Bab 4

6 0 0
                                    




Senyuman kemenangan lelaki di hadapanku ini menyemarakkan lagi rasa marahku padanya. Sesungguhnya aku tidak mahu bertemu dengannya. Tapi apakan dayaku. Pertemuan ini perlu berlaku. Mungkin dengan pertemuan ini akan membuatkan dia sedar akan tanggugjawabnya yang sudah mula diabaikan. Mungkin dengan ini dia akan tahu betapa deritanya hati seorang perempuan yang bergelar isteri bila suaminya meminta untuk berkahwin lain. Ya Allah, berikanlah aku ketabahan untuk menghadapinya. Berilah aku kekuatan untuk menyapu senyuman sinis di bibirnya. Aku benci dengan kesombongan yang dipamerkan kepadaku saat ini.

"So.... when will it be? Unie ke yang tetapkan tarikhnya sendiri...? Kalau boleh kita nikah hari ni pun tak apa...,"

Aku menarik nafas panjang mendengarkan kata-katanya. Tidakkah dia sedar bahawa kata-katanya ini mampu merobek sekeping hati? Bagaikan bisa racun, mampu mengalir dalam darah dan melumpuhkan seluruh urat saraf seorang wanita bergelar isteri? Kalaulah Kak Reen mendengar kata-katanya ini, pasti dia akan terjelepuk rebah di sini. Lemah longlai, lumpuh tubuhnya tak mampu untuk terus berdiri.

Aku mengalihkan pandangan mataku ke meja di ruang makan yang diduduki Kak Reen bersama Mak Ngah. Kami berada di rumah Mak Ngah hari ini. Aku yang memohon untuk bertemu dengannya. Meminta dia datang untuk berbincang. Puas aku memujuk Kak Reen supaya duduk bersamaku di ruang keluarga ini. Supaya dia terus kuat dan mampu memberikan kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan lelaki ini. Tapi dia enggan. Ternyata dia tidak sanggup mendengar apa yang akan kami perkatakan. Kelihatan mereka diam di sana. Kak Reen hanya merenung ke hadapan. Tidak sedikit pun pandangannya dihalakan kepada kami. Mak Ngah hanya tersenyum hambar kepadaku. Kelihatan seperti dia sedang memujuk Kak Reen.

"Bukan itu yang Unie nak bincangkan hari ni,"

"Habis, kenapa nak jumpa abang? Atau... Unie nak luahkan rindu Unie yang dah lama terpendam dalam hati tu? Macam rindu yang abang tanggung pada Unie selama ni?"

"Abang... be serious please...," marahku.

"I am serious Unie. Abang rindu Unie ... Dah sebelas tahun lamanya rindu ni terpahat dalam hati. Dan rindu tu semakin menyala sejak dua tahun ni. Jangan nak nafikan. Unie pun rindu pada abang juga kan?"

Ah... benci sungguh aku mendengarkan kata-kata itu. Terlalu yakin pada dirinya sendiri, itu tanggapan ku terhadapnya saat ini. Ingin sekali aku hilangkan keyakinan itu. Mampukah aku melakukan itu?

"Kita jumpa ni bukan nak cerita pasal kita....," kataku geram.

"Habis tu? Pasal siapa...?"

"Kak Reen...,"

Matanya beralih ke arah Kak Reen. Aku juga kalih pandang ke sana. Kelihatan Mak Ngah cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain. Mungkin sejak tadi lagi dia memerhatikan kami.

"Nak cerita apa lagi? Abang dah minta izin dia... dan dia dah benarkan. Untuk apa lagi nak bincang pasal dia... Lebih baik kita bincang pasal kita,"

"Abang... tak tahu ke yang abang dah hancurkan hati dia? Sanggup abang buat dia begini. Dia isteri yang baik. Tak patut abang buat macam ni padanya,"

"Apa yang abang buat pada dia hemm...? Cuba Unie cakap. Abang tak pukul dia, abang tak pernah marah padanya. Abang cuma berterus terang pada dia yang abang nak kahwin lain. Dan abang cuma tetapkan syarat, abang nak kan Unie. Itu je...,"

Ah... begitu polos jawapannya. Kalau dalam keadaan lain pasti di saat ini aku sudah terbang melayang di awang-awangan. Bahagia kerana ada yang mencintaiku. Kerana ada yang begitu tekad ingin menjadikan aku isterinya. Malangnya aku kini dalam situasi yang berbeza. Serba salah aku jadinya dengan perhatiannya ini.

EBOOK : SEMALAM YANG KUTINGGALKANWhere stories live. Discover now