7.

34 5 42
                                    

Soyoung bangun awal pagi. Dia keluar dari bilik menuju ke dapur. Dia membuat sarapan, Roti bakar dan juga susu. Dia duduk di meja dan menikmati sarapan paginya.

Ring! ring!

Soyoung ambil telefon bimbit. Dia melihat nama terpapar di skrin lalu dia mengeluh perlahan.

ibu

Dia malas mahu mengangkat. Dia pun sambung makan pedulikan deringan telefonnya.

Namun, bunyi itu membingitkan telinga soomin. Dia jawab panggilan dari ibunya.

"Ibu nak apa?"

"Kamu tanya ibu nak apa? kamu bila nak balik sini? ibu dan ayah rindukan kamu tahu tak? balik lah. Sibuk, sibuk jugak tapi lawatlah orang tua kamu di sini." Soyoung memutarkan matanya. Bosan dia mendengar perkataan rindu itu. Bukannya dia tidak tahu apa yang ibunya mahukan. Semestinya duit soyoung. Kalau tak sebab duit, tak adanya orang tuanya suruh dia balik.

"Soyoung sibuk. Ada banyak shooting. Lagipun bukan soyoung tak tahu. Ibu nak duit aje kan? tak payah lah nak kata rindu dekat soyoung. Selama soyoung balik ke sana pun, ibu dan ayah tak pernah tanya khabar soyoung. Apa yang soyoung buat, tak ada detik pun ibu tanya. Apa yang korang tahu, hanya duit soyoung aje. Dahlah, soyoung banyak kerja ni. Jangan telefon soyoung lagi."

"Hello-"

Tut!

Soyoung merengus kasar. Asyik-asyik minta duit. Mereka ingat soyoung ni cap duit ke.







"Kurang ajar punya anak. Dia tamat macam tu aje? buat penat aku lahirkan kau, ini kau balas kat aku? cis, kalau aku tahu lah perangai kau macamni. Aku bunuh aje kau dulu! tak kenang budi!" Katanya dengan marah yang membuak. Penat lelah dia melahirkan anak perempuannya, bila besar macam itu layanannya terhadap ibu? Tak guna langsung.

"Yang awak bebel ni kenapa? dah telefon ke soyoung tu? aku nak duit ni." Dia bengang apabila suaminya bertanya soalan itu.

"Anak awak tu sibuk! entah-entah saja je dia buat busy sebab dia tahu kita ni nak mintak dia duit. Apa salahnya dia bagi. Kita ni mak bapak dia kot bukan orang lain. Macamtu dia end call. Kurang ajar. Nanti kalau dia balik, tahu lah apa saya nak buat."

"Aduh, aku nak bayar hutang Kim ni. Susah sangat ke kau nak pujuk dia balik? kata lah yang kita nk rindukan dia. Apa yang susah sangat?"

"Saya dah cakap tadi, tapi dia tak percaya. Awak ingat anak kita tu bodoh? Dia tu belajar sampai ke london lah. Takkan makan punya pujukan kita ni. Lagi satu, awak jangan nak tipu saya ya. Awak ingat saya tak tahu yang awak nak guna duit tu sebab judi je kan? jangan nak bohong lah!"

"Bohong apanya? betul lah aku nak bayar hutang si kim tu. Kalau aku tak bayar dalam seminggu ni, mati lah aku! Kau suruh jugak dia balik. Kalau tak, aku sendiri datang sana mintak dia duit. Jangan main-main dengan aku." Kata lelaki tua itu lalu beredar keluar dari rumah.

Dia mengeluh. Kalau macamni gayanya, terpaksa dia guna helah yang lain supaya anaknya balik ke sini.












Soyoung minum petang di sebuah cafe. Dia memandang tingkap luar. Kemudian matanya tertancap seseorang yang berdiri tidak jauh dari cafe. Dia yang berhoodie coklat itu perasan akan pandangan soyoung lantas dia melangkah pergi.

Soyoung berkerut wajahnya. Ada apa dengan orang itu. Dia pun mengendahkannya dan minum air kopi.

Dia menarik nafas panjang apabila penat berlari. Dia terduduk. Dia mengukir senyuman kecil di bibir.

"Han soyoung, makin cantik...." Katanya.













Soyoung pulang ke rumahnya. Hari ini dia tiada pengambaraan jadi dia boleh berehat dengan secukupnya. Dia duduk di sofa sambil membawa makanan. Dia meletakkan makanan ringan di atas meja lalu dia buka television. Dia menekan saluran sehingga keluar berita yang menarik perhatiannya.

Kill of love. [HRJ]✔️Where stories live. Discover now