Bab 15

1 0 0
                                    


Hari ini, munkinkah bahagia akan ku miliki....?



"Unie ....," jerit Suzana tatkala aku membuka pintu rumah.

Aku cuma senyum selamba melihatkan telatahnya. Hem... masih lagi belum berubah minah ni, detik hatiku. Walau kini usia sudah mencecah lewat duapuluhan dia masih lagi dengan sikap keanak-anakannya bila bertemu denganku. Aku cepat mendepakan tanganku menyambut pelukannya. Mataku tertancap kepada keretanya.

"Wow... kereta baru... Volkswagen kau...," kataku sambil melepaskan pelukanku padanya. Aku keluar mendekati keretanya yang begitu mewah di pandangan mataku. Sesuai sekali kereta itu dengannya yang bertubuh kecil molek itu.

"Cantikkan... kan...kan...?" Katanya sambil tersenyum.

"Cantik... macam tuannya....,"

Suzana terus diam sambil matanya asyik merenung aku yang masih lagi menumpukan minatku kepada keretanya.

"Belilah kereta macam ni...,"

"Manalah aku mampu. Aku kan kerja gomen je," jawabku ringkas. Mataku terus mengagumi keindahan kereta itu. Satu persatu aku membuka pintu kereta itu untuk melihat keadaan hiasan dalamannya. Nampak begitu eksklusif sekali. Sesuai untuk mereka yang bergaya sportif.

"Unie, dahlah tu.... lepas ni aku bawa kau jalan-jalan. Sekarang ni... mari peluk aku. Aku rindu sangat pada kau ni,"

Aku mengalihkan perhatianku kembali kepadanya. Cepat-cepat aku berlari ke dalam pelukannya. Sungguh.... sungguh aku rindukannya. Lama kami berpelukan. Ada airmata yang mengiringi rasa gembira di hati masing-masing. Akhirnya kami meleraikan pelukan dan memandang ke dalam mata masing-masing. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku menemuinya kali ini. Terasa terubat gundah yang aku rasakan sejak pulang ke tanah air beberapa hari yang lalu.

"Maaf Unie, aku tak ada masa kau sampai...," ucapnya sambil kembali memelukku.

"Tak kesahlah... wah... kau sihat ye. Nampak semakin berseri," usikku. Dia senyum gembira.

"Jom... masuk...., banyak cerita kau aku nak dengar ni. Kau sihat? Macam mana dengan study kau kat sana? Semuanya dah selesaikan? Kau tak akan balik ke sana lagikan?"

Satu demi satu soalannya ku jawab. Terasa bagaikan disoal siasat pula. Memang sesungguhnya cukup banyak cerita yang perlu dikongsi antara kami. Waktu aku pulang untuk bersemuka dengan Abang Izwan dua tahun yang lalu, dia sentiasa hadir di sisiku untuk memberikan aku kekuatan.

Ketika aku dalam kesedihan yang teramat sangat waktu itu, dialah yang menghulurkan bahunya untuk aku menangis, meluahkan segala kekecewaan yang aku rasakan. Ketika semangatku goyah untuk kembali semula ke Australia bagi menerus pengajianku dialah yang memberikan aku kekuatan untuk tidak menyerah kalah.

Sepanjang masa kami berjauhan dialah yang terus-terusan meniupkan semangat untuk aku meneruskan kehidupan. Tempoh dua tahun yang memisahkan kami menyebabkan terlalu banyak berita yang perlu kami kongsi bersama. Walaupun sering berhubung melalui dinding facebook, namun kepuasannya tiada di situ. Habis semua cerita ku aku luahkan kepadanya. Dan habis semua ceritanya aku dengar satu persatu.

"Ooo... selama ni tak nak beritau ye kau dah bertunang..., patutlah berseri semacam aje. Darah tengah manis ni,"

"Baru je Unie, dua minggu lepas,"

"Nanti kena kenalkan aku dengan tunang kau tu,"

"Insyaallah....,"

"Bila nak langsung?"

EBOOK : SEMALAM YANG KUTINGGALKANWhere stories live. Discover now