bab 5

3 1 0
                                    

SEJAK tadi , Arwa dengan sabar menunggu seseorang yang akan tiba di Malaysia sebentar lagi . Dia dikejutkan dengan panggilan dari Alisya yang mengatakan dia akan pulang ke Malaysia hari ini juga .

Selepas sahaja Arwa mengemaskan meja kerjanya , dia segera bergegas ke KLIA  untuk mengambil kawan sepermainannya . Baru sahaja dia ingin memberitahu tentang kepulangan Alisya , tetapi Alisya melarang dirinya untuk memberitahu Daniel .

Tidak lama kemudian , kelihatan ramai orang keluar dari pintu ketibaan . Matanya mula melilau mencari kelibat Alisya . Seorang demi seorang dilihat dengan mata kasar . Terjengket-jengket gadis itu kerana batas ketinggian. Namun , kelibat Alisya tidak pula dia nampak.Keluhan dilepaskan sebelum dirinya tersentak dek ditepuk kasar oleh seseorang .

"Kau cari siapa , Arwa?" Soal seseorang dari arah belakangnya. Arwa yang terdengar segera berpaling ke belakang sebelum matanya terbuntang luas.

Alisya!

" Welcome back , babe! "  ucapnya sebelum Alisya dipeluk erat bagai tidak mahu lepas. Tergapai-gapai Alisya mencari udara dek dipeluk erat oleh tubuh badan kecil itu.

"A-arwa! A-arwa! K-kau nak aku mati ke ?" Ujar Alisya dengan nafas yang tersekat-sekat.  Arwa hanya tersengih tidak bersalah. Alisya menarik nafas panjang selepas dilepaskan oleh Arwa.

Fuh! Sesat nafas aku.

"Hehe , sorry. Rindu Kak Alisya kita ni . Dah lama tak jumpa kau . Jom . Daniel confirm suka tengok kau balik ni . " Ajak Arwa lalu kaki diangkat untuk melangkah . Alisya hanya mempamerkan riak kosong . Debaran yang dirasakan dihati dibiarkan sepi . Dirinya masih terkaku disitu tanpa disedari oleh Arwa .

Eh?!

Arwa yang sudah berada dihadapan berasa pelik apabila dirasakan tiada Alisya di sebelahnya. Dia berpaling semula ke belakang sebelum iris matanya menangkap gadis itu yang masih berdiri disitu. Kaki mula melangkah semula ke arah Alisya.

" Lisya, kenapa ni ? Tak sihat ke ? " soal Arwa hairan apabila melihat Alisya tidak bergerak itu.

" Aku takut la . Macam mana kalau Daniel tak nak jumpa pun ?" Soal Alisya perlahan sebelum wajah manis milik Arwa ditenung . Arwa hanya mengeluh perlahan sebelum tangan milik Alisya dicapai perlahan .

" Tenang okey ? Aku ada dengan kau . Dah jom , mesti kau penat kan "ajaknya lagi sekali . Alisya hanya mengangguk lemah sebelum kakinya turut mengorak langkah . Beg yang berada di sisi diambil.

"Tolong la aku bawa beg ni." Pinta Alisya .

"Tak nak. Bawa sendiri."

KAIN kanvas yang pada mulanya putih bersih mula dikotori dengan beberapa warna yang dibaling si pelukis dengan geram . Itu yang dirasakan olehnya selepas pergaduhan bersama Puan Aylee . Dalam masa satu hari kakinya menjejak langkah ke rumah itu , dirinya sudah menghadapi pergaduhan yang sentiasa menjadi salah satu rutin bagi seorang Lucien Kai . Dia sendiri tahu , bukan senang untuknya memperbaiki hubungan dengan mamanya . Berus yang dipegang diletakkan kembali . Nafas diatur kembali . Cuba mencari ketenangan.

Tenang

Itu yang dia mahukan selepas pergaduhan tersebut .

Kaki  diangkat sebelum dia berhenti di satu sudut biliknya yang menempatkan satu gambar.Dia mengeluh berat . Satu- satunya insan yang dia mahukan di hadapannya sekarang. Tidak lain tidak bukan ,

Dia..

" Kai rindu kakak ." Ujar Lucien dengan sayu .

April 2000

LUCIEN tersenyum melihat kakaknya yang gigih ingin mengalahkannya . Dari tepi matanya , dia dapat lihat dengan jelas kakaknya cuba menahan amarah . Pelbagai bahasa asing keluar dari mulut kecilnya . Tergelak kecil dia mendengar.

" Akak okey tak tu ?" Soal Lucien apabila melihat kakaknya yang cuba untuk mendaki bukit.

" Diam la ! Awak la ni ajak akak pergi jogging. Baik akak pergi tidur je tadi " jawab Marya geram. Peluh yang menitik didahi diseka kasar.

Lucien hanya ketawa kelucuan melihat kakaknya yang sudah terduduk kepenatan. Tanpa menghiraukan bebelan kakaknya, kakinya melangkah ke arah kakaknya.

"Mana Kai tahu kakak lemah macam ni. Kalau tidak , tak ada la Kai ajak kakak." ujar Lucien sambil mengeleng kepalanya. Air yang dibawa diberi kepada Marya. Marya hanya menyambut huluran tersebut sebelum meneguk air dengan rakus. Lega.

Lucien mengeleng kepalanya melihat perangai kakaknya. Penat sangat tu.

"Mana la akak tahu awak nak bawa kakak sampai sini. Selalu tempat biasa je." Kedengaran keluhan berat dilepaskan sebelum dirinya bangun dari posisi tadi. Kerusi yang berada berdekatan diduduki sebelum mengajak Lucien sama duduk disitu.  Lucien hanya mengikut. Marya duduk menghadap tubuh adiknya .

" Kai " seru Marya lembut .

Lucien segera memandang kakaknya itu sebelum kening dijongket sebelah .

"Kalau satu hari nanti , kakak dah tak ada . Kai jaga mama dengan papa elok-elok tau . Kakak sayang adik kakak sorang ni " ujar Marya sebelum air yang tersisa di botol diteguk sehingga habis.

Lucien yang mendengar bait- bait bicara kakaknya mula berkerut sebelum wajah kakaknya ditenung dalam.

"Kakak kenapa? Tak akan sebab penat , otak kakak tak berhubung dah?" Soal Lucien hairan .

" Tak ada apa-apa la." Jawab Marya menimbulkan hairan dalam diri Lucien.

"Kai . Kakak dengar mama nak balik Malaysia minggu depan . Nak ikut kakak ambil mama tak ?" Soal Marya teruja sebelum wajah milik Lucien dipandang. Rindunya mama!

" Tak " jawab Lucien sepatah . Marya hanya mengeluh lemah .

" Kai tak terfikir ke nak berbaik dengan mama ? "

" Kak , boleh tak tukar topik lain . Banyak lagi topik lain dari ni " ujar Lucien sebelum air diteguk perlahan .

" Akak cuma..Tak apa la  macam tu " ujar Marya perlahan . Lucien yang perasan perubahan suara Marya hanya mengeluh lemah. Bukan dirinya tidak tahu kakaknya rindu melihat hubungan mereka yang dulu.

" Akak , Kai bukan tak nak . Kai cuma penat dengan sikap mama yang lagi pentingkan kerja dari kita . " ujar Kai sayu . Marya hanya mengangguk . Dia pasti Lucien dahagakan kasih sayang seorang ibu yang dari dulunya tidak pernah dia dapat seperti dirinya.

"Sorry . Akak tak akan cakap pasal benda ni lagi." Lucien hanya tersenyum.

"Jom akak kita sambung lagi." Kata Lucien sebelum dia bangun dari tempat itu tadi. Marya yang mendengar sudah tercenggang.

Ha? Sambung lagi?

"Akak penat la Kai. Awak lari seorang sahaja la."

"Tak ada kak. Jom ikut."

"TAK NAK!"

CAHAYA yang memancar terik menganggu tidur lena Lucien. Jam di dinding dilihat sekilas. Masih tiada tanda-tanda bunyi bising di luar. Selimut ditarik hingga ke dada menyebabkan kantuk mulai kuasai dirinua semula. Bantal turut diambil sebelum menekup kepalanya. Baru sahaja ingin terlena kembali ,bunyi deringan telefon dapat didengar olehnya. Namun dihiraukan. Dia malas mahu bangun dari tempat tidurnya.

Lagi sekali bunyi telefon berdering menandakan ingin diangkat. Bunyi yang terhasil menyebabkan dengusan kecil terbit dari bibir lelaki itu. Bantal yang berada di kepala dicampak kasar ke sisi. Geram dengan pemanggil yang asyik menganggu tidurnya. Tanpa membuang masa , panggilan telefon diangkat .

"Ha nak apa?" Soal Lucien tanpa melihat nama pemanggil.  Suara yang digunakannya juga turut kasar menandakan dia tidak suka dinganggu. Mata digosok perlahan.

"Ha?" Mata yang mengantuk mula cerah. Telinga digosok beberapa kali ba memastikan apa yang didengarinya adalah benar dan bukan dikuasai mengantuknya. Kelam kabut dirinya bangun dari tempat tidur selepas memastikan bahawa dia sedar sepenuhnya dan bukan dibawah pengaruh mamai.

"Tunggu aku datang."

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now