22.

32 5 28
                                    

Tina menuju ke arah apartment soyoung dengan membawa beg plastik di tangannya. Soyoung masuk ke dalam sambil mengukir senyuman manis ke arah ibu soyoung.

"Tina, kamu beli apa banyak sangat ni?" Tanya ibu soyoung. Tina meletakkan semua barang dibelinya ke kabinet dapur.

"Barang masak lah. Oh ye makcik, apa kata makcik balik kampung. Soyoung tu biarlah Tina jaga."

"Boleh ke? tak apa lah. Makcik boleh jaga anak makcik." Tina menggeleng.

"Nope. Makcik tak kesian ke dekat suami makcik kat kampung tu? Mungkin dia cari makcik ke kan?"

"Tapi...."

"Jangan risau makcik, Tina akan jaga soyoung dengan baik. Tina kan kawan soyoung. Makcik balik ya?"

"Ha yelah, makcik siapkan barang dulu. Tengok-tengok kan anak makcik ya? suruh dia makan jangan dibiarkan dia kelaparan. Risau makcik." Tina mengangguk.

"Ya makcik."



Ibu soyoung membawa beg bagasi. Dia mula ingin keluar dari apartment soyoung. Sempat dia mengucapkan terima kasih pada Tina kerana dia sudah banyak membantunya. Tina mengangguk sambil tersenyum. Lalu ibu soyoung pun melangkah pergi dari situ.

Tina melihat ibu soyoung dari belakang kemudian dia tersenyum sinis. senang betul kau kena tipu.

Tina menutup pintu. Kemudian dia menuju ke arah dapur. Dia membuka laci dan ternampak pelbagai jenis pisau di dalamnya. Dia tersenyum lalu mengambil kesemua pisau itu letak ke atas meja. Dia melihat-lihat pisau tersebut.

"Mana satu pisau yang tajam ya?" Dia belek satu-persatu pisau tersebut dan merasakannya. Dia nampak pisau sederhana kecil dan rasa mata pisau tersebut dengan hujung jarinya. Dia menekan jarinya sehingga titisan darah mula keluar. Dia tersenyum.

"Pisau ni sangat sesuai." Katanya. Dia tidak sabar mahu melakukan misinya pada malam ini.

Han soyoung, lenyaplah kau malam ni.














Malam.

Soyoung berasa tekaknya kering. Dia bangun dari katil dan keluar dari bilik. Dia terlihat rumahnya sangat gelap. Dia berkerut dahi. Takkan lah ibunya langsung tak buka lampu?

Dia berjalan menuju ke arah suis lalu membuka lampu tersebut. Maka teranglah seluruh rumahnya. Dia ternampak Tina duduk di sofa.

"Tina, kau buat apa kat sini? Ibu aku mana?" Tanya soyoung. Tina mendongak kemudian dia tersenyum.

"Oh cik soyoung, saya suruh makcik balik sebab saya nak jaga cik." Katanya dengan senyuman menyeramkan. Soyoung pandang tina dengan pelik.

"Tak perlulah nak jaga aku. Aku boleh jaga sendiri. Kau dah makan ke? Lauk ibu aku masak ada lebih. Makan lah." Kata soyoung sambil membuka peti ais. Dia mengambil botol air lalu meneguk air itu.

Tina tersenyum lalu dia bangun dari sofa dan memapak langkah ke arah soyoung. Pisau dibelakangnya genggam dengan kemas.

"Cik soyoung nak tahu tak." Soyoung meletakkan botol air tadi ke dalam peti ais. Dia memandang tina di hadapannya.

"Apa dia?" Tina tersenyum lalu dia keluarkan pisau di belakang. Mata soyoung membulat apabila melihat pisau di tangan Tina.

"Saya kan dah lama teringin buat macamni." Kata Tina sambil bermain-main dengan pisau itu.

"T....Tina. Apa yang kau nak buat ni?" Tanya soyoung. Tina tersenyum sinis.

"Saya nak buat apa? Bunuh kau lah!" Tina mula ingin menikam soyoung namun soyoung pantas melarikan diri masuk ke dalam biliknya. Tina tergelak sinis.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now