bab 12

5 2 0
                                    

TOK! Tok ! Tok!

Ketukan pintu menganggu tidur si gadis yang sedang diulit mimpi. Dirinya mengagahi jua bangun dari tempat tidurnya. Mata digosok perlahan sebelum penglihatannya makin jelas. Mata dipincing tajam melihat jam yang tergantung di ruang tamu. Jarum jam menunjukkan angka lapan malam.

Tok!tok!tok!

Bunyi ketukan yang mulanya biasa mulai berubah rentak menjadi makin kasar. Dengusan kasar keluar dari bibir kecil gadis itu. Tapak kaki dihayun lebih laju.

"Ish, sabar la. Pintu ni roboh nak ganti ke?" Omel Alisya sebelum tangan kecil miliknya memulas tombol pintu. Terpampang wajah Arwa sebaik pintu dibuka luas.

"Kau ni tak reti sab.. Sakit gila!" Baru sahaja dia ingin memarahi gadis dihadapannya , bahu miliknya selamat dirempuh oleh Arwa. Tangan diangkat mengurut bahagian bahu yang dirempuh tadi.

Apabila berasa sedikit lega , pintu ditutup sebelum dia mengorak langkah menghampiri Arwa yang sudah membaringkan dirinya di atas sofa. Jelingan tajam diberikan kepada Arwa yang menahan kantuknya.

"Sorry, aku penat sikit. Kau dah makan?" Soal Arwa lalu bingkas bangun dari posisi tadi. Wajah milik Alisya dipandang kosong.

"Aku dah masak. Kau pergi mandi. Kita makan sama-sama." Ujar Alisya lembut. Jatuh kasihan dirinya melihat Arwa yang seperti kepenatan. Pasti kerja rakannya banyak hingga menyebabkan Arwa tidak sempat berehat.

Arwa hanya mengganguk sebelum beg diangkut dibawa bersama. Anak tangga didaki perlahan. Sebaik sahaja kelibat Arwa hilang dari pandangannya , Alisya beredar ke dapur untuk memanaskan lauk yang telah disediakan sejurus dia selesai solat.

Selesai sahaja lauk dipanaskan , dia mencedok ke dalam mangkuk yang disediakan. Kaki diangkat menuju ke meja makan. Dia kembali semula ke dapur untuk mengambil pinggan.

Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik , dia melangkah ke ruang tamu. Dia menghenyakkan dirinya disitu lalu mencapai alat kawalan jauh yang berada di kepala sofa. Saluran yang menayangkan adegan drama yang diminatinya terpapar.


TOMBOL pintu dipulas malas. Bunyi terhasi dari bukaan pintu. Dia segera melangkah masuk sebelum ditutup kembali pintu biliknya.

Tuala yang tersangkut elok di ampaian di ambil sebelum mata miliknya tertancap pada satu frame gambar yang terletak elok di atas meja soleknya. Bibir mungil miliknya melorekkan senyuman nipis sebelum matanya berubah sayu.

Tidak betah berlama disitu , dia segera masuk ke dalam bilik airnya untuk membersihkan diri. Selepas beberapa lama membersihkan dirinya , dia segera turun untuk menikmati makan malam yang disediakan oleh Alisya.

Sebaik kakinya mencecah anak tangga terakhir , dapat dilihat rakannya sedang menonton drama korea yang diminatinya. Kepala digeleng melihat rakannya itu.

"Tak bosan ke hadap muka sama je?" Soal Arwa memecahkan kesunyian yang melanda.

"Tak. Dia handsome gila!" Balas Alisya teruja . Arwa mengulingkan matanya menandakan menyampah.

"Tadi lapar sangat . Ha jom." Alisya segera menarik tangan kecil milik Arwa menuju ke ruang makan.

Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan disitu. Pinggan diambil sebelum mencedok nasi.

Doa dibaca lalu menikmati makanan yang terhidang di hadapannya. Matanya terpejam rapat kerana keenakkan makanan yang dimasak.

"Sedap la Lisya! Pandai kau masak." Puji Arwa sambil melahap menikmati makanan tersebut. Alisya yang mendengar ketawa kelucuan.

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now