Yinxi keluar dari bilik. Dia ingin melangkah menuju ke dapur. Sampai sahaja dapur, dia buka peti ais dan mengambil air kosong untuk diminum. Selepas minum, dia letak cawan ke singki dan basuhnya.
Dia naik ke bilik semula. Dia berjalan menuju ke bilik namun, terhenti di saat ternampak lukisan dalam sebuah bilik. Dia pun masuk dan melihat lukisan besar itu.
Di dalam lukisan, Yinxi melihat seorang wanita dilukis dengan senyuman lebar. Wanita itu berambut panjang dan ikal. Dia berkerut dahi melihat lukisan itu.
"Yinxi buat apa kat sini?" Yinxi menoleh apabila suara seseorang bergema di telinganya.
Renjun tersenyum. Dia duduk di katil.
"Uncle, ni siapa?" Tanya yinxi. Tangannya menunjuk ke arah lukisan.
Renjun melihat ke arah ditunjuk yinxi lalu dia tersenyum.
"Oh itu, orang yang paling uncle sayang." Katanya sambil menarik senyum lebar.
"Tapi, kenapa muka dia macam mama?" Tanya yinxi. Renjun tersenyum kecil.
"Muka dia sama dengan mama yinxi ke?" Soalnya balik. Yinxi mengangguk polos.
Renjun ketawa kecil.
"Mungkin pelanduk dua serupa kot." Kata renjun.
"Yinxi taknak tidur ke?" Tanya renjun melihat yinxi hanya berdiri sahaja di situ.
Yinxi menggeleng kepala.
"Yinxi tak boleh tidur lah uncle." Kata yinxi sambil bibirnya dimuncung.
"Yinxi nak tidur dengan uncle?"
"Boleh ke?" Renjun mengangguk.
"Boleh. Sini lah." Renjun menepuk sebelah katilnya bagi yinxi duduk di sebelah.
Yinxi tersenyum lalu naik ke atas katilnya. Dia mula baring dan renjun menyarungkan selimut sehingga ke dada yinxi.
Renjun menutup lampu. Dia pun mula baring ingin tidur.
Yinxi melihatnya sudah masuk tidur lalu dia mengeluh. Dia tak boleh tidur sekarangni.
"Uncle, yinxi nak peluk boleh?" Remjun buka matanya. Dia menoleh ke belakang memandang yinxi. Dia tersenyum lalu angguk kepalanya.
"Sini." Yinxi pun peluk renjun. Dia mula pejam matanya untuk tidur.
Renjun membelai lembut rambut yinxi. Yinxi tersenyum.
"Dah lama yinxi nak rasa macamni." Kata yinxi. Renjun melihat yinxi masih pejam mata.
"Maksud yinxi?" Yinxi buka matanya. Dia pandang renjun kemudian dia tersenyum manis.
"Boleh tak yinxi panggil uncle papa?" Renjun terkaku. Rasa macam tak percaya saja. Dia mula tersenyum justru mengangguk.
Yinxi mengukir senyuman lebar. Dia memeluk renjun dengan erat. Hari ini dia ada ayah.
"Sayang papa." Kata yinxi. Renjun tersenyum lalu mencium dahi yinxi.
Pagi.
Soyoung keluar ingin ke bandar. Dia sudah beritahu makcik kedai itu yang dia mahu mencari barang di bandar. Teksi berhenti di tempat soyoung mahu pergi.
Soyoung bayar harga teksi itu lalu dia keluar dari kereta teksi dan masuk ke dalam kedai menjual barang antik. Dia langkah ke kaunter.
"Encik, saya nak jual barang saya." Kata soyoung. Dia mengeluarkan sesuatu di dalam beg. Dia beri kepada lelaki menjaga kaunter tersebut.
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fanfic"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18