Bab 1

30 5 0
                                    

SATU kotak dihulur di hadapan gadis itu. Dapat dilihat wajah itu dihiasi senyuman yang manis. Wajah diangkat sebelum memandang figura di hadapannya.

"Apa ni?" Soal gadis tersebut dengan senyuman manis yang masih terukir elok di bibir mungil tersebut . Tangan ligat ingin membuka penutup kotak tersebut. Namun,  ditegah oleh gerangan di hadapannya.

"Hadiah" ujar lelaki itu sepatah seraya mengosok sedikit tudung yang terletak elok di kepala. Gadis tersebut menayangkan wajah geram apabila tudungnya rosak dek tindakan bersni lelaki itu. Langkah dibuka sebelum mengejar lelaki tersebut.

BAM!!

" Arghh ! "  Arwa bingkas bangun dari tidurnya . Kaki mula ditarik rapat hingga ke dadanya .

Lagi,rasa tu..

"Mimpi tu lagi . Kenapa?! "Soal Arwa dalam tangisan sambil memukul pehanya. Bergema suara esakan  didalam bilik yang dihuni. Kaki ditarik rapat hingga ke dada lantas dipeluk erat. Wajah disembamkan antara dua kaki tersebut. Tangisan pecah jua walaupun dia cuba tahan. Badan yang mengigil diendahkan.  Hanya ingin melepaskan rasa sakit yang mula mendatang.

Selepas beberapa minit , esakkannya mula perlahan . Air mata yang masih tersisa di pipi gebunya dilap kasar . Dia segera duduk di birai katil sebelum kakinya menyarung selipar yang berada di bucu katil. Dia termenung seketika. Fikirannya kosong.  Tidak dapat dicerna mengapa.

Tangan kecil Arwa mencari telefon miliknya.Setelah dia merasakan jari runcingnya tersentuh objek yang dicari-cari , lekas telefon diambil sebelum ditekan punat yang terletak elok di sisi telefon . Tindakan gadis tersebut menyebabkan cahaya terbias dari telefon tersebut. Angka menunjukkan pukul 3:45 pagi.

"Haih." Kedengaran keluhan dilepaskan perlahan sebelum kakinya mengorak langkah ke bilik airnya yang terletak di sudut bilik . Tombol pintu dipulas sebelum kaki kanan melangkah masuk . Pili air dibuka.Air ditadahkan lalu disapu ke muka . Terbias wajah miliknya di hadapan cermin. Tawa sinis terlepas.

Pucat.

Jelas kelihatan wajahnya kemerahan akibat menangis. Matanya yang sedia ada sepet menjadi semakin sepet akibat bengkak mengeluarkan air mata. Arwa mengeluh berat.

Wuduk mula diambil sebelum pili air tersebut ditutup . Kakinya  melangkah keluar . Tangan mencapai sejadah serta telekung yang tersidai elok di rak.Solat tahajjud mula didirikan sebaik sahaja selesai menyarungkan telekung di tubuhnya. Selesai sahaja solat tersebut ditunaikan , tangannya diangkat untuk menadah tangan membacakan doa .

" Ya Allah , ampunkan aku sekiranya aku melakukan segala kesalahan yang besar dalam setiap tindakan . Ya Allah ya Tuhanku , sesungguhnya hambamu ini masih mengalami mimpi yang sama. Sekiranya Engkau memberi petunjuk, bantu la aku.Aku memohon pertolongan dalam melindungi aku dari segala musibah yang mungkin berlaku . Sesungguhnya solat tahajjud merupakan harapan bagi sesuatu yang tiada harapan  . Amin ".

Air mata yang laju menuruni pipinya diseka perlahan sebelum dia bangkit dari tempat tersebut . Sejadah disimpan serta telekung dilipat kembali ke tempat asalnya . Kaki mula mengorak menghampiri katil.

Kipas yang berpusing disiling dilihat kosong. Fikirannya tika ini kosong seperti sehelai kertas.

Kenapa...

Kenapa mimpi itu lagi?

Kenapa?...

Kenapa?..

Lagi dan lagi..

Banyak persoalan bermain di kotak fikirannya. Tanpa sedar, matanya terpejam rapat hingga tidak sedar bila dia mula terlelap.




PANG!

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now