24.

29 6 64
                                    

Pagi.

Soyoung membuka langsir dengan luas kemudian memapak langkah ke katil anaknya. Dia kejut yinxi supaya bangun. Wajah yinxi berkerut.

"Yinxi, bangun. Harini sekolah." Kata soyoung. Yinxi merengek. Dia tak mahu pergi sekolah. Apa yang dia mahu, hanya tidur.

Soyoung merengus geram. Dia tepuk punggung anaknya dengan kuat. Yinxi terus buka matanya.

"Mama! sakitlah bontot yinxi..." Yinxi mencebik sambil mengusap punggunya.

"Mama dah kejut suruh bangun kan? yinxi yang taknak bangun. Sudah, pergi mandi lepastu kita bersiap nak pergi sekolah ni."

"Alah mama, yinxi malas lah pergi sekolah. Cutilah harini." Kata yinxi sambil bibirnya dimuncung ke depan.

"Cuti? No! Mama takkan bagi yinxi cuti. Sekolah tetap sekolah. Pelajaran tu penting tau. Yinxi nak jadi apa kalau malas nak sekolah? Jangan nak mengada eh. Bangun sekarang, pergi mandi sana. No sleep, sleep." Soyoung bangun dari katil yinxi. Dia mengambil tuala yang disangkut pada palang besi lekat di dinding kemudian dia beri tuala itu ke yinxi.

Yinxi mengeluh kuat lalu dia terpaksa bangun untuk bergerak ke dalam bilik air. Malas betul dia ke sekolah.






Soyoung menghantar anaknya tepat di pintu masuk sekolah. Dia menoleh pandang yinxi di sebelahnya.

"Yinxi belajar elok-elok tau. Dengar cakap cikgu." Pesan soyoung. Yinxi hanya mengangguk. Entah dia dengar atau tidak.

"Dah, pergi masuk. Ingat pesan mama ya?" Yinxi angguk lagi. Dia pun masuk ke dalam apabila cikgu tadika mula memanggilnya. Dia sempat melambai tangan ke arah soyoung.

Soyoung tersenyum lalu balas lambaian tersebut. Dia melihat anaknya sudah masuk ke dalam, dia pun segera pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Dia berjalan kaki menuju ke kedai makan tempat kerjanya.















Soyoung lap kesemua meja makan. Selepas mengelap, dia mop lantai pula.

"Soyoung, boleh tolong makcik kejap?" Soyoung menoleh.

"Oh boleh. Tolong apa?" Soyoung letak mop ketepi bagi memberi ruang kepada makcik untuk berbicara dengannya.

"Tolong makcik belikan garam sekejap. Kamu lupa beli garam semalam." Soyoung menepuk dahi. Macam mana boleh lupa garam.

"Aigo, mian. Soyoung tak ingat pulak garam. Masak tanpa garam tak sedap." Kata soyoung sambil tersengih.

"Tak apa. Nah duit, makcik saja bagi lebih kot kamu haus ke, boleh beli air." Makcik itu menghulur 4,000 won kepada soyoung.

Soyoung ragu-ragu mahu menerimanya namun makcik itu desaknya untuk mengambil duit itu. Soyoung pun ambil lalu menunduk badannya.

Dia pun bergegas keluar dari kedai makan menuju ke supermarket.













Soyoung mengambil garam dan yogurt. Dia menuju ke kaunter bagi membayar harga barang tersebut. cashier mengira jumlah barang yang dibeli soyoung. Soyoung keluarkan duit apabila jumlah sudah dinyatakan.

Dia mengukir senyuman manis ke arah cashier tersebut lalu mengambil dua barang dibelinya. Dia pun memapak keluar dari supermarket.

Dia memandang ke kiri. Tiba-tiba, dia ternampak seseorang berdiri tidak jauh dengannya. Dia mengecil matanya untuk melihat orang itu. Sepertinya dia kenal orang itu.

Orang tersebut gelabah. Dia terus melangkah pergi dengan langkah yang laju.

Soyoung mengikutnya. Dia rasakan yang dia sangat kenal lelaki itu.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now