2.

65 7 12
                                    

Han soyoung rehat sebentar apabila dia sudah tamat photoshoot untuk produk jenama keluaran baharu. Nature beauty, Produk yang menjadi pilihan utama gadis korea termasuklah han soyoung.

Han soyoung mengambil kipas dan pasang kipas itu. Dia mengipaskan dirinya kerana tempat itu sangat panas. Kemudian, pembantu soyoung datang ke arahnya dan memberi sehelai kertas pada soyoung. Soyoung mengambil dengan kening terangkat. "Apa ni?" Soyoung bertanya.

"Oh, ni skrip untuk cik soyoung nanti..." Kata pembantunya. Soyoung pun angguk dan membaca skrip tersebut. Pembantunya tadi sudah melangkah pergi. Soyoung mula menguap, matanya hampir terpejam namun ditahan sedaya upaya tidak tertidur. Mana taknya, pagi ini dia bangun awal pukul lima pagi hanya untuk merakam drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Setelah rakam drama, soyoung ke sini pula bagi sesi photoshoot Nature beauty.

Selepas habis photoshoot, dia menyertai pula satu rancangan program Idol talk yang dipengacarakan oleh Yoo joo suk. Memang hari ini, hari yang melelahkan untuknya.

"Soyoung," Soyoung mengangkat wajah melihat managernya di hadapan. "Nanti dah selesai, saya tunggu awak dalam kereta ya?" Katanya lagi. Soyoung angguk saja. Manager dia pun keluar dari bilik shooting itu dan bergegas ke arah kereta.

"Soyoung, standby! kita dah nak mula ni." Kata salah seorang pengurus untuk photoshoot itu. Soyoung angguk dan bangun dari kerusi melangkah kakinya ke arah Green screen bagi mulakan sesi bergambar.






Habis saja photoshoot itu, soyoung mula bergerak ke Syarikat KBS untuk merakamkan rancangan Idol talk. Apabila kereta sudah pun berhenti di hadapan pintu masuk entertainment, soyoung keluar dari kereta. Terlihat ramai peminat yang menunggunya di luar sambil ada mengambil gambar. Soyoung terus senyum ke arah peminat dan melambaikan tangan.

"Soyoung! saranghae!!!!"

"Soyoung! neomu yeoppuda!"

"Soyoung, marry me!"

Tergelak dia apabila mendengar kata kata dari peminat. Dia menunduk dan mula masuk ke dalam entertainment yang besar itu. "Kelakar jugak ya peminat cik soyoung ni," Kata pembantu peribadi soyoung. Soyoung angguk dan senyum bila teringat telatah peminatnya tadi. Soyoung dan juga pengikutnya melangkah ke pintu lift kemudian lift itu membawa mereka ke tingkat 11, di situ lah tempat rakaman untuk program ini.

Sampai tingkat 11, Soyoung keluar dari pintu lift diikuti semua pembantu dan manager dia. Soyoung mengukir senyuman dan tunduk hormat pada mereka semua di situ. Mereka pun turut melakukan hal yang sama.

"Hai soyoung, mari kita mulakan." Kata joo suk, pengacara bagi program tersebut. Soyoung angguk dan duduk di sebelah pengacara itu.

"Ready! Set two, one, action!" Pengacara mula membincangkan topik tentang bagaimana soyoung memulakan karier dia sebagai seorang artis. Soyoung tersenyum lalu dia menjawab,

"Seperti yang awak tahu, saya mula berlakon sewaktu saya umur lima tahun. Dan sejak kecik lagi saya dah mula berlakon sehingga sekarang saya dah genap 23 tahun. Dulu pada mulanya, sebelum saya mulakan karier saya sebagai pelakon, saya pernah masuk satu iklan shampoo bersama dengan kim beon jung yang menjadi watak ibu saya dalam iklan tu. Dan di situ jugak lah saya telah dipanggil oleh beberapa director yang beri saya berlakon. Cerita yang pertama saya lakonkan adalah Be my love dan waktu itu umur saya lima tahun. Waktu tu semua orang tahu watak yang saya pegang adalah 'Kim minjeong' anak kepada sepasang suami isteri iaitu 'kim bumgyeong' dan 'Lee hena'. Dan selepas itu, banyak lah jugak drama yang saya berlakon dan kebanyakkan saya jadi watak extra atau watak budak kecil. Dan disitu lah permulaan saya mulakan karier ini." Kata soyoung. Joo suk angguk faham. Dia bertanya soalan yang seterusnya.

"Ya, seperti kita semua kenal. Soyoung adalah pelakon cilik pada tahun 2010. Dan waktu itu soyoung memang sangat digemari ramai kerana tingkah lakunya yang comel dan bila dia berlakon, dia membawa watak itu sangat menjiwai para penonton. Soyoung memang sangat berbakat. Dia boleh bawak watak dengan emosi bermacam macam seperti sedih, marah, kecewa, dan drama baru-baru ni jugak soyoung memegang watak iaitu seorang saiko. Semalam saya tengok drama tu, uish memang meremang bulu tangan saya bila tengok awak tikam orang tanpa perasaan. Awak memang terbaik.... ha, satu lagi soalan, baru ini terdapat banyak komen negatif dalam instagram awak. Apa pendapat awak tentang mereka yang membenci awak di luar tu? boleh awak kongsikan?" Tanya pengacara tersebut. Soyoung senyum.

"Bagi saya, komen negatif tu adalah perkara yang biasa. Tak kira artis mahupun orang biasa. Sesiapa saja akan dapat komen negatif dari mereka. Saya tak kisah sebenarnya kalau mereka nak benci saya, just hate. Saya pun tak hamak bila mereka benci saya. Saya tahu, mesti mereka bersebab kenapa mereka bencikan saya. Saya tak salah kan mereka pun yang penting, saya hanya fokus pada karier saya sekarang. Pasal mereka tu, biarkan aje lah. Lama lama mereka akan jemu dan mula mencari target orang lain untuk dibenci. Itu sudah jadi kebiasaan di negara kita dan negara lain jugak." Kata soyoung. Joo suk menekup mulutnya dan senyum bangga.

"Wah, betapa positifnya soyoung.... Lihat lah para peminat soyoung, idola awak sangat positif dan berfikiran sangat terbuka. Bertuah jodoh soyoung dapat isteri yang cantik. Bukan saja cantik, malah baik dan sopan santun pulak tu. Saya tak sabar mahu menunggu siapa bakal pencuri hati miss soyoung." Kata pengacara. Soyoung senyum malu.

"Tak ada lah. Saya nak fokus pada karier saya aje. Soal jodoh tu, saya tak nak fikirkan dulu... biar saya betul betul dah bersedia, baru saya umumkan pada peminat nanti." Kata soyoung sambil matanya memandang kamera.

"Bagus, saya pun tak sabar nak tahu siapa bakal suami cik soyoung. Mungkin saya kot, Haha saya cuma bergurau. mengamuk isteri saya di rumah. Tak balik saya malam ni." Mereka mula getus tawa.

Pengurus program itu memberi isyarat tangan bahawa program tersebut hampir tamat. Joo suk angguk faham. "Baiklah cik soyoung, terima kasih kerana telah datang ke program ni walaupun tak ambik masa yang lama. Terima kasih sekali lagi."

"Saya pun nak ucapkan terima kasih pada encik joo suk jugak kerana telah jemput saya ke program ni. Saya rasa bersyukur sangat dapat kongsikan kepada encik dan peminat saya." Kata soyoung dan menunduk kepalanya tanda hormat. Begitu juga dengan joo suk.

"Baiklah, saya pengacara joo suk ingin mengakhiri program ni. Terima kasih kerana menonton dan berikan sokongan kepada soyoung. Jumpa lagi di episod yang seterusnya. Goodbye...." Dan rakaman itu pun sudah dirakam. Mereka semua menepuk tangan.

"Terima kasih sekali lagi cik soyoung, saya tak sangka cik soyoung seorang berfikiran terbuka dan matang." Kata joo suk. Soyoung tersenyum manis.

"Sama sama. Terima kasih atas pujian tu.... saya tak lah matang mana, saya pun masih mentah lagi. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Kalau macam tu, saya pergi dulu lah sebab selepas ni saya ada rakaman untuk drama baru saya." Soyoung mula bangun diikuti joo suk.

"Cik soyoung ada drama baru?" Tanya joo suk. Soyoung angguk. "Ya, tapi kami baru shooting drama tu. Awak tolong rahsiakan ya? hanya awak seorang saja yang tahu. Dan lagi satu, tak perlulah formal sangat. Panggil aje saya soyoung pun cukup jangan lah ber 'cik '. Saya rasa awwarkd."

"Baik cik- eh soyoung. Hehe, saya janji saya akan rahsiakan. Terima kasih sekali lagi," Soyoung senyum lalu pergi ke arah managernya.

"Awak nak pergi mana mana tak sebelum kita bergerak ke tempat shooting?" Tanya managernya. Soyoung geleng. "Tak ada. Bawak aje lah saya ke tempat shooting." Managernya angguk lalu membenarkan soyoung masuk ke dalam lift.











Dia syok menonton program itu sambil menarik senyum senget.

"Baiklah, saya pengacara joo suk ingin mengakhiri program ni. Terima kasih kerana menonton dan berikan sokongan kepada soyoung. Jumpa lagi di episod yang seterusnya. Goodbye...."

Sekali lagi senyuman sinis ukir dibibir.
"Han soyoung...."












who? i dont know. just wait👀

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now