bab 17

8 0 0
                                    

"SEPERTI yang dimaklumkan, kita bakal bekerjasama dan mungkin menjadi salah satu projek terbesar yang kita akan jalankan kerana melibatkan banyak pelaburan antara dua syarikat. Walaupun kita masih belum mengetahui bila dan dimana projek ini akan dijalankan, saya rasa tiada masalah untuk bekerjasama dan berganding dalam mempercepatkan taraf kerja projek ini. Setakat ini saya tidak dapat apa-apa maklumat dari pengurus syarikat sendiri, Puan Aylee tentang keadaan projek ini kerana tiada sebarang maklum atau maklumat yang diberitahu." Wiliam memberi kata taklimat kepada rakan kerjanya setelah selesai membincangkan perihal projek yang bakal dijalankan.

Seorang demi seorang pekerja Syarikat Ardnels dipandang. Walaupun kelihatan semuanya fokus tentang taklimat tadi, dia dapat menangkap perang dingin yamg berlaku sedari tadi antara Lucien serta gadis yang berada di hadapan mereka.

Dua jam yang lalu..

Arwa Dareen terbersin beberapa kali menyebabkan semua pekerja memandangnya. Dia menayangkan sengihan tidak bersalah.

"Siapa yang rindukan aku ni?" Keluhnya sambil mengosok hidung.

"Awal kau datang." Sapa Daniel.

"Kau okay tak?" Tanya Daniel sebaik sahaja matanya dapat menangkap Arwa yang memerah.

Arwa mengangkat wajahnya memandang Daniel sebelum dia mengangguk kecil. Tisu yang berada di tangan diangkat mengelap hidung.

"Lambat pula kau hari ini?" Tegur Arwa sebelum dia berdiri menghampiri Daniel.

"Apa gelak-gelak!" Kata Arwa apabila melihat Daniel tersenyum seperti mentertawakan sesuatu. Wajah Daniel yang memerah dipandang geram.

"Aku memang suruh kau jangan lewat, tapi awal sangat ni Arwa kau datang. Sepatutnya pukul 8 , tapi sekarang baru pukul 7:30 pagi." Jawab Daniel dengan sisa tawanya. Arwa menayangkan wajah bingung sebelum dia bergegas melihat jam di tangan.

Eh?!

Awal ke?

Dahi ditepuk apabila tersedar kebodohannya. Dia mempercepatkan jam di tangan agar tidak lewat namun dia terlupa tentang itu.

"Arwa." Seru Daniel.

"Pekerja Kaylee Holding dah sampai." Ujar Daniel.

"Eh?! Awalnya. Baru pukul 7:35." Terasa badannya seram sejuk kerana takut ingin berhadapan dengan pekerja syarikat tersebut walaupun dia tahu dia tidak seharusnya bertindak begitu. Nafas diatur semula sebelum matanya melirik ke arah Daniel.

"Masuk bilik mesyuarat sekarang." Arah Daniel. Arwa yang mendengar segera kembali ke arah tempat kerjanya sebelum buku dan pen diambil lalu mengorak langkah masuk ke bilik mesyuarat.

Sambil melangkah , dia membetulkan tudung yang terletak elok di atas kepala agar kelihatan lebih rapi. Baju yang dipakai turun dikemaskan.

Pintu dibuka lalu kaki melangkah masuk. Satu tempat duduk diduduki menunggu ketibaan pekerja yang bakal mereka bekerjasama nanti.

Sedang asyik mengelamun, kedengaran pintu dikuak dari luar meninggalkan rasa debaran di dada.

"Relaks Arwa. Diaorang manusia juga." Omel dirinya tanpa sedar seseorang sudah berada di hadapannya.

"Arwa, kenalkan anak lelaki Puan Aylee atau kata lain penganti bagi Puan Aylee untuk syarikat Kaylee Holding, Lucien Kai." Arwa mengangkat wajahnya sebaik sahaja Daniel selesai memperkenalkan lelaki tersebut. Anak matanya terbeliak apabila melihat gerangan tersebut.

"What the h-" jerit hatinya. Lucien hanya menayangkan senyuman sinis sebelum matanya memandang atas bawah gadis tersebut yang jelas menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap kehadiran lelaki itu.

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now