JAM dikerling sebelum dengusan berat dilepaskan. Kaki mula melangkah sambil dihentak. Satu bilik ditujui sebelum dia berhenti di hadapan satu pintu berwarna biru. Lengan baju disinsing hingga ke paras siku. Baru sahaja ingin mengetuk pintu bilik itu , pintu tersebut dibuka dari dalam terlebih dahulu.
"Eh , lisya! Asal kau dekat atas ni? Bukan aku suruh kau tunggu dekat bawah dulu ke ?" Kata Arwa. Alisya yang melihat menjentik dahi Arwa menyebabkan gadis itu mengaduh sakit.
"Kau tanya aku,Arwa?Kau sedar tak kita dah lewat , Arwa Dareen?" Ujar Alisya sambil mencekak pinggang. Arwa segera melihat jam yang terletak di biliknya. Jarum jam menunjukkan angka 6 petang. Arwa tersengih manja sebelum tangan milik Alisya ditarik menuruni anak tangga.
"Dah la . Tak perlu membebel macam orang tua."
"Ya la."
ANAK mata berwarna perang kehitaman miliknya tajam memerhati pengunjung yang ralit melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang bersukan malah ada juga yang sedang bermain. Terdapat juga kanak-kanak kecil sedang lari berkeliaran. Namun , sedikit pun tidak menganggu Wiliam dan Lucien yang sibuk bercakap.
"Lia nak balik ke China."ujar lucien senada menyebabkan Wiliam segera menoleh kearahnya.
"Kau tak rasa Lia lagi tak selamat dekat sana?"soal Wiliam.
"Apa boleh buat hidup dengan keluarga complicated ni." Wiliam hanya mengiyakannya. Keluarga mereka yang tidak seperti yang lain menyebabkan pelbagai perselisihan berlaku. Ego masing-masing menguasai diri hingga memusnahkan pelbagai kebahagian yang mendatang. Lucien segera bangun dari tempat duduknya.
"ARWA" Panggil Alisya yang berada di belakangnya. Kelihatan wajah gadis itu penuh dengan peluhnya sendiri. Kening dijongket ke atas memandang Alisya.
"Rehat la kejap. Aku penat." Ujar Alisya. Arwa hanya mengganguk sebelum dia mengajak Arwa berdiri menghadap tasik.
"Daniel tak ikut ke,Arwa ?"
"Dia kan boss besar. Dia busy. Tak faham aku. Sibuk mengalahkan raja." Alisya hanya ketawa kelucuan. Ada benarnya kata-kata Arwa. Sikap gila kerja Daniel menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk berehat apatah lagi untuk keluar bersukan seperti mereka.
"Kau tak kerja pula, Arwa?" Soal Alisya hairan.
"Tak. Aku ambil cuti temankan kau. Esok aku baru pergi." Ujar Arwa sebelum dia melangkah.
"Nak pergi mana?"
"Ada air jagung depan tu. Kau nak ?" Kata Arwa sambil jari telunjuknya menunjukkan arah yang terletaknya sebuah gerai kecil yang menjual air jagung. Alisya yang mendengar segera berlari anak menyaingi langkah Arwa.
"Kak,air jagung dua." Pinta Arwa. Penjual itu hanya mengganguk mengerti sebelum balang air dibuka lalu dicedok air yang berwarna kuning pekat . Setelah menuangkan air tersebut ke dalam bekas minuman , air itu dituju kepada Arwa.
"Berapa kak?"
"RM4 je dik." Arwa mengangguk sebelum sekeping duit lima ringgit dikeluarkan lalu disua kepada penjual tersebut.
"Akak simpan baki." Ujar Arwa sebelum tersenyum . Penjual itu tersenyum manis mendengar ungkapan Arwa.
"Fuh! Sedap gila. Tak manis tak tawar. Just nice!" Ucap Alisya teruja. Arwa yang mendengar hanya ketawa kelucuan sebelum dirinya terlanggar seseorang hingga menyebabkan airnya tumpah membasahi baju pemilik itu.
"Eh!"
"KAU tak nak buat gallery ke lukisan kau ?" Soal Wiliam sambil mengiringi langkah Lucien yang makin maju ke hadapan.
![](https://img.wattpad.com/cover/330687515-288-k226540.jpg)
YOU ARE READING
Beautiful Mistake
Romance"Tak ada tempat lain ke aku nak jumpa kau aje?" Pertemuan yang agak clinche , namun itu lah yang berlaku apabila dua insan yang berbeza latar belakang bertemu mengakibatkan dunia mulai tidak aman seperti selalu. Apabila dirasakan hidup tidak aman...