Han soyoung kini berada di tapak shooting. Pengarah dan kru kru semua yang ada di situ mula menyapanya. Soyoung tunduk badan menghadap pengarah dan penerbit drama itu, Kang seohu.
"Kamu dah makan, soyoung-ah?" Tanya kang seohu. Soyoung senyum dan angguk kepala.
"Dah, baru aje tadi." Jawabnya serta senyuman lebar. Kang seohu angguk faham dan duduk semula di tempatnya sebagai ketua pengarah dan penerbit. Soyoung langkah kaki ke arah pembantunya.
"Ni cik, skrip yang cik perlu hafal." Kata salah seorang kru, menghulur buku tebal kepada soyoung. Soyoung ambil dengan senyuman manis sambil menunduk. Begitu sopannya dia, menghormati orang tidak kira sama ada orang itu tua mahu pun muda. Itu sebab mengapa orang ramai sukakan soyoung kerana attiude nya yang sangat tinggi. Seorang yang peramah, ceria, dan yang paling penting hormat orang. Sudah lah cantik, baik dan sempurna pula tu.
Tetapi, dalam ramai yang menyukainya pasti ada juga yang membencinya. Seperti yang dikatakan oleh soyoung semasa temu ramah di program tadi, dia tidak kisah atau mahu ambil tahu tentang haters kerana itu dah biasa baginya. Apa yang penting, dia hanya fokus pada kariernya dan tidak memandang di belakang.
Biarlah orang mahu bencikannya.
Biarlah dia dikutuk dan dicaci.
Tapi, dia ada orang yang menyayanginya.
Iaitu, peminatnya....
Soyoung membaca dialog itu dengan fokus. Dia membaca sambil mendalami watak yang dia bawa. Sedang dia ralit baca, manager hulur secawan kopi padanya. Soyoung memandang cawan kopi dan beralih matanya ke arah manager.
"Untuk saya ke?" Tanya soyoung.
Dia memutar mata apabila soyoung soalkan itu.
"Tak lah, untuk anjing kat sebelah awak tu ha.... habistu? siapa lagi kat sini kalau bukan awak, wahai soyoung...." Kata managernya.
Soyoung tersenyum malu lalu ambil kopi itu dan minumnya.
"Thanks, Jaemin..." Ucap soyoung sambil ukir senyuman lebar. Jaemin tersenyum puas.
"Welcome." Jaemin mula mengambil duduk di sebelah soyoung. Dipandangnya soyoung dari tepi membuatkan jantungnya berdebar sakan. Soyoung dari tepi pun cantik! Soyoung yang fokus melihat dialog itu menoleh matanya memandang jaemin. Refleks kontra mata mereka bertemu membuatkan jantung jaemin semakin berdebar. Tetapi tidak bagi soyoung, dia tergelak lalu mengalihkan pandangannya ke arah skrip itu.
Jaemin mengeluh lalu mendehem seketika.
"Awak kenapa jaemin? ada apa apa tak kena ke?" Tanya soyoung, pelik dengan tingkah laku jaemin hari ini. Jaemin geleng sambil tersenyum.
"Tak ada. Saya rasa cuaca hari ni panas sikit." Kata jaemin. Soyoung hanya angguk dan mula baca semula dialog. Jaemin melihat semula soyoung kemudian dia tersenyum kecil. Sudah lima tahun sejak Jaemin menjadi manager soyoung, dia menaruh hati terhadap soyoung. Malah, dia ingin lindungi perempuan itu walau apa pun yang terjadi. Ya, jaemin cintakan soyoung tanpa diketahui soyoung.
Biarlah soyoung tidak mengetahuinya, biarlah cinta bertepuk sebelah tangan. Yang penting, dia mahu lindungi soyoung dan bahagiakan soyoung walau cara apa pun.
Sekarang ini, soyoung mula berlakon kan babak di mana hero dan heroin berada di taman han dan di situ mulanya sesi meluahkan perasaan mereka. Soyoung memegang watak Seojin dan hero jinhee watak yang dipegang oleh Jung Jaehyun. Seojin menatap mata sang pujaannya jinhee, dengan mata yang berair. Seojin mula memegang pipi mulus jinhee dan tersenyum manis ke arahnya.

YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fanfiction"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18