"KAU?! "
Dia bingkas bangun dari posisi tadi. Tisu yang berada di situ diambil sebelum dilap kasar. Tangan diangkat sebelum dilambai-lambai dihadapannya. Selepas memastikan bahawa apa yang dilihatnya adalah benar, dia segera memeluk figura tersebut.
"DINA! " terjerit-jerit dia disitu apabila figura yang berada dihadapannya ialah rakan universitinya dahulu. Tidak sangka bahawa dia masih dapat mengecamnya walaupun sudah lama tidak berhubung.
Dina yang dari awal sudah dijamah dengan suara jeritan Arwa segera menjauhkan Arwa dari terus memeluknya. Silap hari bulan dia bakal kehilangan deria pendengaran akibat suara nyaring Arwa. Bingit.
"Ya,Arwa. Tak perlu menjerit macam ni. Tak malu ke orang tengok? "Arwa segera memandang sekelilingnya. Kelihatan beberapa orang yang berada disitu memandangnya pelik. Ada juga yang memandang tidak puas hati. Mungkin kerana waktu makan diganggu oleh suara tidak diundang tersebut. Arwa tersengih sebelum menunduk meminta maaf.
Tangan rakannya ditarik untuk duduk bersamanya. Dina hanya mencebik melihat perilakuan Arwa terhadapnya.
"Kau apa khabar? Dah lama tak dengar pasal kau. Kau pergi mana je? " soal Arwa bertalu-talu. Dina yang mendengar menundukkan kepalanya sebelum dipicit-picit. Pening mendengar soalan Arwa yang tidak berhenti menembak laju.
"Satu-satu boleh tak Arwa? Dari dulu tak pernah berhenti kan menembak? "Arwa mencebik . Apa boleh buat sekiranya mulut lebih laju dari saraf otak bekerja?
"Cepat la cerita. Kau buat apa sekarang? "Soal Arwa tanpa henti. Dia ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh Dina selepas menamatkan zaman belajar mereka. Teringat kembali bagaimana mereka terputus hubungan sebaik sahaja tamat belajar bersama.
"Aku buka butik di luar negara. Sekarang aku balik Malaysia sebab rindu keluarga aku dekat sini. Tak tahu pula terserempak dengan kau dekat sini. "Ujar Dina. Matanya melirik memandang ke arah Arwa yang ralit menjamah makanannya sambil terangguk-angguk mendengar. Terlepas tawa kecilnya. Haihlah Arwa.
Terbuntang luas mata Arwa. Tidak sangka rakan belajarnya kini membuka butik . Wajah Dina dipandang kagum. "Hebat lah kawan aku. Buka butik sendiri sekarang. "
Dina hanya tersenyum manis mendengar pujian tersebut. "Rezeki aku. Kau pula buat apa? "
"Tak ada buat apa. Kerja di syarikat keluarga aku juga. Tak ada perkara menarik pun dalam hidup aku." kata Arwa sebelum mulut dilap kasar dengan jarinya. Air yang dipesan turut diteguk bagi menghilangkan rasa haus.
Dina mengangguk. "Tak apa janji kau ada kerja juga kan? "
Arwa hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Dina. Namun, tiba-tiba sahaja dia terfikir tentang lelaki yang bekerjasama dengannya. Dia merapatkan diri dengan Dina sebelum berbisik halus. Dina yang melihat berasa hairan melihat perlakuan Arwa yang secara tiba-tiba.
"Kau kenapa berbisik ni? "
"Kau nak tahu tak...."
"Aku tahu. "Balas Dina laju dengan riak wajah selamba.
"Eh?! Macam mana kau tahu?" Soal Arwa bingung. Dia belum memulakan apa-apa cerita namun Dina sudah mengetahuinya. Tak akan satu dunia dah tahu? Dina tergelak kecil melihat wajah Arwa yang terpinga-pinga.
Arwa yang melihat Dina ketawa sudah menayangkan wajah bengang kerana ditipu oleh kawannya. Dia menjulingkan mata ke atas menandakan dia menyampah. Dina yang melihat segera berhenti ketawa.
"Cerita la Arwa. Aku gurau aje. "Arwa hembus nafas panjang sebelum dia menyambung kata-kata yang terputus.
"Macam ini. Syarikat aku bekerjasama dengan satu syarikat ni. Aku baru aje jump.. "
"Jadi? Apa kaitan dengan apa yang kau nak cerita ni? " soal Dina memotong percakapan Arwa. Arwa merengus tidak berpuas hati apabila kata-katanya dipotong oleh Dina.
"Sabar la. Aku tengah cerita kan ?" Dina menayangkan wajah pasrah sebelum memandang kembali wajah rakannya.
"Aku baru aje jumpa wakil dari syarikat tu. Tapi yang lagi terkejut bila bukan pengurus dia yang turun padang. Tapi anak dia. "
Dina sudah menunjukkan reaksi hairan. Jelas kelihatan di wajah mulusnya berlipat. "Kenapa anak dia pula? Sepatutnya ketua syarikat tu la kan? "
Arwa mengangguk. "Betul, tapi aku tak pasti kenapa yang aku tahu anak dia bukan orang biasa-biasa. "Ujar Arwa sebelum menyedut minumannya bagi menghilangkan haus yang mendatang.
"Maksud kau? "
"Aku baru aje lancarkan perang dengan anak dia. Tak sabar aku nak buat anak dia rasa sengsara sebab aku. " Arwa sudah tergelak jahat memikirkan tentang perkara itu. Namun, lain pula yang terjadi kepada Dina apabila dia tidak memahami satu pun apa yang dikatakan Arwa.
"Perang? Sengsara? Apa kau merepek ni Arwa? " soal Dina sekaligus memandang wajah Arwa yang masih tersenyum lagak seperti psiko.
Arwa mengeluh lemah.
Dia segera menceritakan dari mula sehingga akhir. Dina hanya terangguk-angguk mengiyakan setiap bait kata Arwa.
"Jangan salahkan aku kalau perang yang kau buat akan makan kau sendiri Arwa. " ujr Dina lalu meminta untuk bergerak pulang. Arwa yang mendengar termenung.
Sedang asyik termenung, kedengaran bunyi telefon bimbit dari arah begnya. Dia segera selongkar beg miliknya lalu mencari keberadaan telefon bimbit. Setelah itu, matanya tertancap dengan nama pemanggil.
Butang hijau diluncurkan.
"Apa?! "
"SERIOUSLY? " Wiliam mempamerkan wajah terkejut apabila pengenalannya hanya dibalas "ok" dari pihak sana. Telefonnya segera disimpan. Wajah Lucien yang ralit memandu dipandang lama.
"Kai" panggil Wiliam. Lucien yang mendengar mengangkat keningnya sebelah.
"Aku rasa macam aku nak balik China. " kata-kat Wiliam menyebabkan Lucien berkerut hairan.
"Kenapa tiba-tiba? " soal Lucien sambil memberhentikan keretanya apabila tiba di destinasi. Wiliam mengeluh kasar menyebabkan Lucien bertambah hairan.
"Aku rindu ayah aku. " Air muka Lucien segera berubah. Dia tahu makna kata-kata Wiliam.
"Balik laa. "Wiliam hanya tersenyum nipis sebelum dia bergerak keluar dari perut kereta. Langkah Wiliam dipandang kosong oleh Lucien.
"Aku tahu, Liam. Aku tahu. "
Dia segera keluar dari perut kereta itu lalu mengunci keretanya. Langkah dibuka lalu menuju ke rumah. Namun, langkahnya terhenti apabila dia bertembung dengan seseorang yang berada di ruangan itu.
"Baru balik? " soal Puan Aylee apabila terlihat wajah anaknya di hadapan pintu. Dia segera bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah anak lelakinya.
Lucien hanya mengangguk malas. Dia berasa malas ingin berurusan dengan mamanya.
"Pergi la naik. Bersihkan diri kamu dulu. " pesan Puan Aylee.
Lucien segera naik ke atas tanpa membalas apa-apa pesanan yang dikatakan oleh Puan Aylee. Puan Aylee hanya memandang tubuh badan anak lelakinya yang menuju ke tingkat atas. Wajah sedih cuba ditepis supaya dia tidak terasa dengan tingkah laku anaknya. Air mata yang ingin menitik segera dihapuskan dengan jari .
Kebetulan pula Wiliam turun ke bawah. Matanya dapat menangkap tingkah laku Puan Aylee yang cuba mengesat air matanya sendiri. Dia menoleh ke arah atas sebelum memandang kembali ke rah Puan Aylee. Wajah kasihan jelas kelihatan di wajahnya.
Dia segera turun ke bawah sebelum dia bertindak memeluk ibu saudaranya. Puan Aylee yang terkejut terus memeluk anak saudaranya.
"Kenapa Liam? " soal Puan Aylee dengan lemah lembut. Rambut perang pekat milik Wiliam diusap lembut. Wiliam hanya tersenyum suka dengan perilaku ibu saudaranya.
"Soon ā yí. " kata Wiliam sebelum dirinya memeluk dengan lebih erat.
YOU ARE READING
Beautiful Mistake
Romance"Tak ada tempat lain ke aku nak jumpa kau aje?" Pertemuan yang agak clinche , namun itu lah yang berlaku apabila dua insan yang berbeza latar belakang bertemu mengakibatkan dunia mulai tidak aman seperti selalu. Apabila dirasakan hidup tidak aman...