8.

30 5 12
                                    

Jaemin melangkah ke apartment soyoung. Sudah banyak kali dia telefon soyoung namun tidak diangkatnya. Dia risaukan soyoung. Harini soyoung ada pengambaraan. Ramai kru dan juga pengarah menunggu ketibaannya tetapi dia tak muncul. Itu membuatkan mereka pelik.

Biasanya soyoung akan sampai awal ke tempat shooting namun pagi ini tiada pun kelibatnya.

Jaemin menekan loceng. Tiada pun yang mahu membuka pintu. Jaemin memanggil nama soyoung. Senyap. Apartment soyoung sunyi sepi. Jaemin mahu buka pintu tetapi pintu itu automatik. Hanya soyoung sahaja boleh bukanya. Password pula dia tidak tahu.

Jaemin menelefon pembantu peribadi soyoung. Tina

"hello jaemin? cik soyoung okay ke?"

"Taktahu tina. Awak tahu tak password rumah soyoung? saya panggil dia banyak kali tapi tak menyahut pun."

"Hah? oh saya tahu. 55alo2. Ha itu passwordnya."

Jaemin pun menekan butang password di tepi pintu. Pintu pun berjaya dibuka. Jaemin matikan talian. Dia masuk ke dalam mencari soyoung.

Ruang tamu tiada. Dalam bilik pun tiada. Yang ada cuma kunci kereta dan handbag soyoung di atas meja. Jaemin berkerut dahi. Kalau kunci dan handbagnya ada, mana orangnya pergi?

Jaemin telefon tina semula.

"Ya jaemin, kenapa?"

"Handbag dengan kunci kereta soyoung ada tapi soyoung tak ada!"

"Hah!? cik soyoung tak pernah tinggalkan kunci kereta dan handbag. Mana pulak dia pergi?"

"Saya pun taktahu. Tak apa, saya tanya security. Kot dia tahu mana soyoung pergi."

"Ha okay,kalau ada apa-apa bagitahu saya tau."

"Okay."

Talian dimatikan. Jaemin melangkah keluar dari apartment soyoung. Dia langkah kakinya ke arah security menjaga kawasan apartment itu.

"Maafkan saya, encik ada nampak tak han soyoung keluar semalam?" Tanya jaemin. security itu menggeleng tanda tidak nampak pun soyoung keluar. Jaemin senyum nipis.

"Kalau macamtu, saya pergi dulu." Baru selangkah dia mahu gerak, security tadi memanggilnya.

"Semalam mungkin cctv ada rakam dia. Kejap, saya tengok." security masuk ke dalam dan melihat rakaman cctv.

Jaemin pun turut melihat rakaman tersebut. Dia ternampak seorang gadis keluar dengan pemakaian hoodie hitam, seluar pendek dan rambut berikat. Dia tahu itu han soyoung. Dia menyuruh security itu menekan rakaman soyoung. Waktu bila soyoung keluar dari apartment.

"Dalam jam 12 lebih soyoung keluar dari apartment. Dia pergi mana?" Monolog jaemin sendiri.

"Tak ada rakaman lagi ke? waktu soyoung pulang ke apartment?" Tanya jaemin. security itu langsung menggeleng.

"Tak ada. Yang ada rakaman sewaktu dia keluar sahaja." Jaemin mengeluh. Dia mengucap tanda terima kasih kepada pengawal itu dan keluar dari kawasan apartment.

"Aku kena buat report polis. Tapi, dia hilang masih belum 24 jam. Tak apa lah, aku cuba call dia. Eh, telefon dia ada kat atas meja. Aduh kenapa lah kau ni bengap sangat jaemin! Haih.... mana awak pergi soyoung?"



















Soyoung masih lagi cuba membuka ikatan. Dalam hatinya dia mengutuk penculik itu. Kenapalah kuat sangat ikatannya!

Sudahlah harini dia ada pengambaraan. Mesti semua tertunggu-tunggu kedatangannya. Dia pandang wajah penculik yang merenungnya sejak tadi. Dia menjeling.

"Tak payah lah tenung aku macamtu! kau buat aku tak selesa tahu tak." Kata soyoung. Dia tersenyum sinis.

"Sorry bae." Bae? bae kepala hotak kau lah. Soyoung menjengil tajam ke arahnya.

"Lepaskan aku! harini aku ada shooting. Tolonglah, jangan buat aku macamni. Kalau kau nak culik, culik lah orang kaya ke jangan lah culik aku. Aku ni bukanlah kaya sangat. Dapat gaji pun sipi-sipi aje. Cukup makan dan cukup minum. Kalau kau nak duit, aku boleh bagi lah. Kau nak berapa? seribu? dua ribu? cakap aje. aku tolong bankin kan. Lepaskan lah aku. Aku nak kerja tau." Rengek soyoung.

Renjun pejam matanya. Geram dengan gadis ini merengek dari tadi tak habis-habis.

"No darling, aku taknak duit pun dari kau. Aku cuma nak kau." Katanya sambil senyum penuh makna.

Soyoung menunduk kepalanya ke bawah. Dia takut pandang lelaki di hadapannya. Aura lelaki ini sangat menakutkan.

Dia tersenyum lalu mendongak dagu soyoung supaya memandangnya. Dia menatap mata soyoung. Sukar mahu soyoung mentafsir pandangan lelaki itu.

"Lupakan kerja kau. Sekarang, kau dengan aku. We will spend time together. So, don't you dare get out of here.  If you come out too, I will not hesitate to kill you. Okay, my bae?" Renjun mengusap pipi mulus soyoung sambil mengukir senyuman.

Soyoung menelan air liurnya kasar. Lelaki di hadapannya ini sangat bahaya. Saiko!

Automatik soyoung mengangguk. Entah apa yang difikirkannya sampai dia menurut kata lelaki itu.
Renjun tersenyum lagi. Dia membelai rambut soyoung.

"Good girl...."














"Macam mana ni jaemin? Kalau media tahu soyoung hilang, habis lah kecoh nanti." Kata tina. Dia risau apabila mendengar berita dari jaemin bahawa soyoung tidak pulang dari semalam. Jaemin mengeluh. Dia pun tak tahu mahu buat apa.

Dia sudah lapor kes ini pada polis. Takut kejadian ini akan dihebahkan kepada wartawan.

"Kita kena diam. Biarkan polis buat kerja dorang. Kita kat sini hanya menunggu saja. Pasal media tu, tak perlu risau. Pandai-pandai saya uruskan dengan CEO." Kata jaemin. Tina hanya mengangguk sahaja.

"Mana pulak cik soyoung ni menghilang...."


















"Bae, do you want to eat this?" Renjun menghulur sepinggan bibimbap kepada soyoung. Soyoung diam sahaja. Kepalanya menunduk. Dia benci melihat wajah lelaki itu.

Renjun mengeluh. Dia membuka ikatan tangan dan juga kaki soyoung. Soyoung berasa sangat kebas selepas ikatannya telah dibuka. Dia memandang tajam ke arah renjun.

Renjun tanpa ragu dia menyuap makanan ke dalam mulut soyoung. Soyoung terkedu seketika. Kadang sweet juga penculik ini. Renjun tersenyum.

"How? Delicious, isn't it?" Soyoung mengangguk kepalanya saja. Dia menikmati makanan itu. Tidak dinafikan bibimbap itu sangat sedap.

"Awak ke yang masak?" Soyoung bertanya. Renjun tersenyum lalu mengangguk. Soyoung baru terfikir, dia kata awak kah tadi? Dia menekup mulutnya. seolma...

"Why? aku masak tak sedap ke?" Soyoung geleng.

"Ani, awak- eh kau masak sedap sangat!" Kata soyoung laju. Renjun ketawa melihat reaksi wajah soyoung yang menggelabah itu.

"Why not kau panggil awak, saya? that's not weird, right?" Kata renjun berserta senyuman manis. Soyoung membuat mimik wajah geli. Dia menolak tubuh renjun jauh darinya.

"Geli lah!" Kata soyoung sambil membuat wajah cemberut. Renjun hanya ketawa sahaja.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now