bab 3

7 2 0
                                    

KAKI diangkat melangkah ke cafe yang selalu dikunjunginya .Ruangan yang lengang itu sedikit sebanyak menyebabkan Lucien menarik nafas lega . Beberapa orang berada di ruangan itu dipandang mendatar oleh Lucien. Kaki dihayun menghampiri kaunter yang berada di hujung cafe. Penjaga kaunter yang menyedari Lucien berada di kaunter menyapanya dengan senyuman.

"One Americano ice." Pesan Lucien sebelum dirinya mengeluarkan dua not 20 ringgit . Air yang dipesan diambil sebelum dia berpaling mencari tempat duduk . Matanya tertancap ke arah satu meja yang berada di sudut cafe . Kaki diangkat sebelum melangkah .Kerusi ditarik sebelum punggungnya dihenyakkan di atas kerusi.

Airpod yang berada kemas di poket hoodie diambil sebelum disumbat ke dalam telinga. Selepas beberapa saat, telinganya dihiasi satu alunan yang tidak asing baginya. Mata terpejam rapat apabila menghayati alunan tersebut.



"HAIH , mengantuk la pula." keluh Arwa Dareen langsung tidak mengendahkan pekerja- pekerja lain yang memandangnya . Mulutnya menguap tanda mengantuk. Tangan diangkat menutup mulutnya yang terbuka luas.

Tanpa buang masa , Arwa Dareen berlalu dan bilik sepupunya diketuk . Apabila dia merasakan tiada sebarang tindak balas dari dalam , pintu dirempuh kasar masuk ke dalam.

"Niel." Panggil Arwa . Daniel yang mendengar hanya mengumam perlahan .

" Teman aku makan. Aku lapar." Dia tersengih-sengih sambil memandang wajah sepupunya sekilas. Daniel memandang wajah Arwa malas. Fail yang berada di atas meja ditilik tanpa memandang wajah Arwa yang sudah cemberut.

"Aku banyak kerja. Kau ajak Alya." Arwa hanya mencebik. Dasar otak kerja! Sempat dia memaki Daniel di hatinya.Dia terus memaksa Daniel agar mengikutinya makan tengah hari.

" Tak nak.Aku nak kau teman aku ,please" mata dikedip-kedip supaya Daniel termakan ajakannya . Daniel yang melihat hanya mengeluh kasar. Jika berlawan kata dengan Arwa , dia pasti kalah. Malas mahu membuang masa , dia mengangguk lemah.

" Fine."

"Yes!" Sorak Arwa apabila melihat Daniel mengalah dengannya.

Lucien Kai mengorak langkah panjang ke bilik pameran seni yang pernah menjadi sumber inspirasinya . Satu bilik yang tersorok dituju. Tombol pintu dipulas.

Kain kanvas yang terletak elok di papan lukisan diambil sebelum peralatan melukis turut diambilnya. Tangan direnggangkan sebelum dia memikirkan lukisan yang bakal dilukis . Matanya masih merenung kain kanvas yang masih suci tanpa secalit warna diatasnya .

Berus diambil sebelum dicelup ke dalam pewarna yang diletakkan di suatu tempat khas . Tangannya ligat menari diatas kain kanvas tersebut. Fokusnya hanya pada lukisan itu.

" Memang tepat sangkaan aku , kau memang ke sini "

Kedengaran satu suara menyapa dirinya . Tidak perlu dia menoleh , dia sudah tahu siapa pemiliknya. Tanpa mempedulikan sepupunya , Lucien terus dengan perbuatan melukis dengan berus ditangan.

" Nampaknya kau bergaduh lagi dengan mama kau " kata Wiliam memulakan bicara apabila melihat Lucien masih tekun dengan lukisannya dan tidak membalas soalannya.

" Kalau macam ini la perangai kau , sampai bila-bila pun kau tak akan pernah dengar penjelasan mama kau " tambah Wiliam lagi apabila matanya menangkap Lucien yang sudah berhenti dari perbuatannya tadi.

Lucien masih diam dan meneruskan perbuatannya . Kali ini,dia mula mencampak warna ke atas kain kanvas dengan kasar. Awalnya penuh minat , mulai berubah rentak.Dia masih tidak mempedulikan sepupunya itu .

" Lucien,tolong la kali ini je kau mengalah dengan mama kau . Kau bukannya budak-budak lagi . Fikirkan perasaan mama kau yang lahirka..

"Aku tak minta dia lahirkan aku.Aaku tak pernah minta dia nangis depan aku.Lagipun , bukan dia yang mula semua ni ? Mungkin kau boleh persoalkan tindakan aku tapi kau tak perlu nasihatkan aku " ujar Lucien serentak tangannya menyimpan barang-barang melukisnya .

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now