bab 16

6 0 0
                                    

AWAL-awal pagi lagi pintu biliknya diketuk oleh seseorang beberapa kali dengan kuat hingga menyebabkan Alisya tidak dapat meneruskan tidurnya. Dalam keadaan mengantuk , Alisya berlalu membuka pintu biliknya lalu tersembul wajah Arwa yang berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Kau nak ikut aku tak?" Terus Arwa menyoal.

"Pergi mana?" Alisya mengarukan kepalanya. Tangannya segera menutup mulutnya yang menguap. Jam didinding dilihatm jarum jam masih berada di angka 6:50 pagi.

Setahunya Arwa masih diulit mimpi. Tetapi mengapa gadis itu bangun terlebih awal pada hari ini.

"Jogging. Hirup udara segar sikit."beritahu Arwa.

"Aku malas la. Aku mengantuk. Kau pergi seorang je la eh?" Alisya segera menutuo pintu dengan kasar. Arwa yang terkejut segera mengurut dadanya.

Entah apa pula yang Alisya buat sehingga mengantuk sebegitu rupa. Dia mengangkat bahu sebelum beredar dari situ.

"Baik aku pergi jogging. Tenang sikit sebelum hari esok haih." Keluhnya.




"ARWA ni memanglah. Aku tahu la sekarang pukul 7,tapi jangan la sesuka hati dia je ajak aku pergi jogging. Terbantut tidur aku. Kalau tak ikut dia paksa aku juga haih. Apa la nasib kau Niel." Omel Daniel sepanjang berjalan turun ke bawah.

Jam ditangan dipandang sekilas. Tepat pukul 7 pagi. Dia mempunyai masa lebih kurang beberapa minit untuk menjamah sarapan sebelum sepupunya mengajak pergi berjogging. Ruangan dapur segera dijejaki sebelum pintu rumah miliknya dibuka oleh seseorang.

Sebaik sahaja dia menjenguk , dia terkejut apabila kelihatan sosok tubuh Arwa .

"Tak reti bagi salam ke?" Kata Daniel sambil membawa dua keping roti bakar bersama air kopi yang panas lalu duduk bersebelahan Arwa.

Arwa mengeleng sebelum dirinya melangkah ke arah Daniel.

"Cepat la. Matahari dah naik tinggi la Niel." Asak Arwa. Daniel mengendahkan sebelum sekeping roti selamat masuk  ke mulut. Arwa yang melihat segera menarik Daniel.

"Arwa! Bagi aku habiskan dulu la." Marah Daniel sementara Arwa dengan tenang menariknya keluar dari rumah.

"Macam aku kisah." Jawab Arwa selamba. Geram Daniel mendengarnya. Kalau bukan kerana sepupunya , dia pasti sudah menendang gadis tersebut sehingga keluar dari rumah. Dia masuk semula ke rumahnya sebelum bekas air kopi diletakkan ke dalam sinki lalu membasuhnya. Selesai sahaja membasuh, dia kembali ke arah Arwa yang setia menunggunya di luar rumah.

Kemudian, tumpuan Daniel  beralih apabila kunci kereta disuakan ke mukanya. Dia mengambil kunci itu dengan kasar sebelum enjin kereta dihidupkan. Pantas Arwa memasuki kereta itu sebelum kereta tersebut meluncur laju menuju ke taman.

Sedang sibuk melayan perasaan dengan mengalihkan tumpuannya ke luar tingkap kereta , dia dapat menangkap suara Daniel yang berada disebelah tidak habis menyumpah Arwa yang memaksanya untuk pergi berjogging. Arwa hanya memekakkan telinganya. Kemudian, dia tersenyum.

"Memang pak cik Daniel."


BILIK yang sentiasa digunakannya ditutup rapat sebelum kaki melangkah pergi ke kereta. Dia  masuk ke perut kereta sebelum menuju ke destinasi seterusnya. Telefon diambil sebelum tangannya lincah mendail nombor seseorang.

"Wiliam, kau bangun sekarang. Kau tunggu luar rumah." Arah Lucien sebaik sahaja menyambungkan  panggilan. Kereta yang dipandu dibawa laju membelah lebuh raya.

Walaupun masih pagi, namun tidak menghalang lebuh raya tersebut terisi dengan pelbagai kereta dari arah berlainan. Kelihatan banyak kereta berada di atas jalan raya. Mungkin menuju ke destinasi masing-masing pada pagi itu.

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now