bab 11

5 2 0
                                    

FAIL tebal yang terletak elok di atas meja diambil. Muka surat pertama dibuka. Matanya melirik satu persatu perkataan yang tertera di atas kertas itu. Senyuman mula terukir sebaik sahaja selesai meneliti fail tersebut.

"Ain, masuk ke bilik saya sekarang." Ujar Puan Aylee dengan tegas. Ain yang mendengar segera mengemas mejannya sebelum berlalu ke bilik majikannya.

" Ye Puan Aylee kenapa ?" Soal Ain Hairan. Puan Aylee yang mendengar melangkah ke arah Ain sebelum fail tersebut diberi kepada penolongnya itu. Ain yang terpinga-pinga tetap mengambil fail tersebut sebelum.memandang wajah majikannya dengan hairan.

“Buat surat mengesahkan kita nak bekerjasama dengan syarikat ini. Pastikan mereka terima awal sebelum tarikh kita tetapkan. Faham?" Ain hanya mengangguk walaupun tidak mengerti tujuan majikannya yang secara tiba-tiba ingin bekerjasama dengan syarikat lain.

"Tapi kenapa Puan Aylee?" Soal Ain. Soalan itu akhirnya dapat disoal setelah penat bermain di kotak fikirannya.

Puan Aylee hanya tersenyum tidak membalas soalan anak gadis dihadapannya.

"Awak boleh keluar sekarang." Arah Puan Aylee. Ain segera menunduk hormat lalu keluar dari pejabat majikannya.




HAMPIR dua jam dia menghabiskan waktu disitu. Kelibat Wiliam juga turut menghilang. Hanya dia keseorang berada disitu yang masih melukis.

Selepas sahaja dia menyelesaikan satu lukisan yang hampir satu jam itu , akhirnya lukisannya sudah siap sepenuhnya. Lucien segera bangun dari tempat duduknya sebelum merenggangkan badannya yang sudah letih sedari tadi melukis. Lucien mengangkat kaki sambil membawa lukisan itu ke satu bilik. Bilik tersebut dibuka sebelum kaki melangkah masuk.

Lukisan yang dibawa bersama digantungkan di suatu tempat kosong. Wajah mendung terbias di wajah lelaki 20-an itu. Ingatannya mula menerjah tentang pertanyaan Wiliam.

"Kau tak nak buat gallery ke lukisan kau?"

Nafas helaan panjang dilepaskan. Berat apabila memikirkan cadangan yang keluar dari bibir Wiliam itu. Dirinya tidak pernah terdetik untuk membenarkan manusia lain masuk ke bilik yang diberi oleh Marya sebelum dia meninggalkan dirinya selain dirinya dan Wiliam. Hakta ibunya sendiri tidak pernah tahu kewujudan tempat itu.

Tiba-tiba telefonnya berdering nyaring menandakan satu panggilan masuk. Lamunannya terhenti apabila deringan itu menganggu sedikit tumpuan dia yang ralit memerhati lukisan yang baru dilukis sebentar tadi.

Tanpa berlengah masa , panggilan tersebut segera disambut.

"Kau tunggu aku dekat situ." Ujar Lucien sebelum dirinya bergegas keluar dari bilik itu.


"KAU sure nak balik?" Soal Lucien sambil bantu Aulia memasukkan bagasi yang memuatkan bajunya.

"Kenapa? Takut grandma pancung Lia dekat sana ke?" Ujar Aulia mengusik.

"Gila"

Aulia hanya ketawa kelucuan.

"Okay-okay. Sorry for everything." Kata Aulia dengan ikhlas. Lucien yang mendengar hanya mengeluh lemah.

"Kau tak akan benci grandma kan?" Soal Lucien polos. Aulia yang mendengar hanya menayangkan senyuman tipis.

"Tak la buat apa. Kita tak boleh buat apa-apa kan?" Ujar Aulia sambil memandang tepat ke arah anak mata Lucien. Lucien hanya mengeluh sebelum mengangguk.

"Tiada apa lagi kan?" Tanya Lucien setelah selesai memasukkan semua bagasi milik Aulia. Aulia hanya mengelengkan kepalanya.

"Jangan rindukan Lia."

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now