Bab 8

3 1 0
                                    

KERETA dipandu laju ke destinasi seterusnya . Usai sahaja enjin kereta dimatikan , kaki segera diangkat melangkah keluar dari perut kereta merah itu . Jeritan yang sayup-sayup kedengaran .

"Lisya , sabarlah! Cafe tu tak lari pun " ujar Arwa sambil kaki kecil miliknya cuba menyaingi langkah Alisya yang makin ke hadapan meninggalkan dirinya . Alisya yang berada di hadapan terlebih dahulu memperlahankan langkahnya sebelum dia berpaling ke belakang melihat Arwa yang terkial-kial meluru ke arahnya . Satu tawa kecil dilepaskan .

"Sorry, Aku takut kita tak sempat hehe " jawab Alisya sebelum berjalan beriringan bersama rakan baiknya. Arwa hanya mencebik.  Ada beberapa jam lagi sebelum kedai itu tutup.

"Ye la , coffee nombor satu . Kawan nombor dua . Padan muka aku dapat kawan macam ni " omel Arwa . Alisya yang mendengar menjeling tajam. Arwa yang melihat hanya beriak biasa . Kaki mula dihayun dengan lebih laju meninggalkan Alisya di belakang .

Baru sahaja Alisya ingin membalas omelan Arwa , suara nyaring milik Arwa menarik perhatiannya . Kaki segera dihayun menghampiri arah suara tersebut . Kelihatan dua orang lelaki turut berada disitu . Seorang lelaki yang baru sahaja melintasi dirinya dipandang hairan sebelum dia berlari anak menghampiri Arwa .

"Aku macam mana ni ?" Soal Arwa geram sebelum lelaki tersebut ditilik dari atas hingga ke bawah . Lelaki tersebut mengeluh lemah sebelum kornea matanya bergerak memandang seluar yang sudah berubah warna akibat basah . Beberapa keping duit yang bernot 100 dihulurkan kepada Arwa . Arwa yang melihat terkebil-kebil apabila melihat tindakan selamba lelaki itu .

"Kenapa ? Tak cukup ?" Soal lelaki itu apabila menyedari wajah Arwa yang hairan . Duit dikeluarkan lagi sebelum dihulurkan kepada Arwa . Alisya yang melihat terkejut melihat lelaki jumlah yang dihulurkan .

"Encik , sekarang ni aku dah basah sebab kawan encik yang tak guna tu . Simpan je la duit kau . Aku maafkan . Sama-sama." Ujar Arwa geram sebelum kakinya mengorak keluar dari cafe itu . Alisya yang sedari tadi hanya memerhati segera tersedar sebelum dia turut mengikuti langkah rakannya .

Terkedu lelaki itu apabila mendengar kata-kata gadis tersebut. Pertama kali dalam hidupnya dia ditegur.

"ADA juga manusia berlagak macam tu . Tak boleh ke minta maaf ? Aku bukannya miskin nak minta duit dia. Argh !" Dengus Arwa geram ."Kalau aku jumpa lagi lelaki tu , serius aku langgar guna lori Pak Samad . Huh! "

Arwa segera menghampiri kereta Alisya. Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta , dia terpandang sesuatu yang aneh di tingkap kereta tersebut . Jari runcing itu bergerak mencabut sticky note yang terletak elok di tingkap kereta .

"Sorry , nanti aku ganti seluar kau ."

Tanpa disedari , senyuman kecil terukir perlahan-lahan di bibir mungil miliknya.

"Ha ! Kau tersengih-sengih ni kenapa ? Tadi bukan main garang lagi "

"Eh mak ! Kau ni Alisya , terkejut aku " ujar Arwa seraya mengurut dadanya kerana terkejut. Alisya hanya menayangkan muka tidak bersalah .

"Apa jadi sebenarnya ? Macam mana kau boleh basah lencun ni ?" Soal Alisya apabila menyedari seluar palazo milik Arwa basah kuyup. Arwa segera melihat kembali seluarnya . Teramat basah hingga menyebabkan seluarnya bertukar warna yang lebih gelap dari asal.

"Apa dekat tangan kau tu ?" Soal Alisya kembali apabila melihat Arwa yang hanya diam terkutik sambil jari ditujukan ke arah benda yang berada di tangan rakannya .

"Ni? Ada orang mengorat aku " Jawab Arwa selamba .

"Hah?!" Meletus tawa Arwa melihat wajah milik Alisya yang terperanjat itu . Kepala digelengkan berkali-kali sebelum sisa tawa dihabiskan.  Tidak sangka lurus begini rakannya.

"Alahai , bukan Lisya . Ada orang minta maaf guna sticky note ni . Jangan buat muka macam tu . Hodoh tahu tak." Ujar Arwa sebelum tawanya disambung .Alisya tidak pula beriak apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri . Fikirannya memikirkan seseorang .

Ya dia !





BURGER dijamah dengan penuh lahap. Gayanya yang seperti tidak makan seminggu dihiraukan. Bungkusan yang membungkus burger digumpal dengan kasar sebelum dibaling jauh dari tempat duduknya yang kini .

Bila masa membelinya pun tidak tahu.

"Tengok! Kau punya fasal , aku yang kena bebel dengan perempuan tu ." Ujar Wiliam dengan geram. Lucien yang mendengar hanya menayangkan wajah biasa . Wajah Lucien yang tidak mempunyai apa-apa reaksi menyebabkan Wiliam mulai geram.

"Aku dah minta maaf." Wiliam yang baru sahaja ingin berura-ura menumbuk wajah selamba Lucien terkebil apabila mendengar apa yang dikatakan Lucien . Wajah hairan ditayangkan sebelum tangan miliknya diangkat lalu disentuh dahi milik Lucien .

"Tak panas . Tapi , asal pelik eh ?" Soal Wiliam sambil lagaknya kelihatan seperti berfikir. Lucien yang melihat menayangkan wajah menyampah sebelum dahi Wiliam dijentik .

"Aduh! Sakit gila ."

"Otak kau kalau tak mereng tak boleh ke ? " soal Lucien .

"Aku bukan apa la . Tapi , kau minta maaf ? Dengan Mak Ngah pun kau tak boleh , lagikan perempuan asing mana tu ." Kata Wiliam . Baginya amat pelik untuk melihat Lucien meminta maaf . Sekiranya orang lain , pasti dia tidak kisah . Tetapi , Lucien ? Seperti mimpi sahaja .

Lucien terdiam. Apa yang dikatakan oleh Wiliam ada benarnya . Melihat dirinya yang gigih ingin menulis permintaan maaf di atas sticky note sebentar tadi menyebabkan dirinya mulai geli-geleman. Kepala digelengkan berkali-kali . Lagaknya seperti orang gila .

"Agak-agak aku kena guna-guna tak ?" Soal Lucien polos. Tanpa sebarang amaran , belakangnya ditampar dengan kuat menyebabkan dirinya mendesis sakit .

"Kau ni . Kalau iya pun kau kena rasuk , jangan tuduh anak orang macam tu . Dia pun ada maruah . Kalau didengarnya , mahu kena bebel dengan perempuan tu ." Kata wiliam panjang lebar .

Lucien hanya mengangguk . Tidak mungkin seorang gadis mampu bertindak sejauh itu . Malah , dirinya sangat yakin dengan wajah polos milik gadis itu. Lucien hanya mengeluh lemah .

"Perempuan tu lawa . Tapi , dia bebel lagi laju dari kereta kesayangan aku . Fuh !" Teringat Wiliam apabila dia ditegur akibat mengeluarkan duit bagi membayar ganti rugi yang dilakukan oleh Lucien.

"Muka dia macam ka.." Baru sahaja Lucien ingin membalas , satu deringan mengejutkan mereka dari terus bergurau . Pemiliknya segera mengangkat telefon tersebut . Wajah serius milik Lucien menimbulkan perasaan hairan kepada Wiliam .

"Liam , kita kena balik sekarang!" Ujar Lucien cemas sebelum kaki diangkat menuju ke kereta. Wiliam yang tidak tahu-menahu hanya mengikut langkah sepupunya.

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now