"Abang Wan minta nak kahwin lain."
Terkejut besar aku mendengarkan kata-kata Kak Reen. Sudah aku menyangka itu yang akan berlaku. Apabila Abang Izwan enggan mengambil anak angkat seperti yang dicadangkan oleh semua orang, bagaikan ada satu bisikan di telinga bahawa dia sebenarnya ingin berkahwin lain. Dasar lelaki, senang sekali mengambil sesuatu keputusan. Tambahan lagi masalah ini berpunca daripada si isteri.
Senang sekali mereka meletakkan kesalahan pada si isteri. Senang sekali mereka menjadikan masalah ini sebagai satu alasan untuk membahagi kasih. Tidakkah pernah dia memikirkan apa perasaan si isteri apabila ini yang dipinta? Sudahlah tertekan akibat kekurangan diri, ditambah lagi dengan sikap suami yang tidak pernah peka dengan perasaan kecewa si isteri. Dalam hati aku mengutuk keras sikap Abang Izwan.
"Dia nak kahwin dengan Unie..." ucap Kak Reen dalam tangis yang semakin kuat.Masya-Allah... Mengucap aku mendengarkan kata-kata Kak Reen. Terasa gelap seketika pandanganku. Tersekat nafasku. Tak mampu untuk aku berkata-kata. Sesuatu yang berada di luar jangkaan. Aku tahu dia suka kepadaku, tetapi tidak pernah terlintas di hati ini yang dia sanggup meminta itu daripada Kak Reen.
Aku hanya mampu memandang ke wajah Kak Reen dengan rasa yang cukup tidak aku mengertikan. Benci? Marah? Sakit hati? Ah... lelaki itu!
"Kenapa Unie tak pernah beritahu akak yang Unie pernah kenal dia dulu? Pernah bercinta dengan dia?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Pembelian Ready E-book sila hubungi :
www.wasap.my/60197657415/SemalamYangKuTinggalkan
YOU ARE READING
EBOOK : SEMALAM YANG KUTINGGALKAN
FanfictionNovel yang diterbitkan semula dalam bentuk ebook. ~~~~~~~~~ Blurb ~~~~~~~~~ Munirah sudah penat. Hidupnya sering dalam kesedihan dan terpaksa membuat pilihan yang begitu mengelirukan dirinya. "Aku tak suka kau bawa sikap buruk kau itu kepada Sarah...