TEASER 1

24 0 0
                                    



Rindu. Sememangnya itulah satu-satunya perkataan yang melekat dalam sanubari. Sejak tiga tahun pemergianku, perasaan itulah yang kemas tertanam dalam hati. Tapi, rindu kepada siapa? Pada dia? Atau kepada Sarah? Kepada Sarah sudah pasti. Ibu mana yang tidak merindui anaknya. Tambahan lagi apabila anak kecil itu terpaksa aku tinggalkan pada usia yang terlalu kecil. Sering saban malam aku menangis meratap nasib diri yang telah ditentukan Allah. Sering kekuatan diri aku cari dengan terus bermunajat, meminta kepada Allah. Ini ketentuan-Nya. Maka aku akur pada ketentuan itu.


Tapi bagaimana pula dengan dia? Masih adakah lagi rindu ini terhadapnya? Sejak hakikat pernikahan kami aku ketahui, rasanya rindu itu sudah mati. Mati bersama dengan kata-kata Kak Reen yang diucapkan lama dulu melalui suratnya. Mati bersama sikapnya yang tidak mengendahkan diriku dulu. Mati bersama keengganannya mendengar kata-kata penjelasan dariku. Semuanya jelas tergambar di situ. Tidak perlu dijelaskan lagi. Dia sememangnya tidak memerlukan diri ini dalam hidupnya. Yang dia mahukan hanyalah Sarah. Bukan aku.Senyuman pramugari yang memberikan ucapan terima kasih kerana menaiki pesawat ini aku sambut dengan perasaan hambar. Perlahan-lahan aku keluar dari perut pesawat. Pertama kali aku melangkah ke balai ketibaan KLIA, hatiku bagaikan sudah dipenuhi dengan satu tekad. Aku tidak akan diperalatkan lagi. Akan aku teruskan kehidupan ini. Tanpa dia? Itu sudah pasti! Tapi, tanpa Sarah... mampukah aku?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Untuk Pembelian Ready E-book sila hubungi :

www.wasap.my/60197657415/SemalamYangKuTinggalkan

EBOOK : SEMALAM YANG KUTINGGALKANWhere stories live. Discover now