Pagi ini, Jaemin datang ke apartment soyoung. Dia nak memastikan keadaan soyoung okay. Dia menekan loceng di tepi pintu. Pintu tersebut pun terbuka luas dan mengizinkannya masuk ke dalam. Jaemin mengukir senyuman manis ke arah ibu soyoung. Wanita tua itu turut tersenyum sama. Alangkah indahnya senyuman milik pemuda itu.
"Dia masih berkurung ke makcik?" Tanya jaemin. Ibu soyoung mengangguk kepala sebagai jawapan.
"Dia taknak makan. Dah berapa hari dia asyik kurung aje. Makcik taktahu nak buat apa lagi." Kata wanita itu. Jaemin menghela nafasnya berat. Susah betul mahu memujuk soyoung.
"Tapi kan, makcik selalu dengar dia sebut nama renjun. Bukan ke renjun tu pembunuh yang culik soyoung ke?" Soal ibu soyoung. Wajah jaemin mula berkerut.
"Renjun? kenapa tiba-tiba dia sebut nama penjenayah tu?" Soal jaemin.
"Tak tahu lah makcik. Makcik nak tanya tapi takut dia halau lagi. Dia dah benci makcik." Katanya sambil menghembus nafas.
Jaemin melihat ke arah pintu bilik soyoung. Nampaknya soyoung masih tidak mahu keluar dari bilik. Hatinya menyelibungi rasa risau. Takut jadi apa-apa padanya.
Dia pun mula langkah kakinya ke arah bilik soyoung. Dia cuba mengetuk pintu.
"Soyoung, saya ada belikan awak stew daging. Awak kan suka stew daging, jomlah kita makan sama-sama." Senyap. Tiada bunyi langsung. Jaemin mengeluh kasar. Haih, keras kepala sungguh soyoung ini.
"Makcik, ada tak kunci bilik?" Tanya jaemin. Ibu soyoung mengangguk lalu memberi kunci bilik kepada jaemin.
Jaemin pun membuka pintu dengan kunci bilik. Akhirnya pintu tersebut telah dibuka. Dia masuk ke dalam dan terlihat soyoung sedang melihat telefon bimbit sambil menangis. Jaemin mengeluh lalu melangkah ke arahnya. Dia mencangkung di sebelah katil soyoung sambil menatapnya. Nampaknya soyoung masih tidak sedar akan kehadirannya di sini.
"Soyoung." Panggil jaemin. Soyoung menoleh apabila terdengar sahaja namanya.
"Injun?" Dia menoleh namun kecewa tatkala melihat wajah tersebut. Dia menunduk kepalanya kembali.
"Siapa injun?" Soal jaemin ingin tahu.
"Tak perlu tahu." Jawab soyoung. Tidak memandang langsung wajah jaemin.
"Makcik ada cakap yang awak selalu sebut nama renjun. Kenapa awak sebut nama dia? dia kan culik awak." Kata jaemin. Soyoung menghelas nafasnya kasar. Dia menatap jaemin di sebelahnya sambil lap sisa air matanya.
"Kalau dia culik saya pun kenapa? Ada masalah ke dengan awak?" Jaemin terkejut dengan pertanyaan soyoung. Kenapa soyoung berubah seperti ini? Ini bukan soyoung yang dia kenal.
"Renjun culik awak. Kalau dia bunuh awak macam mana? Lagipun dia tu pembunuh dan culik perempuan. Saya risau tak kalau awak dibunuh."
"Apa hak awak nak risaukan saya? Ya dia memang pembunuh tapi dia tak tergamak mahu bunuh saya. Saya aje yang tahu dia macam mana. Korang hanya pandang dia sebagai pembunuh. Dia terluka, dia sakit. Tiada sesiapa pun yang tahu melainkan saya seorang aje. Saya sayangkan dia. Sangat-sangat..." Kata soyoung. Jaemin terkedu apa yang dikatakan soyoung tadi. Hatinya mula sakit. Sakit seperti ditikam pisau ke dada. Rasa sakit yang amat sangat. Dia cuba mengukir senyuman walaupun dirinya terluka.
"Oh, macam tu ke.... apa-apa pun soyoung, awak kena makan. Tak boleh dibiarkan perur kosong macamni. Dah berapa hari awak asyik terkurung aje dalam bilik. Makan sikit pun jadi lah buat isi perut." Kata jaemin dengan nada lembut. Dia ingin menyentuh tangan soyoung namun soyoung malah mengelak dari sentuhan jaemin.
"Jangan sentuh. Renjun sorang aje yang boleh sentuh aku." Kata soyoung dengan dingin. Jaemin sekali lagi terkejut. Soyoung benar-benar dah berubah. Dia tersenyum nipis.
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fiksi Penggemar"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18