bab 2

16 2 0
                                    

KRING!!!

"Bising la."

Bunyi jam yang nyaring sedikit sebanyak menganggu tidur lena Arwa . Dengan wajah yang masih mamai,lekas tangan diangkat sebelum bertindak menutup jam loceng itu . Mata digosok perlahan . Jam yang terletak elok di dinding dilihat .

Pukul 7:45 pagi !

"Alamak,mampus aku !Aku dah lewat " ujar gadis itu seraya terus bangun dari tempat tidurnya itu . Tuala dicapai dengan kasar sebelum bilik air dituju. Kelam-kabut dirinya melangkah ke bilik air.






HEADPHONE ditekap ke telinga . Muzik rancak yang berkumandang di telinga tidak mengganggu sedikit pun perhatian Arwa . Sebaliknya , dia masih lagi dapat mendengar dengan jelas suara milik bosnya yang sudah mengamuk pada pagi itu. Bibir digigit hingga pucat tidak berdarah.

"KELUAR !" Ujar bosnya dengan suara yang lantang . Sebaik telinganya disapa suara lantang milik bosnya, telinga disapu kasar.

Sakit telinga aku. Pekak juga aku nanti haish! Gumam dirinya.

Namun , suara lantang milik bosnya langsung tidak dipedulikan Arwa Dareen. Malah, dia masih mendengar muzik dengan tenang.

Suara lantang milik bosnya bukan sahaja menyebabkan tempat kerjanya bergema , malah bertindak sebagai halwa telinga bagi setiap pekerja di situ . Tiada lagi bunyi yang bising di persekitaran disitu . Malah,semua pekerja disitu saling berpandangan antara satu sama lain.

Arwa Dareen hanya tenang . Wajah menayangkan wajah menyampah.Bukan sekali dia mendengar suara lantang milik bosnya , menjerit memarahi pekerja-pekerja  disitu. Sejak dia bekerja disitu , dia sudah lali dengan perangai bosnya yang cerewet mengalahkan perempuan.

Aku cuba menoleh ke arah pejabat bos. Tersengguk-sengguk aku disitu menghendap bos aku sendiri. Namun, tindakan ku terhenti tatkala telinga menjamah sapaan seseorang.

"Arwa, Encik Daniel mengamuk lagi.Dia marah Kak Ayu. Tak tahu la apa yang buat bos kita tu mengamuk sangat" kata rakan sekerjanya iaitu , Alya sebaik sahaja dia mendapatkan Arwa yang sedari tadi menghendap bosnya  Arwa mengangguk kecil. Wajah kecil miliknya menoleh ke arah bilik bosnya. Dapat dilihat wajah majikannya yang menahan amarah.

Headphone yang elok terletak di telinga tadi ditanggalkan dan disangkut ke leher . Kaki diangkat menuju ke bilik bosnya. "Daniel Qalisy." nama yang tertera di pintu dibaca sebelum tudung dibetulkan.

Tok ! Tok ! Tok !

"Kau nak apa lagi Ayu ?! " Soal Daniel dengan tegas tanpa memandang pemiliknya. Korneo matanya masih memandang skrin komputer.

Kusyuk betul hadap skrin komputer tu. Berlubang juga skrin tu nanti. Aku mengomel seorang diri sebelum membetulkan sangkaan Daniel merangkap kepada bos aku sendiri.

"Arwa. Pagi yang indah ni dah tercemar dengan suara tak mesra alam kau tu. Penat jaga bini ke bos?" ujar Arwa selamba sebelum dia mencerlung tajam ke arah bosnya yang masih ralit memandang skrin komputer. Penampilan Daniel dilihat sekilas. Tali leher yang longgar dari ikatannya. Rambut yang kusut masai. Kepala digeleng perlahan. Kusut gila!

Daniel segera mendongak kepalanya apabila mendapati individu yang masuk ke pejabatnya ialah Arwa. Dia memandang wajah Arwa dengan wajah malas. Tumpuannya mula beralih semula ke skrin komputer.

"Kau lambat lagi ke Arwa ? " Soal Daniel merangkap kepada bos Arwa .Arwa hanya menayang muka selamba.Daniel hanya mengeleng perlahan. Malas mahu memarahi Arwa kerana kerap gadis tersebut memberi alasan yang sama. Iaitu lambat bangun!

"Kau kenapa marah Kak Ayu ? Setiap hari kau menjerit. Tak hilang pula suara kau.Bingit tahu tak." kata Arwa tidak membalas soala  Daniel tadi. Mata miliknya menjeling malas sepupunya itu .

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now