"Awak, saya rasa saya nak pergi seoul lah. Saya nak tanya pasal kehilangan anak kita. Awak ni macam tak risau aje anak kita hilang."
"Nak risau apa, aku rasa dia tak hilang pun. Dia saja nak sembunyikan diri dari kita sebab kita ni mintak duit kan? Tak payah lah. Buang masa aje." Dia pandang suaminya tidak percaya apa yang didengarinya tadi. Macam itu aje fikir? Padahal itu anak dia bukan anak orang lain.
"Soyoung tu anak awak tau, darah daging awak. Sampai hati awak kata macamtu dekat anak kita. Bapak jenis apa awak ni langsung tak ambik tahu tentang soyoung?"
"Kau diam lah! Aku dah lah serabut dengan hutang Si kim tu kau lagi serabutkan kepala hotak aku. Ni semua salah anak kesayangan kau tu lah, kalau dia bagi duit dari dulu kan senang. Tak ada lah aku stress macamni! tak guna!"
"Awak tu lah tak guna! jangan nak salahkan soyoung dalam hal ni. Memang patut pun dia tak bagi sebab awak menghabiskan duit semata-mata duit haram tu. Bukan habiskan duit sebab lain. Jangan ingat saya ni bodoh ya."
"Kau boleh diam tak!? bingit tahu tak!" Dia bangun dan cekik leher isterinya.
"A...awak! s...ssakit!" Dia lepas dari genggaman pada leher isterinya lalu melangkah keluar dari rumah dengan perasaan marah yang membuak.
Si isteri pula terbatuk sambil memegang lehernya. Kemudian dia menangis apabila teringat anaknya. Apa yang sedang dia buat, sihatkah dia.
"Ibu mintak maaf, soyoung..."
Soyoung turun dari tangga dan ternampak renjun menyusun dvd. Dia langsung merampas dvd di tangan renjun. Terkejut renjun dibuatnya.
Soyoung melihat dvd itu dan tersenyum sinis.
"Woah, tak sangka kau layan ariana grande jugak ya?" Soyoung belek dvd Ariana grande yang berjudul Thank you, next.
Renjun berdecit lalu ingin ambil semula dvd itu di tangan soyoung. Soyoung malah sengaja bawa dvd itu ke belakangnya.
"Yah, bagilah balik!" Jerit renjun tak puas hati dengannya. Soyoung jelir lidah tanda mengejek renjun.
"Tak dapat, tak dapat. Ambik lah kalau berani." Soyoung mula berlari. Renjun mengejarnya.
"Oh, kau nak main kejar-kejar ya? okay." Kata renjun. Mereka berlari mengelingi sofa.
Namun, entah bagaimana kaki soyoung tersandung hingga jatuh ke sofa. Refleks tangannya menarik baju renjun dan kini mereka jatuh bersama di sofa. Dengan posisi soyoung berada di bawah renjun manakala renjun di atasnya.
Soyoung terpesona melihat mata renjun. Entah mengapa anak mata renjun menarik perhatiannya. Jantungnya pula kini berdegup sangat laju.
Dup dap
Dup dap
Dup dapMasing-masing menatap mata. Tiada sesiapa pun yang mahu memutuskan pandangan. Jarak wajah mereka sangat lah dekat. Renjun semakin mendekatkan lagi wajahnya. Matanya terarah bibir pink soyoung. Dekat dan semakin dekat. Dan....
Pap!
Renjun terjatuh di lantai akibat ditolak kuat oleh soyoung. Renjun mengaduh sakit sambil pegang sikunya. Soyoung dehem seketika kemudian sentuh jantungnya kian berdegup laju.
"Yah! kau tolak aku?"
"K...kau tu yang pervet! Nak cium orang pulak." Kata soyoung gagap. Renjun tersenyum kecil.
"Oh.... jadi, apa salahnya?" Renjun mengukir senyuman sinis padanya. Mata soyoung bulat besar. Dia mencapai bantal sofa dan baling ke arah renjun. Dasar lelaki gatal!
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fanfic"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18