TEASER 3

18 0 0
                                    


"So... when will it be? Unie ke yang tetapkan tarikhnya sendiri? Kalau boleh, kita nikah hari ni pun tak apa..."

Aku menarik nafas panjang mendengarkan kata-katanya. Tidakkah dia sedar bahawa kata-katanya ini mampu merobek sekeping hati? Bagaikan bisa racun, mampu mengalir dalam darah dan melumpuhkan seluruh urat saraf seorang wanita bergelar isteri. Kalaulah Kak Reen mendengar kata-katanya ini, pasti dia akan terjelepok rebah di sini. Lemah longlai, lumpuh tubuhnya tak mampu untuk terus berdiri.

Aku mengalihkan pandanganku ke meja di ruang makan yang diduduki Kak Reen bersama mak ngah. Kami berada di rumah mak ngah hari ini. Aku yang memohon untuk bertemu dengannya. Meminta dia datang untuk berbincang. Puas aku memujuk Kak Reen supaya duduk bersamaku di ruang keluarga ini. Supaya dia terus kuat dan mampu memberikan kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan lelaki ini.

Tapi dia enggan. Ternyata dia tidak sanggup mendengar apa yang akan kami perkatakan. Kelihatan mereka diam di sana. Kak Reen hanya merenung ke hadapan. Tidak sedikit pun pandangannya dihalakan kepada kami. Mak ngah hanya tersenyum hambar kepadaku. Kelihatan seperti dia sedang memujuk Kak Reen.

"Bukan itu yang Unie nak bincangkan hari ni."

"Habis, kenapa nak jumpa abang? Atau... Unie nak luahkan rindu Unie yang dah lama terpendam dalam hati tu? Macam rindu yang abang tanggung pada Unie selama ni?"

"Abang... be serious please..." marahku.

"I am serious Unie. Abang rindu Unie. Dah 11 tahun lamanya rindu ni terpahat dalam hati. Dan rindu tu semakin membara sejak dua tahun ni. Jangan nak nafikan. Unie pun rindu pada abang juga, kan?"

Ah... benci sungguh aku mendengarkan kata-kata itu. Terlalu yakin pada dirinya sendiri, itu tanggapan aku terhadapnya saat ini. Ingin sekali aku hilangkan keyakinan itu. Mampukah aku melakukan itu?

"Kita jumpa ni bukan nak cerita pasal kita..." kataku geram."Habis tu, pasal siapa?"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk Pembelian Ready E-book sila hubungi :

www.wasap.my/60197657415/SemalamYangKuTinggalkan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EBOOK : SEMALAM YANG KUTINGGALKANWhere stories live. Discover now