia mengusutkan rambutnya.
"Ya, faham tapi kita kena lah bersabar sikit. Kita doa supaya soyoung dapat jumpa dalam keadaan yang sihat. Jangan lah serabut macamni. Saya lagi serabut tau."
"Ni, Pengarah ada cakap apa-apa tak?" Tanya jaemin. Tina menggeleng.
"Tak ada. Pengarah tahu yang soyoung hilang jadi dia batalkan pengambaraan tu."
"Habistu, media tahu tak pasal ni?"
"Tak. awak jangan risau, nanti pandai-pandai kami cover sebab apa drama dibatalkan." Kata Tina. Jaemin mengangguk sahaja. Harap soyoung segera dijumpai.
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fiksi Penggemar"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18