Epilogue

39 5 51
                                    

"Mama, bila papa nak balik?" Tanya yinxi. Soyoung sedang memasak itu terus mengeluh. Dia pandang anaknya di sebelah sambil mengcekak pinggang kanan dan tangan kirinya pegang senduk.

"Kejap lagi papa balik lah." Kata soyoung. Dia sambung mengacau sup dalam periuk.

Yinxi mencebik. Dia menghentak kakinya.

"Yinxi bosan! yinxi nak papa!" Jerit yinxi.

Soyoung menghela nafas berat. Dia letak senduk di tepi. Kedua tangannya mula mengcekak pinggang.

"Ni kenapa mengada sangat? Mama kan dah cakap, nanti papa balik. Tak faham bahasa ke?" Ujar soyoung geram dengan perangai anaknya.

Yinxi memuncung bibir. Matanya mula bergenang. Hidungnya pula sudah memerah.

Soyoung mengeluh. Macam mana lagi dia mahu ajar anaknya itu.

Yinxi mula menangis dengan raung. Soyoung menekup telinganya mendengar yinxi menangis.

"Nak papa! Nak papa!...." Yinxi menghentak kaki dengan kuat. Soyoung merengus geram. Makin naik lemak ya budak ni.

"Huang yinxi! Diam sekarang." Namun, yinxi masih teruskan menangis. Dia endahkan ibunya kata.

Tidak lama selepas itu, pintu dikuak seseorang. Muncul lah orang yang dibicarakan ke dalam rumah. Dia tersenyum manis melihat yinxi lalu dia mendepakan tangannya.

Yinxi tersenyum lalu dia masuk ke dalam dakapannya.

"Wae anak papa menangis? siapa buat?" Soalnya.

"Mama." Kata yinxi dengan tersedu-sedu dia menjawab. Mulut soyoung ternganga. Pandai betul dia ni buat cerita ya.

"Amboi, kecik-kecik lagi dah pandai buat cerita." Kata soyoung. Geram dengan anaknya itu.

Dia tersenyum lalu melangkah ke arah soyoung. Dia mencium dahi soyoung. Selepas itu, dia mengusap pipi soyoung sambil tersenyum.

"Jangan marah yinxi. Dia budak lagi." Katanya. Soyoung menghembus nafasnya. Kemarahannya tadi sudah mula menurun.

Yinxi di sebelah dia, mula mengejek soyoung. Soyoung geram lalu dia mencubit tangan yinxi. Yinxi mengadu sakit.

"Amboi dia, siapa yang ajar buat macam tu, hah? Dah pandai dia sekarang ya. Tak baik buat macam tu. Faham tak? Lepasni, mama taknak yinxi buat macamtu lagi. Kalau yinxi buat jugak, mama bantai." Kata soyoung lalu dia melangkah pergi masuk ke dalam bilik.

Yinxi genggam tangannya. Dia mula menangis akibat cubitan soyoung.

Dia tersenyum kecil. Dia menunduk bagi sama kedudukannya dengan yinxi.

"Kenapa yinxi buat macamtu? tak baik lah. Itu kan ibu yinxi. Nanti mintak maaf dengan mama tau. Kesian mama. Kan papa dah cakap banyak kali, hormat mama, buat baik dengan mama. Yinxi taknak kan jadi anak derhaka?" Yinxi geleng kepala.

"Taknak. Yinxi nak jadi anak yang baik." Dia tersenyum lalu mencuit hidung mancung anaknya.

"Good girl."












Dia masuk dalam bilik. Dia melihat soyoung baring di katil dengan selimutkan badannya. Dia tersenyum lalu menghampiri katil. Dia duduk di sebelah soyoung dan melihat soyoung sedang tidur itu. Sekali lagi dia tersenyum. Dia mula mengambil rambut soyoung menutup wajahnya lalu diletakkan di tepi telinga soyoung.

Soyoung berasa geli. Dia pun buka matanya. Dia berpusing badan. Dia melihat wajah di depannya.

"Hai, beautiful." Ucapnya dengan senyuman manis.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now